MIA menggerakkan kakinya menuju ke tempat di mana mamanya memakirkan keretanya. Baru sahaja Mia hendak masuk ke dalam perut kereta, Kak Faz telah memanggilnya. "Mia!!" Kak Faz berlari menuju ke kereta Pn. Syarifah Rosnah dan berdiri di sebelah Mia yang dipisahkan dengan pintu kereta mama Mia. "Mia,malam ni jangan lupa pakai cantik-cantik tau. Akak nak kenalkan Mia dengan someone..." Kak Faz senyum meleret. Mia pula mengerutkan mukanya tanda tidak mengerti.
"siapa,kak?"
"adalah..."
"macam-macamlah kak Faz nih"
"janji tau"
"Kak Faz....." Mia cuba mengagak apa yang berada dalam kotak fikiran kakaknya itu. 'pin..pin...!!' kereta Pn. Syarifah Rosnah sudah bersuara.
"eh,mama dah sound tu...janji tau," sambil memegang bahu Mia dan menolaknya masuk ke dalam kereta yang sudah sedari tadi terbuka. Mia yang sejak tadi terpinga-pinga hanya mengikut rentak Kak Faznya. Something wrong somewhere la Kak Faz ni. Kereta Toyota Vios yang dibawa Pn. Syarifah Rosnah sudah menyusur di atas jalan raya menuju ke rumahnya. Dia melihat anak keduanya yang sejak tadi asyik terdiam, terus menanyakan soalan kepada anak kesayangannya itu.
"kenapa ni,Mia?"
"Tak adalah...pelik dengan Kak Faz tu.."
"Kenapa dengan dia?"
"Ada dia kata malam ni suruh Mia pakai cantik-cantik,dia kata nak kenalkan Mia dengan someone. Siapa entah," mama mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti akan penjelasan anaknya. Mia yang memandang mamanya hanya mampu mengangkat bahu.
Usai tiba di rumah,Mia menerima mesej daripada Kak Faz.
Mia,malam ni pakai baju yg akak bagi dulu tu eh? akak teringin nk tgk adik akak
pakai baju tu....tau3??
Mia membalas mesej tersebut,
kenapa?? x fahamlah Mia dgn Kak Faz ni...mesti ada apa2 kan??siapa someone
tu kak? lelaki eh...? better u tell me!
eh,adelah...mana boleh beritahu..x surprise nanti. oklah akak nk mandi ni.
doakan segala2nya berjalan lancar ek..akak takut nih..huhu~
yelah kak faz...anything for u...bye... =)
"Huh tau pun takut tapi nak kenakan aku pulak. Herm siapalah gerangan orang yang yang Kak Faz nak kenalkan ni ek? Mesti lelaki kan? Mintak-mintaklah handsome. Boleh jugak cuci mata.hihihi. Herm..okay jugak cadangan Kak Faz,nak pakai cantik-cantik lah.hehehh..amboi gatainya aku nih..." Mia membebel sendiri sambil tersengih-sengih.
Mia keluar daripada bilik air dengan membawa shampu 'Head & shoulders' dan shower foam kesukaannya, 'shokubutsu' dan diletakkan di atas meja soleknya. Kemudian dia melangkah ke almarinya dan membuka pintu almari. Mia mengambil sepasang baju kurung berwarna biru cyan yang disertakan dengan selendang yang tergantung di dalam almari. Teringat Mia ketika Kak Faz menghadiahkannya baju kurung tersebut.
...................................
"KAK...kenapa akak nak pindah...? Kan best kalau akak sambung sampai tahun depan...?"
"tak boleh lah Mia. Akak memang teringin nak belajar dekat UiTM tu. Lagipun kalau STPM ni akak macam susah nak bawak,Mia.."
"sampai hati Kak Faz. Kak Faz tak sayangkan Mia ke..?"
"Eh Mia ni. Janganlah cakap macam tu.. Mia ni akak dah anggap macam adik akak sendiri tau. Insya-Allah kalau ada masa kita jumpa lagi ye...? Mia janganlah menangis...nanti akak pun menangis tau..." Mia mengesat air mata yang mula mengalir di pipinya.
"janji dengan kak Faz tau. time PMR nanti buat betul-betul tau. Jadi macam abang Long Mia tu tau. Kalau abang Mia boleh,Mia pun pasti boleh punya..kn....?" Kak Faz menggenggam tangan adik kesayangannya itu.Mia hanya mampu mengangguk. Mia memeluk Kak Faz seeratnya. Tak sanggup Mia untuk membiarkan Kak Faz pergi. Mia tak dapat menampung empangan air matanya yang sudah bertakung di bawah matanya. setitik demi setitik air merembes keluar tanpa diingini. Mereka meleraikan pelukan dan Kak Faz mengelap air mata yang jatuh di pipi Mia.
"Dahlah tu. Jangan menangis lagi... Ni,akak ada hadiah untuk Mia," Kak Faz memberikan sekotak hadiah yang berwarna hijau muda kepada Mia. Mia membuka kotak tersebut. Terdapat baju kurung plane dan kain bercorak kotak-kotak berwaran biru cyan.
"cantiknya kak....Thanks, Kak Faz..Kak Faz janji tau lepas ni jangan lost contact dengan Mia.tau,tau,tau.....?"
"perhatian kepada Nurul Fazliana binti Dato' Hassan,sila turun ke pondok pengawal sekarang. Ibu bapa anda sedang menunggu. Terima kasih."
Fazliana yang mendengar namanya dari dorm 'Ummu Athiyah' bergegas mengangkat barang untuk dibawa turun. "okaylah Mia,akak pergi dulu ye. Jaga diri baik-baik tau."
"okey...kalau ada apa-apa nanti just call Mia tau." Mereka saling berpelukan untuk kesekian kalinya...
-to be continued-
5 yang bagi respon:
wah! bleh tahan cte ni.. truskan sambungannya.. best!!! hehehe kak faz dan mia ni mmg wujud ker? atau awk reka jer karekter ni... ape2 pun mmg best! keep it up!!!!! kjab! napa tjuk di mak andam dan nasi goreng? xde lak nasi goreng dlm ni? jgn kata nasi goreng bihun goreng? mee goreng pun xde? hehehe mngkin sy baca dr bahagian 4 kot? sory bahagian 1-3 x baca lagi sbb intenet low la... hehehe
hahah.bace jgn x bace.yg nasi goreng 2 adela...pjg lg lorh...sbnarnye novel ni sy publish kat penulisan2u.com.smbil2 2 sy post kat sini skali....ade la kaitannya..tp jauh lg...heheh.yg kat bhgn 3 adela sket kaitan...
oh lpe nk tmbh.kak faz ngan mia 2 x wujud...sy yg wujudkn sndri..heheh
salam.
wehh, cuba ko tgk balik kt second last paragraph tuh,
ade something wrong cket laa.
typing error yg mbawa mkne yg kurg elok.
hee.
a'ah3...heheh
tgn terencat sket ari 2...
xpe3 aq p btolkan sat...huuhu
Post a Comment