salam..setelah begitu lama aku x m'update blogku nih.huhu.skg ni nak sambung novel aku yg masih panjang lagi kisahnya...
LAGU deringan 'halo' nyanyian Beyonce Knowles mematikan lamunan Mia. Hisy siapa pulak la yang mengacau ni? Belum sempat dijawab, lagu 'Halo' dalam telefonnya terhenti. Ai...main miss call miss call pulak..apabila dilihat nombor di skrin telefon Sony Ericsonnya...Huh memang confirm ada orang sibuk nak kacau. Siapa-siapa ajelah. Aku baru nak layan perasaan.
Pada malam itu Mia tampak anggun sekali. Sebetulnya,ramai yang jealous dengan anak kedua Pn. Syarifah Rosnah ini. Masakan tidak,ketika di zaman persekolahannya dulu boleh dikatakan Mia lah pelajar yang paling cantik dan comel sekali. Mia mewarisi kecantikan mama dan abahnya, Sheikh Zulkifli yang berketurunan Arab dan China. Memang beruntunglah menjadi Syarifah Mia Khazreena ni. Ramai lelaki yang tergila-gilakannya. Cuma Mia saja yang tak mengendahkan mereka. Yang selalu Mia katakan pada rakan-rakannya, "lantak dia orang lah. Karang kalau aku layan aku pulak yang jadi gila." Rakan-rakannya hanya mengangkat bahu dan membiarkan saja.
Syarifah Rosnah yang melihat penampilan anak daranya pada malam itu terpegun seketika. "hai Mia,ni siapa nak nikah sebenarnya ni? Macam terlebih je mama tengok malam ni?" Mia mencebikkan mukanya.
"Eleh,ayat cover-cover la tu..cakap jela Mia cantik malam ni...kan,kan,kan.....?"
"Eh yang kau ni nak perasan sangat apa hal? Mama tak cakap apa-apa pun. Dah,dah,dah...mama dah lambat ni." Mamanya terus meninggalkan Mia keseorangan di ruang tamu rumahnya itu.
"Eleh mama. Saja je la tu. Padahal dalam hati tu cakap,ya Allah...cantiknya anak aku ni...tapi segan-segan pulak nak cakap.hahhaha..terover sudah..." Mia membebel seorang diri dan tergelak-gelak sambil menekup mulutnya dengan tangan. Begitu comel kelakuan Mia pada ketika itu.
Mia telah dilantik secara tidak sengaja oleh Kak Faz untuk menjadi pengapitnya pada malam itu. Mia pun agak pelik. Punyalah ramai sepupu sepapat dan saudar mara Kak Faz ni, Mia juga yang dipilihnya. Almaklumlah...memandangkan mereka sudah lama 'terpisah',jadi Kak Faz mahu berkongsi kegembiraannya bersama Mia lah tu...
Mia telah membantu mamanya menghias bakal pengantin dan juga hantaran. Sesudah selesai kerjanya,barulah Mia berpeluang menanyakan teka-teki yang selama ini berada dalam benak fikirannya, "Kak Faz....beritahulah siapa..." Kak Faz hanya menggelengkan kepala.
"Okey,Kak Faz tak nak beritahu.Mia tak nak jadi pengapit Kak Faz," Mia berpura-pura merajuk.Kak Faz hanya menjawab,"okey...." Mia masih tidak puas hati,
"hmm nenek mia cakap kan kalau orang tu dah beritahu sesuatu tapi ayat dia tak habis,maknanya orang tu pengecut..."
"Eh? Tapi...atuk Kak Faz kata orang yang beritahu tak habis tu ada hak tak nak beritahu apa yang dia tahu tu..."
"Ei Kak Faz ni memang tau..."
"Erm..setahu akak ayat Mia tu pun tak habis.Memang?Memang apa?Memang cantik?Terima kasih...." sambil menunjukkan barisan gigi yang cantik lagi putih.
Mia menyedut oksigen sedalam-dalamnya. Kalau orang lain kacang saja dia nak kalahkan tapi kalau dengan Kak Faz ni memang susah nak menang. Tak tahulah ilmu apa yang Kak Faz guna.
Majlis pernikahan Kak Faz selamat disempurnakan. Rupa-rupanya suami Kak Faz tu punyalah handsome. Memang mendatangkan 'kejealousan' la pada setiap kalangan kaum hawa termasuk Mia.Mia sempat berbisik pada Kak Faz semasa majlis akad nikah dijalankan,
"I envy you". Kak Faz hanya tersenyum. Tapi apa yang merimaskan Mia sejak bermulanya majlis sehinggalah habis,dia merasakan seperti ada mata yang memandangnya. Dan yang membuatkannya bertambah pelik apabila ada seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan suami Kak Faz tu macam pernah dilihat saja sebelum ini. Tapi di mana ya?
Selepas saja majlis tamat,Mia mencari mamanya yang tiba-tiba menghilang daripada pandangannya.Mia menemui mamanya sedang berbual dengan seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan mamanya. Dengan siapa-siapa ajelah mama aku tu berbual. Orang yang tak kenal pun boleh berbual macam dah 10 tahun kenal. Ish,ish,ish...mama...mama...
Niat Mia yang ingin mendekati mamanya terhenti apabila Kak Faz memanggilnya. Kak Faz yang pada masa itu tersangatla happy di samping suami yang tercinta mendekati Mia.
"Ha,Mia tadi nak kenal sangat kan dengan suami akak? Ni dah jumpa....dah puas..?" Kak Faz senyum meleret. Ish Kak Faz ni sajelah tu nak menyakat aku. Sekeh kang kepala baru tahu.
"Oh,ni lah adik Faz,ya? Mia,kan?" Suami Fazliana pula bertanya. Mia hanya mampu tersenyum dan tersipu-sipu malu. Takal jela Kak Faz raja sehari malam ni. Kalau tak memang dah kena la dengan aku,Kak Faz...desis Mia dalam hatinya yang dalam kegeraman tu.
"Along!" Tiba-tiba suara dari belakang Mia memanggil Abang Amin,suami kepada Kak Faz.
Abang Amin terus pergi kepada suara tersebut. Mia apa lagi,terus mendekati Kak Faz, "Kak Faz! Oh...nak kenakan Mia eh...?" Tangan Mia sibuk memegang lengan dan menarik lengan baju nikah kakaknya. "Malulah Mia...," Kak Faz yang mahu lari dari situasi tersebut terus memanggil suaminya,Amin.
"Mia,Mia sini," Kak Faz menarik lengan Mia supaya mengikutnya.
"Apa lagi ni,kak....?"
"Mia,ni lah adik Abang Amin...Aman."
Mia mengerutkan mukanya. Eh,eh macam kenal la dengan 'pok cik' ni. Aman memberikan senyuman kepada Mia. Apabila Mia terlihat senyuman itu baru lah dia teringat siapa lelaki itu sebenarnya. Muka Mia berubah menjadi merah. Ish...macam mana boleh jumpa dia lagi ni...?
-to be continued-
Lima Belas Minit
5 years ago
4 yang bagi respon:
hahahh.
berjodoh betol mia ngan cucu nek som tu eh?
weh, cpt2 la cont cte nie eh?
best best! :D
bez eh??heheh tq...
thanx dh follow cte nih...
bsok aq smbung part 7 ek...tgguu... =)
dlu awk ikut cte hantu sy? skrg insyaallah sy nk follow cte awk lak? hehehe eh! smpai siri brapa ni? best la..... smbung lagi tau...
thanx nick...erm rase2nye masih panjang lagi la...adela dlm 20 siri or lebih kut..huhu.kalau awk larat follow la..kalau x pun xpe..kwn2 sy ni bace buknnye nk komen.huhu
Post a Comment