MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]


SELEPAS mengerjakan solat Isyak,Mia menekan punat 'on' pada laptop pemberian abahnya ketika Mia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tiga tahun yang lalu. Seperti biasa,Mia akan pergi ke laman blognya dan meluahkan segala isi hatinya; rasa suka dan gembiranya kerana dapat bertemu kembali dengan Kak Faz setelah empat tahun terpisah dan tak terkecuali rasa malu dan geramnya kepada lelaki yang bernama Aman tu lah. Siapa lagi? Selalunya Mia mana pernah berasa geram dengan orang lain. Dia yang buat orang geram ada lah. Nah,sekarang terkena batang hidung sendiri.

       Tiba-tiba terasa rindu pula pada kawan-kawan seangkatan dengannya. Mia mencapai frame gambar yang terletak di atas meja belajarnya yang berdekatan dengan laptop. Antara keempat-empat sahabatnya,Mia paling rapat dengan Zurin. Almaklumlah...Sejak dari form 1 lagi mereka dipertemukan. Mereka betul-betul kamceng. Sama-sama kecoh,sama-sama gila. Mia ingat lagi kisah dulu yang merapatkan persahabatan mereka.

...............................................................................................................

Hari itu merupakan hari terakhir sesi orientasi bagi pelajar-pelajar tingkatan satu. Setelah diberi taklimat dan mengagihkan kelas masing-masing,para pelajar dikehendaki masuk ke kelas yang telah ditetapkan. Semasa dalam perjalanan ke kelas,Mia sibuk mengira duit syiling yang baru ditukarkan dengan seorang pelajar untuk memudahkannya menelefon keluarganya di Johor Bahru nanti. Sedang asyik mengira duit syiling,Mia terlanggar dengan seorang budak perempuan. Habis berterabur semua duit syilingnya.
"Duit aku!" Mia menyentak. "Eh duit aku pun jatuh jugaklah," kata budak yang melanggar Mia itu. Mia melihat name tag yang tertera di tudung budak perempuan itu, 'Zurin Atiqah'. Mia mengutip duit syilingnya yang terjatuh sambil mengira jumlah yang sepatutnya dia dapat.
"Eh,apa pasal tak cukup 50 sen ni? Weh,bak sini 50 sen aku!" Punyalah marah Mia pada budak yang baru dikenalinya itu.
"Apa pasal pulak? Ni semua duit akulah. Kau ni tak pandai kira agaknya." Zurin menggenggam seeratnya duit syiling yang berada dalam gengamannya.
"Kau jangan nak cari pasal dengan aku eh! Tadi aku kira,sepatutnya ada RM1.50,ini tak cukup 50 sen ni? Mesti kau yang ambik,kan...?" Lagak Mia bagai gangster Kampung Duku daa...
"eh,kau jangan nak main tuduh-tuduh aku,eh. Kau tu yang tak reti kira,pandai-pandai je nak cakap aku ambik."
"Bak sini aku nat tengok!" Mia yang masih tidak puas hati terus memaksa Zurin.
"Eh,mana boleh. Ni duit syiling aku la...sibuk je." Mia geram dan terus merampas duit syiling yang ada dalam genggaman tangan Zurin.
"Weh! Kau ni apa hal?!" Giliran Zurin pula menyentak Mia.
Mia membelek setiap duit syiling yang sudah berada di tangannya. 20 sen ada empat keping,50 sen ada dua keping,10 sen ada tiga keping. Mia melihat 50 sen tersebut dan mengambil sekeping. Yang selebihnya dia pulangkan kembali pada Zurin. "Nah! Okey bye..."
Dengan selambanya Mia meninggalkan budak perempuan itu tertanya-tanya. Zurin mengira balik duit yang dipulangkan oleh Mia. "Eh,ni mana boleh jadi ni! Dia ambik 50 sen aku lagi satu...lahabau punya budak....Weh! Weh budak beg purple!" Mia melihat begnya dan terus memberhentikan langkahnya.
"Kau apa hal mention,mention beg aku ni? Tak nampak ke ni,nama aku ni ha? Kalau tak nampak aku boleh bacakan!"
Zurin melihat tanda nama di tudung Mia,"oh....Syarifah Mia Khazreena....Eh lahabau,yang kau pergi curik 50 sen aku apa hal?"
"Apa kau panggil aku? Lahabau? Eh labu! Ni duit akulah. Kau yang tak reti kira cakap aku pulak yang tak reti. Macam mana entah boleh dapat sekolah kat sini."
"Amboi sedapnya mulut kau berkata-kata ye...Ha,apa bukti kalau betul 50 sen tu kau punya?"
"Eh,aku ingatlah...50 sen aku,tahun dia 2004...baru punya...kau punya yang lama..."
Zurin mengerutkan dahinya,"eh apa pasal macam tu pulak?"
"Memanglah macam tu. Aku tahulah,aku dah kira tadi.Aku dah selidik satu per satu duit aku tau.."
Zurin tergelak seketika,"ada jugak orang macam kau ni ek. Dahla,malas aku nak layan kau. Aku pun tak heran la dengan 50 sen tu. Kalau RM50 tak apalah jugak. Kau amek ajelah...Kesian kau...hahahha," sadis sungguh ayat si Zurin tu. Zurin meninggalkan Mia keseorangan di situ dan terus naik ke kelas.


         Mia meneruskan perjalanan mencari kelas yang sepatutnya dia masuk.1 Angsana.Ha,ini pun...Mia masuk,semua tempat duduk sudah dipenuhi dengan pelajar. Cikgu yang berada dalam kelas tersebut menegurnya,"ni sorang lagi,awak pun pergi tandas jugak ke?"
Tandas? Ah,angguk aja lah. Siapa pulak yang sebelum aku pergi tandas ni? Mia tertanya-tanya sendiri. "Tak apa lah,awak pergilah duduk di sebelah kawan awak tu,"cikgu wanita itu menunjukkan tempat duduk Mia yang berada di bahagian belakang sekali. Ai,budak ni pun kelas ni jugak ke? Zurin membuat muka peliknya, "ai,kau lagi..."
"Diam la kau." Mia duduk di sebelah Zurin.

   ........................................................................................................



Mia tersenyum sendiri apabila mengenangkan kerenah mereka berdua semasa di tingkatan 1. Pasal duit 50 sen pun nak gaduh. Nampak sangat ketika itu mereka tak matang lagi. Ish,ish,ish...tapi sampai sekarang,ada saja perkara yang digaduhkan mereka. Kalau sehari tak bergaduh memang tak sah. Tapi itu gaduh-gaduh manja saja... Sahabat-sahabatnya yang lain hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai Mia dan Zurin itu.

            "Tok,tok,tok!" Terkejut dengan ketukan pintu,hampir nak terjatuh gambar yang dipegang Mia tu. Kalau jatuh tu,memang hancus las....Heish,siapa pulak la yang 'mengspoilkan' ketenteraman jiwa aku ni? Eh siapa lagi? Dah kat rumah ni tinggal aku dengan mama je. Ish lagi mau tanya ka? "Kejaplah,ma...tak sabar betul," Mia membuka pintu biliknya,"ada apa,ma?" Puan Syarifah Rosnah sudah berdiri di hadapan Mia.
"Tadi,Tiya call...dia suruh mama ambik...tapi mama penatlah,Mia..."
"Hmm..nak suruh Mia ambik la tu,kan?"
"Tak adalah...nak suruh bangla kat tepi jalan tu ambikkan... Apalah Mia ni,tu pun nak tanya ke? Cepatlah,nanti kang si Tiya tu mengamuk karang."
"Ala,biar aje. Yang dia suruh balik malam-malam tu apa pasal?"
"Kau ni,Mia...bukannya dia yang suruh balik malam pun...cepat tau."
Mia masih membatukan dirinya sambil memuncungkan bibirnya. Puan Syarifah Rosnah mengeluh tanda mengerti keinginan anaknya itu,"yalah,yalah,yalah...pakailah kereta mama tu..."
Tiba-tiba saja Mia menjadi girang. "Yes! Thank you,ma...hehheh,"tersenyum kambing Mia jadinya. Mananya tidak,sebelum ni begitu berat mamanya mahu meminjamkan kereta kesayangannya itu. Kalau mahu pergi ke mana-mana pun Mia hanya menggunakan motor 'ego'nya. Mamanya telah berpakat dengan abahnya, kalau result SPM Mia gempak baru dibelikannya kereta... Best tu...Beruntung dapat ibu bapa macam Syarifah Rosnah dan Syed Zulkifli ni...


-to be continued-

 



     




assalamualaikum...ke'busy'an yg melampau menghalang aku untuk m'update blog ni....kata sorry kepada mr. NICK IRFAN yang suka sangat menghantar komen ke entry saya walaupun entry2 yg dah berzaman.huhuhu.trimas ye.....kepada HAIRIL AKIF, sorry ye..akak tak sempat nak komen entry terbaru akip...minggu ni akak memang betul2 busy....sekarang memang tersangatlah jarang nak meng'update' blogku ini...novelku tergendala seketika..ada yang lagi penting dari ini....kalau ada masa akanku luangkan sebanyaknya masa yang ada untuk menge'post' entry terbaru sebanyak yg mungkin..hahha.yo2 jek aku nih.ok banyak lagi kerja mau dibereskan...salam...bubbye~

14 GAYA HIDUP HAPPY GIRL...

1)realistik~kalimat seperti 'kalaulah kulit aku putih,kalaulah gaji aku banyak'..adalah antara perkataan yang pantang keluar dari mulut happy girl. mereka selalu berusaha memandang positif setiap aspek yang mereka miliki.realitik sajelah.Allah mungkin tak selalu memberi apa yang kita inginkan tapi Allah memberikan apa yg kita perlukan. (betullah tu tapi kdg2 aku ni x realistik.huhu)



 2)hidup untuk hari ini~mereka takkan membiarkan diri dikuasai masa lalu.mereka tak terlalu obses untuk merancang masa depan sesempurna mungkin.apa yg penting apa yg ada dalam fikiran tidak overloaded kerana banyak berfikir.(aku byk berangan..huhu)



3)tak pernah berkira~tak pernah berkira setiap kali berbuat baik pada orang.maksudnya,mereka tak berharap dibalas budi  kerana setiap pertolongan dihulurkan dengan ikhlas.taklah seperti kita yg mengharapkan balasan apabila menghulurkan bantuan.(yup! tp kadang2 tu terungkit jugak..heheh)


4)tumpang bahagia~mereka akan ikut senang kebahagiaan orang lain.melihat teman berkahwin mereka tumpang gembira biarpun mereka tiada sesiapa di sisi.melihat teman dinaikkan pangkat mereka akan ucapkan tahniah dgn ikhlas.kebahagiaan orang lain mereka anggap sebagai kebahagiaan mereka juga.(yes,this is me!)



5)tulus memaafkan~saat ada yg berbuat salah padanya dan minta maaf,happy girl akan sentiasa sedia memaafkan bukan hanya di mulut saja bahkan tiada lagi perasaan dendam di dalam hati.(erm...yela kot..aku memang tak suka berdendam...)


6)anti dengki~mereka selalu yakin setiap orang itu ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.oleh kerana itulah mereka jarang dengki pada orang lain biarpun ada yang lebih dari mereka.(a'ah3..betul sesangatlah tu)



7)ketawa~selepas ditimpa pelbagai musibah atau mengalami pelbagai masalah,mereka masih boleh ketawa.mereka memilih untuk tetap ceria kerana tahu bersikap sedih tak boleh mengubah keadaan.(erm..kadang2 jek...)



8)minus mengkritik~mereka tak pernah mengkritik penampilan atau sikap orang yg berbeza dengannya.mereka tahu setiap orang memiliki selera masing-masing.daripada pening fikirkan tentang orang lebih baik uruskan diri sendiri.
(bukannye tak pernah mengkritik org tapi dalam seminggu tu ada lah dalam 3 kali...huhu,ish3...)


9)hukum alam~mereka selalu menyedari hukum alam berjalan dgn seimbang.apa yg mereka tanam itu apa yg mereka tuai.mereka paling anti menyusahkan org lain kerana tahu ianya akan berbalik padanya kembali.(memang tak suka menyusahkan org..tp kadang2 tu terpaksa..huhu)



10)sahabat tulen~hubungan persahabatan yang dimiliki mereka biasanya sangat berkualiti.mereka mungkin jarang menyapa sahabatnya di facebook tapi di saat kamu memerlukan mereka pasti berada di sisi.(memanglah..dekat facebook tu aku buat maen game jek..hehhe)



11)jujur~mereka takkan ragu untuk menjadi diri sendiri dan tak perlu berusaha keras untuk tampil baik di hadapan orang lain.mereka juga jujur dengan diri sendiri.juka suka akan kata suka dan jika tidak akan kata tidak suka.(of course...!)


12)pegang kendali~mereka tak suka hidupnya dikuasai orang lain kerana mereka memegang kendali untuk mengawal dirinya sendiri.kegagalan yang terjadi bukan bererti mereka tak mampu meraih apa yg mereka inginkan.mereka tahu itu cuma masalah waktu dan sentiasa yakin kegagalan merupakan kejayaan yang tertunda.(erm...agaknye la kot...)



13)bijak membezakan~mereka tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup.mereka hanya melakukan pekerjaan yang mereka suka,memakai wang mengikut keadaan dan bijak membezakan sesuatu yang mereka tidak inginkan.mereka menjalani hidup tanpa rasa terbeban.(lalalalala~)


14)stop menyalahkan diri sendiri~meskipun sering bersifat rendah diri,namun happy girl takkan terus menerus menyalahkan diri sendiri atas apa perkara buruk yang berlaku.bagi mereka hal buruk berlaku bukan kerana faktor dalaman tetapi juga faktor luaran.manusia boleh merancang tapi segala yang berlaku bukan di tangan kita.(definitely!)

             
am i a happy girl??erm may be yes..may be not...huhu.bolehla..kebanyakan list kat atas ni ada jugakla sama macam aku......credit for majalah REMAJA! wink wink!! ;-) 

MIA menceritakan kepada Kak Faz tentang kisah pertemuan pertamanya dengan Pok Cik sengal a.k.a Aman tu. Sampai nak tercabut usus Kak Faz mendengar cerita Mia. Gelaknya punyalah sakan. Puan Syarifah Rosnah yang turut berada di dalam bilik Kak Faz yang telah tersergam indah dengan hiasan bunga-bunga ros merah dan putih di setiap penjuru biliknya tersenyum sambil menggeleng kepala melihat raja sehari itu. Iyalah,kan tidak sopan namanya tu. Sudah nikah pun tapi perangai tetap tidak berubah,macam budak-budak.Memang patutlah anaknya dengan Fazliana kamceng...

       lagi sekali Mia dilantik menjadi pengapit Kak Faz.Punyalah suka dia.Tapi dia tidak tahu siapa yang bakal menjadi pasangan pengapitnya.Jeng,jeng,jeng....Usai pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan,muka Mia terus bertukar menjadi merah.Alamak pok cik ni...sengal betullah.Nak tak nak Mia terpaksa juga menghadap si Aman tu. Yang Aman pula tak habis-habis memandang muka Mia. Alamak Minachi ni,punyalah cun muka dia. Eh,eh,dia jeling-jeling pulak. Lagilah bertambah cun dan cute...Ei geramnya pipi dia tu...aku dapat,aku cubit-cubit pipi dia tu....keghairahan yang melampau dalam hati Aman.
Ei si pok cik ni.Rimaslah...Tak habis-habis tengok muka aku.Tahulah aku ni cun...comel... Ketuk kang kepala baru tahu. Eh,eh,dia kenyit mata pulak...Mia menjelirkan lidahnya.


       Senja sudah menjelma.Mia berpeluk-pelukan dengan Kak Faz kesayangannya dan meminta izin untuk pulang ke rumah setelah satu hari suntuk membantu dalam menyempurnakan majlis persandingan kakaknya itu. Semasa hendak menuju ke kereta, Puan Syarifah Rosnah meraba-raba di dalam beg tangannya mencari kunci kereta.
"Astaghfirullahalazim..." Puan Syarifah Rosnah menepuk dahinya.
"Kenapa,ma?" Mereka memberhentikan langkah.
"Mama lupa nak masukkan kunci kat dalam beg..."
"Kuncinya dekat mana?"
"Dekat bilik Kak Faz rasanya.Sekejaplah,mama pergi cari kejap."

       Ini satu hal,Mia terpaksa menunggu mamanya. Sambil melayan perasaan,Mia disapa oleh suara yang amat dikenalinya.
"Ehem,ehem!" Aman mengukir senyuman yang amat manis pada Mia.
Ceh,pok cik ni lagi.takde orang lain ke? Mia hanya memberikan jelingan yang cukup tajam.
"Hai...seorang je?"
"Takdelah...tak nampak ke ada orang dekat sebelah ni...?" Biol apa? dah rabun kut...
Aman tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya di pipi sebelah kiri. "Heheheh,tengah tunggu siapa ni?"
"Tengah tunggu oranglah...Takkan tunggu tapir kut..."
"la...Tapir pun kawan awak jugak ke...? Tak sangka awak berkawan dengan haiwan...hahha."
"Eh,kau mana tahu,aku ni pencinta haiwan tau."
Amboi...kau,aku eh...Desis Aman dalam hati. "Ganasnya ayat...Oh patutlah orang lelaki tak nak dekat... Bercinta dengan tapir rupanya..."
"Ha ha ha,so funny..." Mia menunjukkan muka sengalnya. Ish,apa pasallah mama lambat sangat ni? Tak pasal-pasal aku kena melayan pok cik senget ni.
"Eh,apa pasal muka masam je? Oh saya tahu,mesti awak suka makan asam,kan? Muka pun dah sama je macam asam. Asam kecut....hahhaha." Tergelak kuat Aman pada malam itu. Kalau nak diikutkan hati,mahu saja dia berguling-guling di atas tanah tapi nanti apa pulak orang cakap. Aman memegang perutnya yang sakit menahan gelaknya yang membuak-buak. 

          Tahap kegeraman Mia sudah sampai ke tahap maksimum. Bila-bila masa saja dia boleh bertukar menjadi bini kepada Incredible Hulk! Agak-agak kalau aku belasah dia ni,boleh masuk ICU ni. Koman-koman pun mesti koma sebulan. Patutlah tiba-tiba macam gatal je tangan aku ni,macam nak tumbuk orang pulak. Mia masih menahan geramnya. sabar,Mia...sabar...
"Eh,kau ni banyak songeh eh. Itulah,makan tongkeng ayam banyak sangat. Mulut mengalahkan perempuan. Dahla gelak pun macam ayam.Sesuai sangatlah tu..."
"Amboi,boleh tahan jugak eh mulut awak ni?" Aman sudah berhenti ketawa.
"Eh,suka hati aku lah. Mak bapak aku tak kisah pun. Yang kau nak sibuk ni apa hal?"
Aman tersenyum sinis,oh nak tunjuk ganas eh dengan aku. "Yalah minachi oi...kau ingat aku heran ke mak bapak kau kisah ke tak...?"
Mia mencebikkan mukanya dan terus beredar dari situ menuju ke tempat di mana kereta Toyota Vios milik mamanya di'parking'. Mia cuba membuka pintu kereta tetapi tak boleh. La apa pasallah aku ni bengap sangat? Sah-sah kunci tak ada..habislah aku...Memanglah,kan kuncinya pada mamanya lagi.. Sekali lagi Mia telah malu di hadapan Aman.
Aman yang menyedari kejadian itu mula mengenakan Mia,"eh,tu apa pasal tu? Pintu tu boleh buka secara automatik ke...?" Dari jauh Aman telah menggelakkan Mia. Ei..!! Geramnya aku.. Mana nak letak muka ni...? relax...buat cool je,Mia...
"Eh takdelah...saja nak try...kot-kot mama aku lupa lupa nak kunci kereta.." ah,lantaklah!
"Oh..eh...?" Aman menyambung ketawanya. Eleh,macamlah aku x tahu yang kau nak cover malu.Hahahha...Mia...Mia...dah malu tu cakap je lah..Aman masih lagi gelak.
Huh,malu lagi aku dengan pok cik ni. Ish mama ni,lambat betullah. Mia terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor mamanya.
"Ma,apa pasal lambat sangat ni? Dah jumpa kuncinya belum?"
"Eh,Mia,ya Allah...mama boleh lupa pulak,Mia.Kuncinya dah jumpa tapi terserempak pula dengan mak cik Nab ni,terus lupa mama dekat Mia. Sorry ye Mia..."
"Mama ni memang tau. Kalau dah jumpa kawan lama,nanti semua jadi lupa. Cepat tau,ma. Mia dah kepanasan ni..."
Bukannya panas disebabkan cuaca,tapi disebabkan  oleh perangai Aman yang sengal lagi sewel tu. Baguslah,mama jumpa maknya. Aku jumpa anaknya. Memang bagus...Mia menoleh ke tempat di mana Aman berdiri tadi tapi pok cik tu sudah tiada. Fuh! Nasib baik dah menghilang. Aman sikit dunia. Harap je nama 'Aman' tapi perangai kecoh. Mia tak habis-habis membebel dalam hati tanda ketidakpuasan hatinya pada lelaki yang bernama Aman itu.


      Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya,Aman hanya tersenyum mengingatkan tingkah laku Mia. Ada sahaja perkara yang membuatkan Aman tergelak. Hai,Mia...Mia. Kenapalah baru sekarang aku tahu kau adik Arul? Suka betul tengok bila dia malu. Nampak cool saja. Cute pulak tu. Kalau perempuan lain dah lama gelabah.


-to be continued-





     

"Ni...Mia kan?" Aman bersuara. Mia hanya membatukan diri menahan rasa malu. "Macam mana? Kaki tu okey tak?" Kak Faz dan Abang Amin terpinga-pinga akan pertanyaan Aman itu.
"Mia kenal Aman ke?" Giliran Kak Faz pula menanyakan pada Mia. Mia hanya membatukan dirinya sambil matanya tajam melihat Aman. "Tadi pagi kita orang terjumpa dekat rumah nenek..." Aman menjelaskan kepada Alongnya dan Kak Faz. Mia membisikkan kepada Kak Faz, "I'll tell u later." 
"Eh,jom ambil gambar," Abang Amin yang masih terpinga-pinga dengan keadaan di hadapannya terus tidak mengendahkan persoalan yang masih berlegar-legar di dalam benak fikirannya. Sebenarnya dari tadi lelaki yang baru dijadikan suami Kak Faz tak sampai tiga jam tu sedang menunggu hendak diambilkan gambar. Tetapi tak tahu di mana agaknya cameraman menghilang.
"Jom,sayang," Abang Amin dan Kak Faz meninggalkan Aman dan Mia berdua-duaan di situ. Kak Faz...!! Mia menjerit dalam hati. Macam manalah aku nak menghadap 'pok cik' nih? Malu tak hilang lagi ni.

"Ehem,ehem...! Awak malu dengan kejadian pagi tadi eh....?" Aman memulakan perbualan.

Nak jawab apa ni? Ah diam ajelah.
"Ai,sombongnya mak cik. Takkanlah sebab pagi tadi terjatuh terus jadi bisu kot...?"
Amboi,boleh tahan laser jugak mulut 'pok cik' ni eh,"apa? Bisu? Amboi...sedap mengata orang ya. Sorry ya, saya tengah cari mama saya ni. Ha tu dia. Okey, bye...." Mia terus berlari terkedek-kedek ke arah mamanya.

             Aman masih berada dalam keadaan pelik. "Ek eleh minah ni,poyo betul," dan terus beredar dari situ menuju ke tempat rakan-rakannya. Yang si mama Mia pula dari tadi tak habis-habis berbual dengan mak cik tadi tu. Apa benda yang dibualkannya pun Mia tak tahulah. Tapi biasalah Mak Andam Senah; kalau jumpa orang tak bergosip memang tak sah. Nak tegur ke tak? Nak tegur ke....tak? Ah,tegur jelah. Mama aku je pun. Desis Mia dalam hati. "Mama," sambil jari telunjuk Mia menguis-nguis bahu mamanya. "Ha,Nab,ni lah anak aku yang nombor dua. Mia namanya." Puan Syarifah Rosnah terus memperkenalkan Mia kepada perempuan yang berada di hadapan mereka tika itu.
"Iya...? Patutlah muka 'sepesen' dengan Arul. Adiknya rupanya..." Mia yang tak tahu menahu hanya tersengih.
"Eh,anak kau yang lagi seorang tak ikut ke,Nab?"
"Siapa? Si Angah tu? Mananya tak ikut? Tadi yang menyendeng dengan Alongnya tu siapa...?"
"Oh...yang pakai baju biru laut tu eh...?"
"Biru laut? Ha yalah kot. Aku bab warna-warna ni low sikit..." Mereka bergelak sakan tanpa mengendahkan kehadiran Mia di situ. Ceh,gelak-gelak pulak....
"Kau ni Senah,dah rabun kut...kan dia tu selalu dengan anak ko si Arul tu..?"
"Ha'ahlah,Nab...Iyalah kita kan dah tiga tahun tak jumpa,kan...? Aku pun sampai tak ingat muka anak kau yang lagi seorang tu," mereka menyambung gelak lagi. Eh kejap,kejap,kejap. Baju biru laut? Kawan Abang Long? Yang mana ni...?

          Belum sempat Mia nak berfikir, Kak Faz sudah memanggil lagi. "Mia...! Sini,sini...!" Kak Faz ni kecoh betullah. Aku tak sempat nak fikir-fikir lagi ni. Sambil kakinya melangkah menuju ke tempat Kak Faz,"apa lagi yang tak cukup ni,Kak Faz sayang oi...?"
"Jom ambik gambar."
"Ha? Heheh tak apa ajelah kak...Kak Faz ni macam tak kenal Mia je," sebenarnya Mia ni orang yang paling tak suka ambik gambar. Alasannya,muka dia tak berapa nak cun dalam gambar. Tak fotogenik katanya. Tapi sebenarnya lawa je... "Ala Mia ni. For this time je lah...Mia tak boleh nak kecilkan hati akak tau.Tonight is my day..." Kak Faz cuba 'mengugut' adik kesayangannya itu. Ish Kak Faz ni tak faham betullah, "tiga orang je ke? Mana boleh ambik gambar tiga orang je,kak...Bahaya..." Banyak betul alasan si budak Mia ni.
"Tak apa...kita ajak Aman sekali. Aman,meh sini!" Kak Faz tanpa segan silu memanggil adik iparnya yang agak jauh daripada mereka. Apa punya pengantin da...terjerit-jerit...ish,ish,ish...Kak faz melambai-lambaikan tangannya pada Aman. Mampus...! "Kak...!" Mia separuh jerit separuh bisik.
"Jom,ambik gambar jom..." Kak Faz memberitahu hasratnya kepada Aman.
"Ambik gambar? No hal..." Muka Aman gembira tak terkata. Kemudian dia berdiri di sebelah Mia. Alamak pok cik ni. Memang saje je tau. Aman melihat Mia dari atas hingga ke bawah, "eh,eh! Baru perasan...Baju kita sedondon la malam ni..." Mia pula menunjukkan muka sengalnya. Kak Faz yang di sebelah suaminya sudah tersenyum meleret melihat perubahan di muka Mia; merah padam muka menahan kegeraman. Tapi Kak Faz tak kisah itu semua,yang penting misinya berjaya untuk memadankan Mia dengan adik suaminya itu...Yes! plan aku berjaya!


MIA menghempaskan badannya di atas katil. Mia merasakan yang pada malam itu dia teramatlah penat. Sudahlah muka asyik merah saja since pagi sampailah ke malam. Ish,apa pasallah malang sangat aku hari ni? Sejak peristiwa pagi tadi sampai ke malam,ada saja orang yang nak kenakan aku.Huh! takpe,takpe...ada ubi ada batas...Pok cik dengan Mok cik tu belum kena lagi dengan aku. Sengal betullah pok cik tu.Siapa? Aman? Huh,dahlah besok nak menghadap muka dia lagi. Memang sengallah!! Eh,kejap,kejap. Mia keluar daripada biliknya dan mencari mamanya.Mia turun ke ruang tamu dan melihat mamanya sedang enak berbaring di atas sofa. Alamak mama ni...nak jadi hantu pulak malam ni. "Mama!" Mia mula menyergah mamanya.
"Eh mak kau terbalik! Ish Mia ni...cubalah bagi salam dulu.Nasib baik tak rosak tau masker mama ni..."
Mia malas mahu memikirkan hal itu,"ma,yang tadi tu,mama berbual dengan siapa ha?"
"Yang mana...?"
"Ala...yang mok cik tu...?"
"semua orang kau panggil mok cik,Mia. Oh...tu kan maknya kawan Abang Long...besan Aunty Mona la...merangkap kawan lama mama. Orang panggil dia Mak Cik Nab..Nama dia Rozainab...kenapa?"
"Maknanya Mak Cik Nab tu anak Nek Som la,eh?"
"Eh tak adelah...Nek Som tu mak cik saudara suami dia...yang Mia jumpa pagi tadi tu,tu anak Mak Cik Nab lah...kawan Abang Long kau jugak..."
"La...yeke...? Apa pasal kebetulan sangat ni?"
"Ada jodohlah tu Mia dengan si Aman tu..."
"Eh mama ni. Pleaselah. He's not my taste,okay...lagipun dia tu sengal la,mama.Senget,sewel,biol,apa lagi? Semua tu dialah,ma."
"Dah,dah,dah. Banyak pulak bebelnya mak cik sorang ni. Jangan kacau mamalah,nanti pecahlah masker mama ni.pergi tidur sana. Nanti karang kau tu kalau tidur lambat, besok mama kejut bukannya nak bangun."
"Iyalah Mak Andam Senah oi...Lebih baik mama diam.kalau tak pecah pulak masker tu,kan...? Byelah,mama. Assalamualaikum...." Mia terus beredar naik ke atas masuk ke biliknya.
"Waalaikumsalam...Eh,eh dia yang membebel cakap kita pulak yang bising," Bebel Syarifah Rosnah seorang diri.


-to be continued-




salam..setelah begitu lama aku x m'update blogku nih.huhu.skg ni nak sambung novel aku yg masih panjang lagi kisahnya...


LAGU deringan 'halo' nyanyian Beyonce Knowles mematikan lamunan Mia. Hisy siapa pulak la yang mengacau ni? Belum sempat dijawab, lagu 'Halo' dalam telefonnya terhenti. Ai...main miss call miss call pulak..apabila dilihat nombor di skrin telefon Sony Ericsonnya...Huh memang confirm ada orang sibuk nak kacau. Siapa-siapa ajelah. Aku baru nak layan perasaan.

       Pada malam itu Mia tampak anggun sekali. Sebetulnya,ramai yang jealous dengan anak kedua Pn. Syarifah Rosnah ini. Masakan tidak,ketika di zaman persekolahannya dulu boleh dikatakan Mia lah pelajar yang paling cantik dan comel sekali. Mia mewarisi kecantikan mama dan abahnya, Sheikh Zulkifli yang berketurunan Arab dan China. Memang beruntunglah menjadi Syarifah Mia Khazreena ni. Ramai lelaki yang tergila-gilakannya. Cuma Mia saja yang tak mengendahkan mereka. Yang selalu Mia katakan pada rakan-rakannya, "lantak dia orang lah. Karang kalau aku layan aku pulak yang jadi gila." Rakan-rakannya hanya mengangkat bahu dan membiarkan saja.

      Syarifah Rosnah yang melihat penampilan anak daranya pada malam itu terpegun seketika. "hai Mia,ni siapa nak nikah sebenarnya ni? Macam terlebih je mama tengok malam ni?" Mia mencebikkan mukanya.
"Eleh,ayat cover-cover la tu..cakap jela Mia cantik malam ni...kan,kan,kan.....?"
"Eh yang kau ni nak perasan sangat apa hal? Mama tak cakap apa-apa pun. Dah,dah,dah...mama dah lambat ni." Mamanya terus meninggalkan Mia keseorangan di ruang tamu rumahnya itu.
"Eleh mama. Saja je la tu. Padahal dalam hati tu cakap,ya Allah...cantiknya anak aku ni...tapi segan-segan pulak nak cakap.hahhaha..terover sudah..." Mia membebel seorang diri dan tergelak-gelak sambil menekup mulutnya dengan tangan. Begitu comel kelakuan Mia pada ketika itu.

       Mia telah dilantik secara tidak sengaja oleh Kak Faz untuk menjadi pengapitnya pada malam itu. Mia pun agak pelik. Punyalah ramai sepupu sepapat dan saudar mara Kak Faz ni, Mia juga yang dipilihnya. Almaklumlah...memandangkan mereka sudah lama 'terpisah',jadi Kak Faz mahu berkongsi kegembiraannya bersama Mia lah tu...


      Mia telah membantu mamanya menghias bakal pengantin dan juga hantaran. Sesudah selesai kerjanya,barulah Mia berpeluang menanyakan teka-teki yang selama ini berada dalam benak fikirannya, "Kak Faz....beritahulah siapa..." Kak Faz hanya menggelengkan kepala.
"Okey,Kak Faz tak nak beritahu.Mia tak nak jadi pengapit Kak Faz," Mia berpura-pura merajuk.Kak Faz hanya menjawab,"okey...." Mia masih tidak puas hati,
"hmm nenek mia cakap kan kalau orang tu dah beritahu sesuatu tapi ayat dia tak habis,maknanya orang tu pengecut..."
"Eh? Tapi...atuk Kak Faz kata orang yang beritahu tak habis tu ada hak tak nak beritahu apa yang dia tahu tu..."
"Ei Kak Faz ni memang tau..."
"Erm..setahu akak ayat Mia tu pun tak habis.Memang?Memang apa?Memang cantik?Terima kasih...." sambil menunjukkan barisan gigi yang cantik lagi putih.
Mia menyedut oksigen sedalam-dalamnya. Kalau orang lain kacang saja dia nak kalahkan tapi kalau dengan Kak Faz ni memang susah nak menang. Tak tahulah ilmu apa yang Kak Faz guna.


      Majlis pernikahan Kak Faz selamat disempurnakan. Rupa-rupanya suami Kak Faz tu punyalah handsome. Memang mendatangkan 'kejealousan' la pada setiap kalangan kaum hawa termasuk Mia.Mia sempat berbisik pada Kak Faz semasa majlis akad nikah dijalankan,
"I envy you". Kak Faz hanya tersenyum. Tapi apa yang merimaskan Mia sejak bermulanya majlis sehinggalah habis,dia merasakan seperti ada mata yang memandangnya. Dan yang membuatkannya bertambah pelik apabila ada seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan suami Kak Faz tu macam pernah dilihat saja sebelum ini. Tapi di mana ya?


       Selepas saja majlis tamat,Mia mencari mamanya yang tiba-tiba menghilang daripada pandangannya.Mia menemui mamanya sedang berbual dengan seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan mamanya. Dengan siapa-siapa ajelah mama aku tu berbual. Orang yang tak kenal pun boleh berbual macam dah 10 tahun kenal. Ish,ish,ish...mama...mama...
Niat Mia yang ingin mendekati mamanya terhenti apabila Kak Faz memanggilnya. Kak Faz yang pada masa itu tersangatla happy di samping suami yang tercinta mendekati Mia.
"Ha,Mia tadi nak kenal sangat kan dengan suami akak? Ni dah jumpa....dah puas..?" Kak Faz senyum meleret. Ish Kak Faz ni sajelah tu nak menyakat aku. Sekeh kang kepala baru tahu.
"Oh,ni lah adik Faz,ya? Mia,kan?" Suami Fazliana pula bertanya. Mia hanya mampu tersenyum dan tersipu-sipu malu. Takal jela Kak Faz raja sehari malam ni. Kalau tak memang dah kena la dengan aku,Kak Faz...desis Mia dalam hatinya yang dalam kegeraman tu.
"Along!" Tiba-tiba suara dari belakang Mia memanggil Abang Amin,suami kepada Kak Faz.
Abang Amin terus pergi kepada suara tersebut. Mia apa lagi,terus mendekati Kak Faz, "Kak Faz! Oh...nak kenakan Mia eh...?" Tangan Mia sibuk memegang lengan dan menarik lengan baju nikah kakaknya. "Malulah Mia...," Kak Faz yang mahu lari dari situasi tersebut terus memanggil suaminya,Amin.
"Mia,Mia sini," Kak Faz menarik lengan Mia supaya mengikutnya.
"Apa lagi ni,kak....?"
"Mia,ni lah adik Abang Amin...Aman."
Mia mengerutkan mukanya. Eh,eh macam kenal la dengan 'pok cik' ni. Aman memberikan senyuman kepada Mia. Apabila Mia terlihat senyuman itu baru lah dia teringat siapa lelaki itu sebenarnya. Muka Mia berubah menjadi merah. Ish...macam mana boleh jumpa dia lagi ni...?


-to be continued-

herm aku benar2 dilamun cinta...hoho~
dilamun cinta??heheh..
ape ape??jangan fikir bukan2 eh
xde masa aku nak layan cinta2 nih.
i'm only 18 ok...walaupun sebenarnye aku masih 17 lagi
tp biasela tu kn dh msuk tahun baru,umur pn bru ...
pada 12 april nanti genaplah umur aku 18
(beritahu awal2..jgn lpe hadiah tau.ehheh.x tau malu btullah aku nih.huhu)
ha mula la tu nak melalut2.ish3....kebiasaan la tu...huhu
herm aku jatuh cinta kat sape ek??
sape tau,agkat 2-2 kaki..eh2 x buleh ke?xpe la..satu kaki pn kira ok gak la..huhu
dh3 x pyh nk fikir2 lagi.smpai bsok pagi pn blum tentu korang dpt teka..huhu
herm teringat aku time aku tgh lepak2 dgn kwn2 aku..slh seorang drpd mereka (nad) kata dia suka sgt bnde nih..
aku x tau ape bnde tu.best sgt ke?rasenye aku x pnah tau pn?
kwn aku lg sorang pn berkata,"eh nad,insaf eh nad?"
nad pn berkata,"aku ingt kematian..kau tu ingt duniawi semata2"
aku yg curious time tu tnyela kat si nad tu....


aku:apemende ni weh?
ratna:ni lah...wali...
aku:wali?wali songo?huhu
nad:haha bukanlah...ada lagu wali yg terbaru...bez lagu dy..
aku:(dgn muka yg agk pelik)lagu ape?
nad:tobat...
aku:ha?x pnah dgr pn...
ratna:insaf jek ko dgr lagu tu...

dgn tertanya2 aku biarkn jela bnde tu berlalu...
lagipun time tu ngah spm..xde masa aku nk fikir bnde2 tu semua kn..
lepas jek habis spm aku pn dgn sesuka hati mak bapak aku, pergi mencari hiburan di shoping complex..cuci mate..hehheh. setelah sebulan terperuk dlm rumah study ape yg ptot...(tunjuk kerajinan konon..huhu)
tgh syok2 berjalan-jalan bersama org yg t'syg(akak aku lorh..)
terdengar lagu berkumndg di slh sebuah kdai yg ade kat situ...
akak aku pn berkata.."eh2 lagu wali..."
aku,"lagu baru ke?"
akak,"a'ah...cuba dgr btul2 lirik dy"
aku pn dgn khusyuknye m'dgr lagu 2...tbe2 t'ingt plak kat kwn aku yg sorg tu..si nad la..sape lg...
uwh rupenye ni la lagu yg nad ckp tu..ish memg insaf btullah.
tajuknye TOMAT(TOBAT MAKSIAT) 



ingat mati ingat sakit
ingat la saat kau sulit
ingat-ingat hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat-ingat coba ingat lah akhirat...


time dgr lirik tu mcm nak mengalir je air mata
memang byk dosa yg aku dh buat..
ye,kadang2 aku terlupa yg kehidupan di akhirat itu ada 
ye,aku memang lalai,alpa,lupa.astaghfirullahalazim....

uwh aku sudah jatuh chenta sama itu lagu...
meruntun jiwa aku bila lagu itu dimainkan tiap hari
mesti ada beberapa suara sumbang yg mengatakan eleh lagu basi dah..
basi?ade aku kesah??huhu.yg penting liriknya telah membuatkan aku lupa seketika kpd dunia yg penuh dgn pancaroba ini.wah..hahah
uwh lagi satu,aku suka betandang ke blog yg satu ni
aku skali lagi sudah jatuh cinta..bukan kepada bloggernye tp kpd lagunya.
lagu wali jugak...tajuknye YA ALLAH.
pemilik blog ni tentunya tahu...congrats kerana berjaya memikat hati sy.hoho.marilah klik link kat bawah ni dan sama2 menghayati video yg dipamerkan...
semoga kita sentiasa dilindungi oleh-NYA. amin...




http://www.youtube.com/watch?v=78J-zQLGXK4












tahun lepas(sebulan yg lalu)aku ada dpt
satu mesej from myspace dari kwn aku yg
x berape nk rapat la.. memang menghiburkan
hati aku la time tgk message tu....
hen ker ai meyh...ni aku nk share ngan
korang ape yg dia bagi dekat aku.
semoga korang pn terhibur.....
 



 




Hanya amik masa 7 minit untuk buat


senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...









ni ala taichi sikit la...


sebagai intro dan warming up..









tiru la macam ni...


untuk melegakan bahu dan leher..









wa..wa.. aaa









gerak kekanan kemudian ke kiri..









gerak ke kiri kemudian ke kanan









ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..









tepuk kuat kuat kat dahi..


ni untuk hilang mengantuk..









dah tu buat gerakan tangan dan badan...


buat macam happy aje..









kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...


buat macam takde masalah...









buat secara egresif   pula...


jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...









tengok muka kat cermin


sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali


buat joget kucing... 



selamat mencuba....heheh




*credit for my friend,rainbow...message yg ko bg ni cute sesgt....i luv it!







seperti yang tertera kat sebelah nih aku bukanlah nak bercerita pasal lagu matahariku yg dinyanyikan oleh agnes monica tu.bukan jugak pasal matahari yang mak aku tanam kat halaman rumah aku tu tapi pasal ni lah.pasal kat atas tu...tau x apemende tu??hahah x payah nak diterangkan la ek kalu mcm tu.
aku bukannya ape..aku ni kaki novel la jugak tp novel ni la yg 1st aku beli sendiri..slalunya kalu aku teringin nak bace novel aku just pinjam kat kwn2 ku yg begitu mulia hatinya and my akak yg begitu baik hatinya.haha.nak rasa jugakla kan ape rase beli novel sndiri ni..ehheh.erm novel ni agak menarik.aku dh mula minat dgn terbitan ni iaitu KARNA DYA.sebelum ni aku layan ALAF 21 jek..tp kawan aku yg m'perkenalkan aku dgnnya.mcm mana aku boleh tertarik nak beli novel kat ats ni??herm cuba tgk sinopsisnya;

syakirah,gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya,
sekalipun tidak sehebat seorang ratu tetapi tetap istimewa.
keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis 'nakal' yg menghabiskan masa di dunia fantasi 'anime'.dia juga menjadi 'pakar mengurat' di alam maya.
sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan,namun cinta dan kasih sayang
seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.


perkahwinan merupakan sesuatu yg menggerunkan kerana nun jauh di lubuk hati
di bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis 'matrealistik'.
pun begitu,kehadiran Khair atau Kai sejak remaja lagi,kini mula mengubahkan perasaannya.
kalau dulu dia dia tidak merasakan kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu
mampu menyinarkan hidupnya. bukankah mereka serupa saja?
malangnya tiba'tiba saja ombak deras datang memukul lalu mengucar-kacirkan hidupnya.
Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana.
tahu-tahu dia sudah terperangkap dlm sesuatu yg hampir dekat dgn igauannya!


kehadiran lelaki berketurunan campur itu meresahakn lagi hidupnya.
mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan?
apakah kuasa yg dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan 
perut gadis yg kaya dengan keayuan asli itu?


"it's all about going crazy...and doing crazy things.
kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari..." 

tertarik tak??aku fikir dua kali nak beli novel ni.tp untuk kali kedua aku tak teragak-agak untuk membeli sebab macam mana pun ceritanya aku tetap layan jugak...membazir je kn beli tapi x baca.my impression-yes! memang best walaupun intronye agak slow tapi bila dh masuk pertengahan aku jadi tertarik nak tau ape yg terjadi lepas tu.novel ni agak lain drpd novel yg lain.tak adela jiwang2 sgt macam novel yg pernah aku baca sebelum ni lagipun pasal percintaan tu x banyak sgt..novel ni menekankan tentang masalah yg dihadapi disebabkan wang.xde duit susah,ade duit pun susah.tapi novel ni x bleh tandingi novelist RAMLEE AWANG MURSHID yg begitu sinonim dgn ceritanya yg thrill n adventurous seperti SATU JANJI,HATIKU DI HARAJUKU dan yg terbaru 9 NYAWA.x sabar nak bace.dh beli dh..heheh.wateva it is novel2 yg pernah aku baca selama ni akan aku jadikan sebagai inspirasi untuk aku mengasah bakat dalam penulisan novel ni...wish me luck...huhu.adios~



 













MIA menggerakkan kakinya menuju ke tempat di mana mamanya memakirkan keretanya. Baru sahaja Mia hendak masuk ke dalam perut kereta, Kak Faz telah memanggilnya. "Mia!!" Kak Faz berlari menuju ke kereta Pn. Syarifah Rosnah dan berdiri di sebelah Mia yang dipisahkan dengan pintu kereta mama Mia. "Mia,malam ni jangan lupa pakai cantik-cantik tau. Akak nak kenalkan Mia dengan someone..." Kak Faz senyum meleret. Mia pula mengerutkan mukanya tanda tidak mengerti.
"siapa,kak?"
"adalah..."
"macam-macamlah kak Faz nih"
"janji tau"
"Kak Faz....." Mia cuba mengagak apa yang berada dalam kotak fikiran kakaknya itu. 'pin..pin...!!' kereta Pn. Syarifah Rosnah sudah bersuara.
"eh,mama dah sound tu...janji tau," sambil memegang bahu Mia dan menolaknya masuk ke dalam kereta yang sudah sedari tadi terbuka. Mia yang sejak tadi terpinga-pinga hanya mengikut rentak Kak Faznya. Something wrong somewhere la Kak Faz ni. Kereta Toyota Vios yang dibawa Pn. Syarifah Rosnah sudah menyusur di atas jalan raya menuju ke rumahnya. Dia melihat anak keduanya yang sejak tadi asyik terdiam, terus menanyakan soalan kepada anak kesayangannya itu.
"kenapa ni,Mia?"
"Tak adalah...pelik dengan Kak Faz tu.."
"Kenapa dengan dia?"
"Ada dia kata malam ni suruh Mia pakai cantik-cantik,dia kata nak kenalkan Mia dengan someone. Siapa entah," mama mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti akan penjelasan anaknya. Mia yang memandang mamanya hanya mampu mengangkat bahu.

       Usai tiba di rumah,Mia menerima mesej daripada Kak Faz.
       Mia,malam ni pakai baju yg akak bagi dulu tu eh? akak teringin nk tgk adik akak
       pakai baju tu....tau3??
Mia membalas mesej tersebut,
        kenapa?? x fahamlah Mia dgn Kak Faz ni...mesti ada apa2 kan??siapa someone 
        tu kak? lelaki eh...? better u tell me!

        eh,adelah...mana boleh beritahu..x surprise nanti. oklah akak nk mandi ni.
        doakan segala2nya berjalan lancar ek..akak takut nih..huhu~

        yelah kak faz...anything for u...bye... =)

"Huh tau pun takut tapi nak kenakan aku pulak. Herm siapalah gerangan orang yang yang Kak Faz nak kenalkan ni ek? Mesti lelaki kan? Mintak-mintaklah handsome. Boleh jugak cuci mata.hihihi. Herm..okay jugak cadangan Kak Faz,nak pakai cantik-cantik lah.hehehh..amboi gatainya aku nih..." Mia membebel sendiri sambil tersengih-sengih.

       Mia keluar daripada bilik air dengan membawa shampu 'Head & shoulders' dan shower foam kesukaannya, 'shokubutsu' dan diletakkan di atas meja soleknya. Kemudian dia melangkah ke almarinya dan membuka pintu almari. Mia mengambil sepasang baju kurung berwarna biru cyan yang disertakan dengan selendang yang tergantung di dalam almari. Teringat Mia ketika Kak Faz menghadiahkannya baju kurung tersebut.
                                                ...................................

"KAK...kenapa akak nak pindah...? Kan best kalau akak sambung sampai tahun depan...?"
"tak boleh lah Mia. Akak memang teringin nak belajar dekat UiTM tu. Lagipun kalau STPM ni akak macam susah nak bawak,Mia.."
"sampai hati Kak Faz. Kak Faz tak sayangkan Mia ke..?"
"Eh Mia ni. Janganlah cakap macam tu.. Mia ni akak dah anggap macam adik akak sendiri tau. Insya-Allah kalau ada masa kita jumpa lagi ye...? Mia janganlah menangis...nanti akak pun menangis tau..." Mia mengesat air mata yang mula mengalir di pipinya.
"janji dengan kak Faz tau. time PMR nanti buat betul-betul tau. Jadi macam abang Long Mia tu tau. Kalau abang Mia boleh,Mia pun pasti boleh punya..kn....?" Kak Faz menggenggam tangan adik kesayangannya itu.Mia hanya mampu mengangguk. Mia memeluk Kak Faz seeratnya. Tak sanggup Mia untuk membiarkan Kak Faz pergi. Mia tak dapat menampung empangan air matanya yang sudah bertakung di bawah matanya. setitik demi setitik air merembes keluar tanpa diingini. Mereka meleraikan pelukan dan Kak Faz mengelap air mata yang jatuh di pipi Mia.
"Dahlah tu. Jangan menangis lagi... Ni,akak ada hadiah untuk Mia," Kak Faz memberikan sekotak hadiah yang berwarna hijau muda kepada Mia. Mia membuka kotak tersebut. Terdapat baju kurung plane dan kain bercorak kotak-kotak berwaran biru cyan.
"cantiknya kak....Thanks, Kak Faz..Kak Faz janji tau lepas ni jangan lost contact dengan Mia.tau,tau,tau.....?"

"perhatian kepada Nurul Fazliana binti Dato' Hassan,sila turun ke pondok pengawal sekarang. Ibu bapa anda sedang menunggu. Terima kasih."

         Fazliana yang mendengar namanya dari dorm 'Ummu Athiyah' bergegas mengangkat barang untuk dibawa turun. "okaylah Mia,akak pergi dulu ye. Jaga diri baik-baik tau."
"okey...kalau ada apa-apa nanti just call Mia tau." Mereka saling berpelukan untuk kesekian kalinya...

-to be continued-


Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood