MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]


SELEPAS mengerjakan solat Isyak,Mia menekan punat 'on' pada laptop pemberian abahnya ketika Mia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tiga tahun yang lalu. Seperti biasa,Mia akan pergi ke laman blognya dan meluahkan segala isi hatinya; rasa suka dan gembiranya kerana dapat bertemu kembali dengan Kak Faz setelah empat tahun terpisah dan tak terkecuali rasa malu dan geramnya kepada lelaki yang bernama Aman tu lah. Siapa lagi? Selalunya Mia mana pernah berasa geram dengan orang lain. Dia yang buat orang geram ada lah. Nah,sekarang terkena batang hidung sendiri.

       Tiba-tiba terasa rindu pula pada kawan-kawan seangkatan dengannya. Mia mencapai frame gambar yang terletak di atas meja belajarnya yang berdekatan dengan laptop. Antara keempat-empat sahabatnya,Mia paling rapat dengan Zurin. Almaklumlah...Sejak dari form 1 lagi mereka dipertemukan. Mereka betul-betul kamceng. Sama-sama kecoh,sama-sama gila. Mia ingat lagi kisah dulu yang merapatkan persahabatan mereka.

...............................................................................................................

Hari itu merupakan hari terakhir sesi orientasi bagi pelajar-pelajar tingkatan satu. Setelah diberi taklimat dan mengagihkan kelas masing-masing,para pelajar dikehendaki masuk ke kelas yang telah ditetapkan. Semasa dalam perjalanan ke kelas,Mia sibuk mengira duit syiling yang baru ditukarkan dengan seorang pelajar untuk memudahkannya menelefon keluarganya di Johor Bahru nanti. Sedang asyik mengira duit syiling,Mia terlanggar dengan seorang budak perempuan. Habis berterabur semua duit syilingnya.
"Duit aku!" Mia menyentak. "Eh duit aku pun jatuh jugaklah," kata budak yang melanggar Mia itu. Mia melihat name tag yang tertera di tudung budak perempuan itu, 'Zurin Atiqah'. Mia mengutip duit syilingnya yang terjatuh sambil mengira jumlah yang sepatutnya dia dapat.
"Eh,apa pasal tak cukup 50 sen ni? Weh,bak sini 50 sen aku!" Punyalah marah Mia pada budak yang baru dikenalinya itu.
"Apa pasal pulak? Ni semua duit akulah. Kau ni tak pandai kira agaknya." Zurin menggenggam seeratnya duit syiling yang berada dalam gengamannya.
"Kau jangan nak cari pasal dengan aku eh! Tadi aku kira,sepatutnya ada RM1.50,ini tak cukup 50 sen ni? Mesti kau yang ambik,kan...?" Lagak Mia bagai gangster Kampung Duku daa...
"eh,kau jangan nak main tuduh-tuduh aku,eh. Kau tu yang tak reti kira,pandai-pandai je nak cakap aku ambik."
"Bak sini aku nat tengok!" Mia yang masih tidak puas hati terus memaksa Zurin.
"Eh,mana boleh. Ni duit syiling aku la...sibuk je." Mia geram dan terus merampas duit syiling yang ada dalam genggaman tangan Zurin.
"Weh! Kau ni apa hal?!" Giliran Zurin pula menyentak Mia.
Mia membelek setiap duit syiling yang sudah berada di tangannya. 20 sen ada empat keping,50 sen ada dua keping,10 sen ada tiga keping. Mia melihat 50 sen tersebut dan mengambil sekeping. Yang selebihnya dia pulangkan kembali pada Zurin. "Nah! Okey bye..."
Dengan selambanya Mia meninggalkan budak perempuan itu tertanya-tanya. Zurin mengira balik duit yang dipulangkan oleh Mia. "Eh,ni mana boleh jadi ni! Dia ambik 50 sen aku lagi satu...lahabau punya budak....Weh! Weh budak beg purple!" Mia melihat begnya dan terus memberhentikan langkahnya.
"Kau apa hal mention,mention beg aku ni? Tak nampak ke ni,nama aku ni ha? Kalau tak nampak aku boleh bacakan!"
Zurin melihat tanda nama di tudung Mia,"oh....Syarifah Mia Khazreena....Eh lahabau,yang kau pergi curik 50 sen aku apa hal?"
"Apa kau panggil aku? Lahabau? Eh labu! Ni duit akulah. Kau yang tak reti kira cakap aku pulak yang tak reti. Macam mana entah boleh dapat sekolah kat sini."
"Amboi sedapnya mulut kau berkata-kata ye...Ha,apa bukti kalau betul 50 sen tu kau punya?"
"Eh,aku ingatlah...50 sen aku,tahun dia 2004...baru punya...kau punya yang lama..."
Zurin mengerutkan dahinya,"eh apa pasal macam tu pulak?"
"Memanglah macam tu. Aku tahulah,aku dah kira tadi.Aku dah selidik satu per satu duit aku tau.."
Zurin tergelak seketika,"ada jugak orang macam kau ni ek. Dahla,malas aku nak layan kau. Aku pun tak heran la dengan 50 sen tu. Kalau RM50 tak apalah jugak. Kau amek ajelah...Kesian kau...hahahha," sadis sungguh ayat si Zurin tu. Zurin meninggalkan Mia keseorangan di situ dan terus naik ke kelas.


         Mia meneruskan perjalanan mencari kelas yang sepatutnya dia masuk.1 Angsana.Ha,ini pun...Mia masuk,semua tempat duduk sudah dipenuhi dengan pelajar. Cikgu yang berada dalam kelas tersebut menegurnya,"ni sorang lagi,awak pun pergi tandas jugak ke?"
Tandas? Ah,angguk aja lah. Siapa pulak yang sebelum aku pergi tandas ni? Mia tertanya-tanya sendiri. "Tak apa lah,awak pergilah duduk di sebelah kawan awak tu,"cikgu wanita itu menunjukkan tempat duduk Mia yang berada di bahagian belakang sekali. Ai,budak ni pun kelas ni jugak ke? Zurin membuat muka peliknya, "ai,kau lagi..."
"Diam la kau." Mia duduk di sebelah Zurin.

   ........................................................................................................



Mia tersenyum sendiri apabila mengenangkan kerenah mereka berdua semasa di tingkatan 1. Pasal duit 50 sen pun nak gaduh. Nampak sangat ketika itu mereka tak matang lagi. Ish,ish,ish...tapi sampai sekarang,ada saja perkara yang digaduhkan mereka. Kalau sehari tak bergaduh memang tak sah. Tapi itu gaduh-gaduh manja saja... Sahabat-sahabatnya yang lain hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai Mia dan Zurin itu.

            "Tok,tok,tok!" Terkejut dengan ketukan pintu,hampir nak terjatuh gambar yang dipegang Mia tu. Kalau jatuh tu,memang hancus las....Heish,siapa pulak la yang 'mengspoilkan' ketenteraman jiwa aku ni? Eh siapa lagi? Dah kat rumah ni tinggal aku dengan mama je. Ish lagi mau tanya ka? "Kejaplah,ma...tak sabar betul," Mia membuka pintu biliknya,"ada apa,ma?" Puan Syarifah Rosnah sudah berdiri di hadapan Mia.
"Tadi,Tiya call...dia suruh mama ambik...tapi mama penatlah,Mia..."
"Hmm..nak suruh Mia ambik la tu,kan?"
"Tak adalah...nak suruh bangla kat tepi jalan tu ambikkan... Apalah Mia ni,tu pun nak tanya ke? Cepatlah,nanti kang si Tiya tu mengamuk karang."
"Ala,biar aje. Yang dia suruh balik malam-malam tu apa pasal?"
"Kau ni,Mia...bukannya dia yang suruh balik malam pun...cepat tau."
Mia masih membatukan dirinya sambil memuncungkan bibirnya. Puan Syarifah Rosnah mengeluh tanda mengerti keinginan anaknya itu,"yalah,yalah,yalah...pakailah kereta mama tu..."
Tiba-tiba saja Mia menjadi girang. "Yes! Thank you,ma...hehheh,"tersenyum kambing Mia jadinya. Mananya tidak,sebelum ni begitu berat mamanya mahu meminjamkan kereta kesayangannya itu. Kalau mahu pergi ke mana-mana pun Mia hanya menggunakan motor 'ego'nya. Mamanya telah berpakat dengan abahnya, kalau result SPM Mia gempak baru dibelikannya kereta... Best tu...Beruntung dapat ibu bapa macam Syarifah Rosnah dan Syed Zulkifli ni...


-to be continued-

 



     


6 yang bagi respon:

cheh
bole pulak igt tahun 2004 tuh!
hahaa, kelakar :D

ha! khairiyah! saya ade soalan tag utk awk jwb tau.. ape2 pun cte ni mmg best!!! smbung cpat ok!!

nk komen xde kena mengena dgn entry... layout ke backgroud org pggl.. lawa la awk pnye ala2 fantasi tu...

wahahah awk ni baru perasan ke pe?
thanx...template nih abg sedare sy yg buatkn..x ingat plak link dy ape.ehheh

bila awk tulis kat entry contoh nama sy NICK IRFAN lps tu higlight nama saya lps tu kan kat cacatan baru kan?? yang sebelah kaler ada bulat warna hijau klik situ masukan url saya... dan jadi la... phm x? sy thu tp sy ni x brapa pandai explain ni... hehehe ape2 pun klu bleh ker? x boleh ke kasi thu sy tau... nnt sy cuba explain lagi...

join my contest yerr...

Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood