MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]

MIA memberhentikan kereta di hadapan Perhentian Bas sambil mencari-cari kelibat adiknya. Mia keluar daripada kereta. Kut kut adiknya si Syarifah Tia Khaireeza tu tak nampak. Cari punya cari,Mia terlihat sesusuk tubuh yang sasa yang mengenakan t-shirt putih berjenama 'Polo' dan seluar jeans bersertakan dengan sepasang kasut berjenama 'Everlast'. Tak berkelip mata Mia melihat sesusuk tubuh itu walaupun orang itu membelakangkannya. Uish..macho 'giler' mamat ni. Macam berjanji dengan aku je. Mia yang pada malam itu memakai sweater berwarna putih sudah tersenyum-senyum sendiri di situ. Ceh! Perasan betullah anak mak andam Senah ni. Muka Mia berubah serta-merta selepas jejaka tersebut menoleh muka ke arah Mia. Muka Mia terus berubah menjadi kecut seperti buah mangga dibuat jeruk. Kalau jeruk tu sedap jugalah dimakan,tapi kalau muka dah kecut..? Hmm...


       Ish,macam mana aku boleh tak perasan ni? Mati-mati aku ingatkan dia tu Mr.Right yang aku cari cari selama ini. Spoil betullah Pok Cik tu! Aman yang baru perasan kehadiran Mia di situ terus  mendekati Mia yang cute lagi cun tu. Aman berdehem untuk ke berapa kali tapi tak diendahkan oleh Mia. Aman sudah berdiri betul-betul di hadapan Mia. Mia memandang dengan muka yang amat bengis. Seperti mahu menerkam orang di hadapannya lagaknya.


       "Eh,eh minachi....kenapa muka macam tu..?datang bulan eh..?" Tersengih-sengih sehingga menampakkan barisan gigi yang teratur dan putih


        "Huh,apesallah malang sangat aku hari ni,ek? Asyik jumpa engkau je. Tak ada orang lain ke?" Mia pula masih menunjukkan mukanya yang masam mencuka.


        "Tu maknanya kita ada jodoh..." Tak habis-habis menunjukkan giginya yang putih lagi bersih itu. Baru gosok gigi kut.


        Mia membesarkan matanya. "Aku? jodoh dengan kau? Heh,lebih baik tak payahlah. Daripada aku pilih engkau,lebih baik aku pilih tapir yang kat dalam hutan tu."


       "Cakap jela kau ada hati kat tapir tu,kan. Tak apalah,Mia...Aku relakan. Aku tak nak merosakkan kebahagiaan kau orang...selamat berbahagia ke anak cicit..."


       "Eh,kau ni kan...."  Belum sempat Mia nak menghabiskan kata-katanya,dari jauh dia terlihat kelibat Tia berlari terkedek-kedek ke arahnya. Tia memberhentikan lariannya  di hadapan kakanya. "Eh? Angah? La...ingat mama tadi..." Tia yang masih dalam keadaan terpinga-pinga baru menyedari bahawa di sebelahnya ketika itu adalah kakaknya,bukan mamanya. "Amboi,nak cakap aku tua lah,eh?" Mia mengerling pada Aman yang ketika itu sedang terkekeh-kekeh menggelakkannya. Sengal betullah mamat sewel ni. Gumam Mia dalam hati.


       "Tak adalah,tadi aku nampak kereta je,orangnya tak nampak. Tu lah kau,angah,kecil sangat.." Tia sudah memulakan sesi kritikannya pada malam itu. Tak menyempat.. Itulah tabiat adik Mia yang seorang ini. Ada sahaja benda yang ingin dikritiknya. Walaupun benda itu sekecil kuman,ingin juga dikomen.


      "Ha,dah mulalah tu. Tak habis-habis nak kritik orang. Kau apa pasal lambat?" Mia sudah mencekak pinggang kerana gara-gara adiknya,dia telah dikenakan oleh Aman untuk kesekian kalinya. Tia sudah tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal, "tadi aku kencing la...eh,eh ada orang pulak kat sini. Tak perasan la... Pakwe Mia eh...?" Sudah beberapa minit berlalu baru Tia perasan bukan mereka berdua sahaja yang ada di situ. Sungguh tidak peka ini budak.


      Mia yang sudah geram dengan gelagat adiknya itu sekali lagi membesarkan matanya yang sudah sejak azali lagi memang besar. "Dah! Sibuk nak interview orang pulak kau ni,pergi masuk dalam kereta la sana." Tia mencebikkan mukanya sehingga menampakkan lesung pipitnya yang kecil itu di sebelah kanan pipinya. "Eleh,takut la tu aku ambik pakwe dia. Cepat sikit ya kalau nak dating sekalipun... Beta dah penat ni."


      Tiba giliran Mia pula mencebikkan mukanya. Aman yang sejak dari tadi tak habis-habis tersenyum-senyum sehingga tergelak-gelak menyaksikan gelagat dua beradik yang berada di hadapan matanya itu. Mia yang baru perasan akan reaksi Aman terus menjadi geram dan terserlah merah mukanya menahan malu. "Apa kau gelak-gelak?? Tepilah!" Mia dengan sekuat hati menolak badan Aman yang sudah menghalang jalannya. Aman hanya mengundur selangkah. 


     "Tak nak mengaku lagi eh...?" Aman masih lagi menghalang Mia untuk menuju ke arah kereta. Mia mengerling ke arah jejaka yang berada di depannya, "apa benda engkau ni??"


      "Eleh,nak berselindung dengan aku pulak... Cakap ajelah kau dah angau dengan aku,kan..?" Aman mengangkat kening sambil tersengih-sengih. Ya Allah... Apa pasallah mamat ni perasan nak mampus? Desis Mia di dalam hati. "Heh! Eh, pleaselah... Eh mati hidup balik pun aku takkan teringin la nak angau dekat kau. Eh,dahla,sibuk aje!" sekali lagi Mia menolak Aman ke tepi. Aman membiarkan perlakuan Mia. 


      Mia dan Tia meninggalkan Aman di situ sendirian. Sebenarnya Aman sedang menunggu kawannya pulang daripada Kuala Lumpur. Hish,mana pulak la si Ikram ni. Aman terus mengambil mobile phone di dalam poket seluarnya dan mendail nombor Ikram.


    "Eh,Ram,kau dah sampai belum?

    "Belumlah... Driver bus ni bawa macam siput la. Tunggu la sekejap. Lagi lima minit aku sampai."

Sementara si Mia pula tak habis-habis di'interview' oleh adiknya,Tia. "Ni apa hal tengok muka aku macam orang tak puas hati ni?"

    "Angah,aku pelik lah. Macam mana kau boleh tersangkut dengan mamat tu?" Mia mengerutkan mukanya. Tak faham dengan adiknya yang seorang tu. "Ei ko ni,kan,kena cakap bahasa keling kut. Apa yang kau belajar dekat sana,Tia? Dah tak faham ke orang explain  bahasa melayu?" Pandangan Mia masih lagi fokus di jalan raya.


    "Huh,kau tu yang tak pandai nak explain,cakap aku pulak yang tak faham." Mia masih lagi mahu melayan kerenah adiknya itu,"alah,nantilah aku cerita... Aku kan tengah drive ni. Mati aku kalau ada apa-apa dengan kereta mama ni. Kau bukannya tak tahu mama tu macam mana."


    "Itulah kau,angah. Berlagak sangat nak bawa kereta besar. Lesen pun belum sampai setahun..." Tia sudah menguap beberapa kali ketika mendengar leteran kakaknya,walaupun matanya sudah berat tetapi tetap juga ingin menjawab leteran daripada Mia itu.  


     "kalau aku tak bawa kereta ni,alamatnya kau tidur dekat bus stand ajelah jawabnya,Tia.. Apa kau ingat dekat rumah tu ada enam biji kereta? Boleh pilih nak pakai yang mana satu? Kira bersyukurlah aku dah ambik kau ni tau."

    "Kroh..kroh....kroh...!" Mia menoleh ke tempat duduk di sebelah kiri,adiknya sudah nyenyak tidur sambil berdengkur pula tu. Adik siapalah ni? Ish,ish,ish.... "Besen punya adik! Aku sedap-sedap bagi ceramah,dia pun sedap-sedap je landing,kan. Ceh!" Mia menggelengkan kepalanya dan meneruskan pemanduannya menuju ke rumah.

-to be continued-








 


     

Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood