MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]

MIA menceritakan kepada Kak Faz tentang kisah pertemuan pertamanya dengan Pok Cik sengal a.k.a Aman tu. Sampai nak tercabut usus Kak Faz mendengar cerita Mia. Gelaknya punyalah sakan. Puan Syarifah Rosnah yang turut berada di dalam bilik Kak Faz yang telah tersergam indah dengan hiasan bunga-bunga ros merah dan putih di setiap penjuru biliknya tersenyum sambil menggeleng kepala melihat raja sehari itu. Iyalah,kan tidak sopan namanya tu. Sudah nikah pun tapi perangai tetap tidak berubah,macam budak-budak.Memang patutlah anaknya dengan Fazliana kamceng...

       lagi sekali Mia dilantik menjadi pengapit Kak Faz.Punyalah suka dia.Tapi dia tidak tahu siapa yang bakal menjadi pasangan pengapitnya.Jeng,jeng,jeng....Usai pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan,muka Mia terus bertukar menjadi merah.Alamak pok cik ni...sengal betullah.Nak tak nak Mia terpaksa juga menghadap si Aman tu. Yang Aman pula tak habis-habis memandang muka Mia. Alamak Minachi ni,punyalah cun muka dia. Eh,eh,dia jeling-jeling pulak. Lagilah bertambah cun dan cute...Ei geramnya pipi dia tu...aku dapat,aku cubit-cubit pipi dia tu....keghairahan yang melampau dalam hati Aman.
Ei si pok cik ni.Rimaslah...Tak habis-habis tengok muka aku.Tahulah aku ni cun...comel... Ketuk kang kepala baru tahu. Eh,eh,dia kenyit mata pulak...Mia menjelirkan lidahnya.


       Senja sudah menjelma.Mia berpeluk-pelukan dengan Kak Faz kesayangannya dan meminta izin untuk pulang ke rumah setelah satu hari suntuk membantu dalam menyempurnakan majlis persandingan kakaknya itu. Semasa hendak menuju ke kereta, Puan Syarifah Rosnah meraba-raba di dalam beg tangannya mencari kunci kereta.
"Astaghfirullahalazim..." Puan Syarifah Rosnah menepuk dahinya.
"Kenapa,ma?" Mereka memberhentikan langkah.
"Mama lupa nak masukkan kunci kat dalam beg..."
"Kuncinya dekat mana?"
"Dekat bilik Kak Faz rasanya.Sekejaplah,mama pergi cari kejap."

       Ini satu hal,Mia terpaksa menunggu mamanya. Sambil melayan perasaan,Mia disapa oleh suara yang amat dikenalinya.
"Ehem,ehem!" Aman mengukir senyuman yang amat manis pada Mia.
Ceh,pok cik ni lagi.takde orang lain ke? Mia hanya memberikan jelingan yang cukup tajam.
"Hai...seorang je?"
"Takdelah...tak nampak ke ada orang dekat sebelah ni...?" Biol apa? dah rabun kut...
Aman tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya di pipi sebelah kiri. "Heheheh,tengah tunggu siapa ni?"
"Tengah tunggu oranglah...Takkan tunggu tapir kut..."
"la...Tapir pun kawan awak jugak ke...? Tak sangka awak berkawan dengan haiwan...hahha."
"Eh,kau mana tahu,aku ni pencinta haiwan tau."
Amboi...kau,aku eh...Desis Aman dalam hati. "Ganasnya ayat...Oh patutlah orang lelaki tak nak dekat... Bercinta dengan tapir rupanya..."
"Ha ha ha,so funny..." Mia menunjukkan muka sengalnya. Ish,apa pasallah mama lambat sangat ni? Tak pasal-pasal aku kena melayan pok cik senget ni.
"Eh,apa pasal muka masam je? Oh saya tahu,mesti awak suka makan asam,kan? Muka pun dah sama je macam asam. Asam kecut....hahhaha." Tergelak kuat Aman pada malam itu. Kalau nak diikutkan hati,mahu saja dia berguling-guling di atas tanah tapi nanti apa pulak orang cakap. Aman memegang perutnya yang sakit menahan gelaknya yang membuak-buak. 

          Tahap kegeraman Mia sudah sampai ke tahap maksimum. Bila-bila masa saja dia boleh bertukar menjadi bini kepada Incredible Hulk! Agak-agak kalau aku belasah dia ni,boleh masuk ICU ni. Koman-koman pun mesti koma sebulan. Patutlah tiba-tiba macam gatal je tangan aku ni,macam nak tumbuk orang pulak. Mia masih menahan geramnya. sabar,Mia...sabar...
"Eh,kau ni banyak songeh eh. Itulah,makan tongkeng ayam banyak sangat. Mulut mengalahkan perempuan. Dahla gelak pun macam ayam.Sesuai sangatlah tu..."
"Amboi,boleh tahan jugak eh mulut awak ni?" Aman sudah berhenti ketawa.
"Eh,suka hati aku lah. Mak bapak aku tak kisah pun. Yang kau nak sibuk ni apa hal?"
Aman tersenyum sinis,oh nak tunjuk ganas eh dengan aku. "Yalah minachi oi...kau ingat aku heran ke mak bapak kau kisah ke tak...?"
Mia mencebikkan mukanya dan terus beredar dari situ menuju ke tempat di mana kereta Toyota Vios milik mamanya di'parking'. Mia cuba membuka pintu kereta tetapi tak boleh. La apa pasallah aku ni bengap sangat? Sah-sah kunci tak ada..habislah aku...Memanglah,kan kuncinya pada mamanya lagi.. Sekali lagi Mia telah malu di hadapan Aman.
Aman yang menyedari kejadian itu mula mengenakan Mia,"eh,tu apa pasal tu? Pintu tu boleh buka secara automatik ke...?" Dari jauh Aman telah menggelakkan Mia. Ei..!! Geramnya aku.. Mana nak letak muka ni...? relax...buat cool je,Mia...
"Eh takdelah...saja nak try...kot-kot mama aku lupa lupa nak kunci kereta.." ah,lantaklah!
"Oh..eh...?" Aman menyambung ketawanya. Eleh,macamlah aku x tahu yang kau nak cover malu.Hahahha...Mia...Mia...dah malu tu cakap je lah..Aman masih lagi gelak.
Huh,malu lagi aku dengan pok cik ni. Ish mama ni,lambat betullah. Mia terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor mamanya.
"Ma,apa pasal lambat sangat ni? Dah jumpa kuncinya belum?"
"Eh,Mia,ya Allah...mama boleh lupa pulak,Mia.Kuncinya dah jumpa tapi terserempak pula dengan mak cik Nab ni,terus lupa mama dekat Mia. Sorry ye Mia..."
"Mama ni memang tau. Kalau dah jumpa kawan lama,nanti semua jadi lupa. Cepat tau,ma. Mia dah kepanasan ni..."
Bukannya panas disebabkan cuaca,tapi disebabkan  oleh perangai Aman yang sengal lagi sewel tu. Baguslah,mama jumpa maknya. Aku jumpa anaknya. Memang bagus...Mia menoleh ke tempat di mana Aman berdiri tadi tapi pok cik tu sudah tiada. Fuh! Nasib baik dah menghilang. Aman sikit dunia. Harap je nama 'Aman' tapi perangai kecoh. Mia tak habis-habis membebel dalam hati tanda ketidakpuasan hatinya pada lelaki yang bernama Aman itu.


      Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya,Aman hanya tersenyum mengingatkan tingkah laku Mia. Ada sahaja perkara yang membuatkan Aman tergelak. Hai,Mia...Mia. Kenapalah baru sekarang aku tahu kau adik Arul? Suka betul tengok bila dia malu. Nampak cool saja. Cute pulak tu. Kalau perempuan lain dah lama gelabah.


-to be continued-





     

2 yang bagi respon:

rh! akhir sekali mia kwin dgn sapa?/ hehehehe

erm....kwen ke??huhu.sy x tau lg ape ending dy nick..huhu

Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood