MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]

salam....
herm..dh lame rupenye aku tak meng'update' blogku nih.. 
bukannya sebab kekeringan idea..
tp disebabkan kemalasan yg melampau yg ade pada diriku nih.haha
ditambah lagi dengan tugas baru aku dekat rumah;
menjadi baby sitter kepada anak2 akak aku..
dyorang xdela nakal sgt..tp kalau gaduh 2 cm x hengat dunia
ditambah lagi dgn kerja kat billion tu..jd promoter weh..

tp disebabkan besok pn dh mula tahun baru...(HAPPY NEW YEAR 2010 for u all..)

so perangai kena lah brubah kn..
aku ni bukannya ape..kdg2 tu mlsnye bleh smpai tahap lembu
tp aku rajin sketla..huhu
tu yg asyik kne bebel jek dgn mak.heheh
tp kdg2 tahap krajinan aku bleh mlebihi org yg sudh sejak azali dilahirkn mnjadi org rajin
cmne 2??haha org yg rapat ngan aku jek fhm aku nih cmne..
ehh ape yg aku merepek meraban nih??
aduss tbe2 plak nk promote2 diri
bukannya org nk tau pn ayiel oii...huhu
dh la.stop la dari ke'merepek'an aku nih.huhu (bahasa baru weh...)


ha refer to the tittle yg aku taip kat atas tu;
sebenarnye dh lame aku mengisi borang UPU tu..
memg senang lenang je la lpas dh siap isi n siap print skali..
tgh senang lenang tu aku pi lah bukak grup aku kat fs, grup "we're 1992"
bace pnye bace topik kat situ
adela topik yg berkenaan dgn tittle yg aku tulis kat ats tu...
slh sorg member kat grup kesygn aku tu bgtau yg markah koko kne letk yg btul2
kalu tak nti kne reject
aku bru tringat yg time isi borang tu,markah koko aku just maen hentam saja
malas nk g sek..huhu
aku biarkn aje bnde tu smpai la smlm..
pdhal trikh tutup arini.huhu
mulalah bru nk sebok2 cri mase nk g sek
ckgu koko aku pn dh kontek2 smlm..
aduss nk buat cmne nih??pkir pnye pkir
aku mintklah kwn aku yg begitu baek tolong tgkkn mrkah koko aku kat sek
lgpun dy pn cm aku jugk, x tgk mrkah koko lg...wahaha
arini last day,barulah kwn2 aku trgopoh2 nk suh aku isikan dyorg pnye borang...
aduss..taula kat rumah aku ade internet
ramai jugkla yg mintk pertolongan aku..dlm 3-4 org gitu..
xpelah..kwn pnye pasal..aku tolong jugk.
nti kang dyorg xnk kwn aku plak kn kalu x tolong
naseb baekla aku dilahirkn menjadi seorang manusia yg baek..wahahaha
alhamdulillah..sempat jugak aku betulkan markh koko aku ngan kwn2 aku...
herm lpas nih nk isi fasa 2 plak...
huhu xnk lmbt2 lg.nyusahkn idup jek..
hohoho~
kesimpulannya,jgnlah jdik mcm diri aku nih..mls yg teramat..
tp memndgkn bsok dh msuk 2010
i wish to change my habit to be a hardworking person.amin~


HAPPY NEW YEAR 2010..!!





        




salam...
yayy...betapa gumbiranya hatiku di kala ini..
wah3 ayat poyo...
ni pun disebabkan tragedi semalam;
tengah syok2 aku melayan majalah REMAJA smbil tgk tv cte korea(x tau ape nth tajuknye tp ceritanye bez.gelak jek aku.kah kah kah...)
tgh syok2 tu tibe2 ade pulak org call aku nih
"aduss kecoh betollah,ni mesti abang sedare aku ni.sebok jek"
pastu aku pun dengan geramnye jawablah dengan suara yg menggeramkan.muahaha
"hello!! sape nih???"
terdengar suara prempuan yang begitu sopan bercakap.
(alamak siapa pulak nih? sape pulak yg kenekan aku nih?)
pastu prempuan yg bersuara merdu tu pn berkata2
"hello,erm nak tanya ni Nur Khairiyah bt Munit ke?"
"ha'ah"
"awak dekat rumah ke nih?"
(eh2 apesal nih,aku knal pn x.huhu)"ha'ah"
"awak hari tu ada apply keje dekat Billion kn?" (billion 2 adelah salah satu shopping complex yg ade dekat Pontian) aku rase ade satu jek kat pontian 2.huhu
"ha'ah..ye lah.."
"saya nk beritahu yg awk diterima keje di sini"
"owh yeke?"
"awak xde keje kat mana2 lagi kn?"
"xde2.."
"awak nak keje kat sini x?"
ni ape soalan nih? "eh nak la"
"awak x kesah"
aduss lagi mau tanye,"takdelah"
lepas tu beliau terangkanlah mcm mane nk keje nanti
aku mndengar dengan penuh khusyuk.t'angguk2 sndiri aku dgr beliau mmberi arahan.mulalah aku trsenyum2 sndiri.
"bleh x?"
"eh mstilah bleh"
"hari isnin nanti awk dtg kat tmpt department yg awk pegi hari 2"
"ok3...trime kaseh kak.."
"sukelah tu.."
"heheh mstilah"
"trime kaseh tau"
talian ktorang trhenti di situ..aku x habes2 lagi nih tersenyum
cite korea yg aku nk tgk sgt tuh jd dh x tertengok.
tersenyum jek memnjang
naseb baeklah 4 jam jek.msuk pkul 6 ptg,balek pkul 10 mlm
herm x kesahla tu..asalkn duet masyuk..hohoho~
tapi malu jek.dhla 1st aku angkat call mcm nak mrh2 org
naseb baek beliau x tegur.huhu
malu jek.hilang segala kesopanan yg ade dekat diri aku nih.hhaha
sopan la sgt...naseb baek pompuan.taklah malu sgt...heheh






USAI tiba di rumah Aunty Mona,di halaman rumahnya sudah dipenuhi dengan kereta dan orang ramai yang sedang bertungkus-lumus menyediakan persiapan majlis perkahwinan anak sulungnya, Nurul Fazliana pada hari esok dan yang juga senior kepada Mia. Sementalah Mia tidak kisah apabila diajak mamanya pergi ke rumah Aunty Mona. Seingat Mia sudah lebih 3 tahun tidak ketemu dengan 'kakak' kesayangannya itu. Mia membuka pintu kereta dan terus berlari menuju ke rumah Aunty Mona untuk bertemu dengan kak Faz. Belum sempat Pn. Syarifah Rosnah mengatakan apa-apa pada Mia,sudah hilang kelibatnya memasuki rumah banglo dua tingkat itu. Apabila sahaja mereka berjumpa teruslah berpelukan tak ubah seperti rancangan 'Jejak Kasih' tu. Ah sudah...mereka berjejak-jejak kasihan pula di ruang tamu rumah Aunty Mona yang besar lagi mewah itu... Masakan tidak,suami Aunty Mona,Dato' Hassan merupakan pengurus besar bagi syarikat HMA Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat keluarganya. Dato' Hassan telah menggantikan posisi bapanya setelah bapanya meninggal dunia. Aunty Mona pula merupakan pensyarah di UiTM dalam jurusan perakaunan. Mama Mia yang melihat gelagat mereka berdua hanya mampu tersenyum kerana dia mengerti betapa rapatnya mereka dahulu cuma masa yang telah meragut keakraban mereka. Nah...apabila sudah berjumpa kembali,mulalah mereka membuka buku lama,mengimbau kenangan-kenangan dahulu.

Mia duduk di atas katil berhadapan dengan Kak Faz. Sudah hampir setengah jam mereka berbual di situ menceritakan kisah masing-masing dan perkembangan sekarang.
"Kak Faz,macam mana boleh terawal kahwin ni? dulu konon tak nak kahwin awal-awal,nanti cepat tua. Ha tengok sekarang ni..?" Iyalah..mana tidaknya? Perbezaan umur mereka hanya 4 tahun saja.Mia berumur 17 tahun manakala Kak Faz pula baru menjangkau 21 tahun. Kak Faz hanya tersengih, "nak buat macam mana Mia, dah jodoh.Kita tak boleh nak tolak..."
"Yeke? sajalah tu.sebenarnya tak sabar nak kahwin kan..?eleh nak cover-cover pulek...."
Kak Faz tergelak mendengar usikan Mia. "Heheheh. Kau ni Mia,memang tau. Dari dulu suka kenakan orang eh. Tak insaf-insaf lagi..."
"Ha,tengok tu,dia nak lari tajuk pulak,kan..? Kita cerita pasal dia,eh tiba-tiba nak cerita pasal kita pulak..." Mereka berdua bergelak sakan.

Pn. Syarifah Rosnah yang di luar sedang menghias pelamin sudah berasap saja telinga mendengar anaknya bergelak bersuka ria. Amboi,amboi....senang lenang budak tu ye. Nak kena dengan aku ni. Desis Pn. Syarifah Rosnah di dalam hati.
"Mia..!! Tolonglah mama ni ha... Tahulah dah lama tak jumpa dengan Kak Faz kau tu. Tapi agak-agaklah sikit,ingatlah mama dekat sini ha...Kau ingat kau tu 'penanten' ke??"
Berdesing telinga Mia mendengar bebelan mamanya itu. Hisy Mak Andam Senah ni potong stim betullah. Baru nak bercanda di tepi katil dengan Kak Fazku yang tersayang ni. Hampir lupa Mia yang tujuan dia datang ke rumah Aunty Mona sebenarnya nak membantu mamanya. Tapi apabila sudah berjumpa kawan lama,terus lupa dibuatnya. Ish3... Selesai sahaja kerja Mia dan mamanya,mereka pun meminta izin untuk pulang...capek deh...

-to be continued-



semalam aku bru balik dari Simpang Renggam di Johor untuk menghadiri kem HIMEGA bagi haluan pelajar lepasan SPM dan STPM. kem ni b'lgsung selama 2 hari. byk jugaklah maklumat yg aku dapat melalui kem ni.aku dapat kenal ramai kwn2 kat sana..bez 2 bez jugklah..wlaupn dia pnye facilities agk mndukacitakan.xpelah,biaselah tu kn.ape sebenarnye HIMEGA ni ek?

HIMEGA ::bnde ni sebenarnye satu program yg dirancang khas untuk pelajar lepasan spm n stpm. dpt m'bentuk modal insan yg seimbang dan mempunyai jati diri melalui pengisian dari sudut aqli,jasmani,rohani dan emosi. program ni dianjurkan oleh Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia(HALUAN).

Banyak sebenarnye yg aku blajar melalui kem motivasi ni.antarenye kte dpt mendidik diri menjadi pelajar kelas pertama. ape yg dimksudkan pelajar minda pertama ek?

PELAJAR MINDA KELAS PERTAMA::
merupakan bagi pelajar yg berilmu,memiliki kekuatan psikologi dan jati diri yg mantap,berbudaya kerja b'prestasi tinggi,berintegriti,memiliki perwatakan dan keperibadian diri serta disempurnakan dgn amalan kerohanian yg berterusan

"success is a state of mind. if you want success,
start thinking of yourself as a success"

CIRI-CIRI MINDA KELAS PERTAMA:-
  • mempunyai nilai budaya yg tinggi
  • integriti
  • tindakan bermaruah
  • penguasaan dan nilai ilmu yang tinggi
  • sikap proaktif
  • kekuatan berakhlak luhur
  • tak pentingkan diri sendiri
  • memberi sumbangan bermakna kdp sesiapa saje..

PERASAAN
perasaan diuruskan secara rasional x tak b'emosi,x melatah dgn sesuatu mslh atau ujian,cintakan keamanan dan eksejahteraan sejagat serta perasaan syg akan diri sendiri, keluarga,agama,bangsa,negara dan persekitaran.

"katakanlah:tiada serupa org2 yg berilmu pengetahuan org2 yg tiada berilmu pengetahuan"

(Az Zumar:9)


4 kompetensi emosi minda kelas pertama

  • b'kebolehan untuk kenal dan label sesuatu emosi yg dialami n memahami kaitan antara emosi,pemikiran dan tindakan
  • boleh kawal emosi sendiri; ubah emosi dari negatif kpd yg lbih sesuai
  • kebolehan membaca,b'sifat sensitif dan m'pengaruhi emosi org lain
  • keupayaan memulakan serta menjalin hubungan antara peribadi dgn baik dan memuaskan.

TANDA EMOSI KURANG STABIL
  • perasaan mudah tersinggung
  • tak boleh tumpukan perhatian
  • rasa penat walaupun pd waktu pagi
  • mempunyai tenaga yg luar biasa
  • tak boleh membuat keputusan
  • susah nak tidur
  • rasa bosan dalam kehidupan
  • selera makan berubah
  • susah nk mempelajari sesuatu

PELAJAR MINDA KELAS PERTAMA(bersediakah kita?). kalau korang berperwatakan seperti kat bwh nih,korang dah mencapai minda kelas pertama;
  • kumpulan pemikiran 'creative class'
  • pemimpin yg berwawasan
  • intelektual dan komited
  • berkeyakinan tinggi
  • berani ambil risiko
  • take pride,passionate,ownership
  • berfikiran kritis
  • dpt terima perubahan
  • open minded
  • berkeupayaan berfikir
  • berpotensi berubah ke arah yg baik
  • mula berfikir secara serius
  • boleh terima segala cabaran
  • mula menilai keupayaan diri
  • muhasabah diri
sesiape yg msih blum mencapai minda kelas pertama(including me),kita ade mase lg untuk berubah untuk mencapai kejayaan yg kita impikan selama ni dan mencapai hala tuju dlm hidup kita...

"barangsiapa berjalan atau mencari jalan buat menuntut ilmu,
nescaya dimudahkan Allah Ta'ala baginya ke syurga."
(riwayat Muslim)


"sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja,
maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya"
(hadis riwayat al-Baihaqi)






herm kenapa yek??
susah nk ditafsirkan dengan kata-kata
hanya Allah yang tahu semua yg tersirat dalam hati aku nih
benda ni terlalu peribadi untuk diceritakan kepada khalayak ramai
cuma apa dapat dikatakan hati ini menjerit,merintih pedih
dan aku ingin semuanya berlalu pergi
biar hati ni kembali tenang dan kembali dlm mood aku yg asal;
happy go lucky,ceria n smile always
apa yang terjadi,biarlah ia berlalu
aku tak mahu memaksa lagi
aku tak mahu tunggu lagi
biarlah.....biarlah ia begitu
mungkin ada hikmah di sebalik apa yg telah terjadi
ye,aku tahu tu
Allah Maha Mengetahui segala-galanya
Allah Maha Adil
aku takkan tunjukkan perasaan ini dalam blog ni lagi
harapan agar perasaan ni akan terkubur di sini
dan perasaan baru akan muncul di dlm hati
dan memeriahkan lagi kehidupan aku sebagai seorang manusia yg tidak sempurna.
siapalah aku untuk menentukan segalanya

p/s: terjiwang kejap...hahha.poyolah aq nih..but at least it made my heart not cry again. life must
go on...what goes around comes around...

yayy i'm happy now...muahhahha...

MIA yang keseorangan di dapur sedang menikmati nasi goreng yang baru dimasak oleh mamanya. Almaklumlah..sudah dua minggu Mia tidak dapat merasakan masakan kegemarannya itu kerana sibuk membantu mama menguruskan bisnes andamannya. Sedang enak Mia menikmati hidangan yang ada di depan matanya, tiba-tiba Mia disergah oleh mama dari belakang.
"Mia!!"
"uhuk,uhuk!! Mama...Mia tengah makan lah...nak suruh Mia mati cepat agaknye. Nasib baik tak tersembur tau..." Hampir tersedak Mia disergah seperti itu.
Pn. Syarifah Rosnah dengan mukanya yang tidak rasa bersalah langsung terus duduk di hadapan Mia. "Mia,nanti teman mama pergi rumah Nek Som eh? Mama ada tertinggal barang dekat rumah dia.."
Mia mengerutkan mukanya. Siapa sajalah Nek Som tu.
"Siapa Nek Som tu,ma? Mama buat apa pergi rumah dia? Mama tertinggal barang apa dekat rumah dia?" Bertalu-talu soalan Mia yang ditujukan kepada mamanya. Mama hanya menggeleng kepala melihat gelagat anak daranya yang seorang tu.
"Amboi,banyak betul pertanyaan kau ni ya Mia. Tak payah banyak tanya lah. Nanti kau tahulah sendiri."

"Kenapa mama tak pergi sendiri je? Dekat rumah dia tu ada apa-apa ke...?"
"Hisy, Mia ni. Ke situ pulak. Ha,dah lupa lah tu? Nanti kan nak terus pergi ke rumah Aunty Mona. Kakak kesayangan Mia kan nak kahwin.."
"Ha'ahla...boleh lupa pulak Mia. Herm,dah lama tak jumpa Kak Faz..rindunya dekat dia...."
"dah..dah..dah. Jangan nak buat drama pulak kat sini. Lepas makan terus mandi,dah bau apa entah"
Mia dengan selambanya menjawab,"eh bau nasi goreng mama ni lah."
"Pandai jawab eh? Dahla, lagi lama mama layan Mia ni,lagi tak siap keje mama," mama pergi ke ruang tamu untuk menjahit pakaian yang ditempah oleh rakannya.

Mia mencapai tuala yang tersangkut di ampaian baju yang terletak di biliknya dan kemudian turun ke ruang tamu. Mia menjengket-jengketkan kakinya supaya mama tidak perasan akan kehadirannya. Heheh,ada chance, satu....dua...tiga!
"Eh nenek kau cenonet!" Tergelak besar mendengar mama melatah selepas Mia berjaya menggeletek mamanya. Yes! Finally...Mia terus berlari ke bilik air.
"Mia!! Kurang asam punya anak. Nasib baik tak tercucuk dengan jarum ni ha,"
Mia yang berada di dalam bilik air terkekeh-kekeh dan tersenyum kerana misinya untuk mengenakan mamanya pada hari ini berjaya. Kalau sehari tidak mengenakan mamanya memang tak sah. Ada saja idea yang terpacul dalam kepala otaknya. Tapi,siaplah kalau Abang Longnya ada. Siapa kenakan siapa agaknya..?

PUAN SYARIFAH ROSNAH memberhentikan kereta Toyota Viosnya yang berwarna putih itu di tepi jalan berhadapan dengan rumah Nek Som. "Mia, tu rumah Nek Som. Mia pergi lepas tu tanya ada tak kain baju yang mama tertinggal kat rumah dia. Dalam plastik biru tau." Mia yang duduk bersebelahan dengan mamanya berada dalam keadaan terpinga-pinga.
"kain baju apa,ma?"
"Ala...hari tu lepas mama pergi Jusco,mama singgah rumah Nek Som kejap. Mama ada beli kain baju untuk kita anak beranak. Kan anak Mak Long Mia tu nak kahwin..
"Ai,Mia tak pernah tau pun ma?"
"Eh kau ni banyak betul songehnya. Cepatlah...mama nak cepat ni..."
"Yelah,yelah..."
"Hish,mama aku nih macam-macam betul lah. Kan senang kalau mama pergi sendiri. Ini nak suruh aku pulak yang pergi. Macamlah aku tau sangat" Mia keluar daripada kereta dan mula membebel seorang diri.
"Assalamualaikum...!! Assalamualaikum...! Uhuk,uhuk!" Sampai terbatuk Mia dibuatnya..Hoho.
"Assalamualaikum..!" Mia menoleh ke arah mamanya yang berada di dalam kereta. "Assalam..."
Belum sempat Mia menghabiskan salamnya untuk kali keempat,muncul seorang perempuan yang umurnya kira-kira dalam lingkungan 70 tahun dengan muka berkerut-kerut, "waalaikumsalam...anak dara mana pulak la yang tersesat ni? Ya, ada apa,nak?"
"Herm..ini Nek Som eh?"
"Ha..?? Ape?!" La..pekak rupanya nenek ni.
"Ini Nenek Som ke...???"
"Oh...Iyelah..tapi tak payahlah nak cakap kuat-kuat. Nenek tap pekak lagi.."
amboi...yakin betul dengan jawapan dia tu. Desis Mia dalam hati. Mia tersengih-tersengih terhadap nenek yang seorang tu.
"Nek,saya ni anak Puan Rosnah,"
"Siapa? Hasnah?"
"Bukan Hasnah,nek...Ros....nah...!!"
"Oh...Rosnah..siapa Rosnah tu?" Hisy,nenek ni memang nak menaikkan tahap kegeraman aku
ni.
"Puan Rosnah..yang mak andam tu...?"
"Oh..la..cakaplah Mak Andam Senah. Rosnah...Rosnah.Manalah aku kenal."
"Heheh..." Mia hanya mampu tersengih.
"Ha,kenapa dengan Mak Andam Senah tu?"
"Siapa tu nek?" belum sempat Mia menjawab soalan nenek yang 'sound trouble' itu muncul pula seorang jejaka yang tinggi lampai yang boleh kurang kacak lah juga mukanya. Nasib baik Mia tak pengsan melihat kekacakan jejaka tersebut. Ceh!
"Ni ha....anak Mak Andam Senah ni...siapa ha namanya?" Nek Som mengajukan soalan kepada Mia.
"Mia,nek."
"Apa? Manik?" la...apa pulak Nek Som ni..? Manik pula katanya.
"Bukan Manik la nek.. Mia..!!"
"Apa-apa ajelah." Mia mencebikkan mukanya mendengar jawapan nenek itu. Yang lelaki di sebelah Nek Som itu tak habis-habis menggelakkan Mia. Huhh! sengal punya laki!
"Nek,mama saya nak cepat ni. Mama saya hari tu ada tak tertinggal kain baju kat rumah nenek? erm..dalam plastik biru?" Nenek Som berfikir sejenak.
"Oh...ha'ah..iyelah...ha,man kau tolong ambilkan ye. Dekat atas meja tu," Fuh! nasib baik dengar. Tak adalah aku nak ulang siaran balik.huhu...cepatlah. Aku dah kepanasan nih. Kalau aku tahu kena menghadap nenek 'sound trouble' ni,tak pakai baju baru pun tak apa. Mia melihat mamanya. Mamanya suruh cepat. Mia memberikan isyarat tangan supaya mamanya tunggu sebentar.
"Ini,nek," jejaka tampan itu memberikan bungkusan biru kepada neneknya.
"Ini,kan?" Nek Som bertanya kepada Mia. "Ha...betullah kot.. Terima kasih,nek...."
"Ha..iyelah..."
Mia melihat kepada jejaka tersebut, Mia diberikan senyuman yang cukup bermakna. apa maknanya tu? herm.....
"Saya balik dulu. Assalamualaikum." Mia meminta diri untuk pulang.
"Waalaikumsalam.." serentak Nek Som dan cucunya menjawab salam Mia.

Semasa hendak menuju ke kereta mamanya,kaki Mia seperti tersadung sesuatu yang keras dan........"buk!"...terpacullah dari mulut Mia, "oi mak kau tergolek!" Mia terjelopok ke tanah. Macam nangka busuk da... Malunya dia pada masa itu bukan kepalang. Jejaka yang masih di anjung rumah bersama Nek Som tu gelak sakan melihat gelagat Mia ketika terjatuh.
"Hati-hati, cu....!" kata Nek Som apabila melihat keadaan Mia pada ketika itu.
"Lain kali,jalan tengok bawah ye..." kata jejaka itu pula sambil tergelak-gelak. Pipi Mia sudah bertukar menjadi merah. Dari belakang Mia mendengar yang lelaki tersebut sedang menggelakkannya. Amboi,gelak sakan eh...? kata Mia dalam hatinya yang sedang geram tu. Terus Mia masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta,giliran mamanya pula menggelakkannya.
"Gelak lah,ma...gelak puas-puas...ei,Mia tengah malu ni,ma...."
"Mia,Mia...buat malu kaum ajalah. Nasib baik mama tak ada dekat situ tadi,"mama meneruskan gelaknya sambil mengeleng kepala. Mama menghidupkan enjin kereta dan meneruskan perjalanan ke rumah Aunty Mona. "Apa yang kau langgar tu,Mia?"
"Batu tu lah,bila masa entah ada kat situ. Nasib baik tak kotor tau baju Mia ni. Ei,malu...malu..!!"
"Malu dekat siapa? dekat cucu Nek Som tu?"
Muka Mia terus berubah,"yang lelaki tadi tu cucu Nek Som ke?"
"Kenapa?"
"dua-dua sama,dua-dua sakitkan hati Mia." Mama mengerutkan mukanya tanda tidak mengerti.
"Kenapa mama tak beritahu yang NeK Som tu ada 'sound trouble'? penat Mia nak kena explain kat dia satu-satu. Nasib baik cucu dia tu tak pekak jugak."
Mama gelak lagi,"mama ingatkan Mia tak kisah. Ala tak apalah,dah lepas pun,kan?"
"Tak nak pergi rumah Nek Som tu lagi..."
"hahahhaha...."
"Mama...!!" Puas hati mamanya. Itulah,selalu dia yang terkena. Rasakan sekarang Mia pula yang terkena.

-to be continued-





Eh bila masa aku jadi jiwang karat ni? Huh, Zurin punya pasal lah ni. Hai...Zurin..Zurin.

MIA pulang dengan berendam air mata. Mana taknya? Terpaksa berpisah dengan kawan-kawan baiknya yang selama ini telah mengisi kekosongan hidupnya dan menjadikan dirinya seorang yang ceria serta berkeyakinan tinggi.
Selepas sahaja Mia membersihkan dirinya menunaikan solat Zuhur, Mia terus sahaja membuka 'laptop' kesayangannya yang hampir sebulan tidak disentuh. Dua minggu yang lepas semasa pulang bagi merayakan Hari Raya Aidil Adha, Mia berniat untuk membawa laptopnye ke asrama tetapi ditegah oleh mamanya, Pn. Syarifah Rosnah. teringat lagi masa itu ketika Mia berkata kepada mamanya tentang niatnya membawa laptop ke asrama.
"Mia,boleh tak kalau masa periksa ni jangan guna laptop? Apa yang penting sangat laptop ni? Tunggu la habis SPM nanti....Nanti kalau Mia nak guna laptop ni 24 jam pun mama dah tak kesah,Mia.. Tapi kan sekarang tengah exam... Tak payahla dulu..."
Terus musnah harapan Mia. Orang cakap kalau tengah exam, jangan lawan cakap ibu bapa, nanti dapat keputusan yang teruk. Mia mengiyakan saja apa yang mamanya katakan tu. Nanti kang kalau keputusan tak gempak menyesal tak sudah.
Mia melepaskan segala isi hatinya yang terpendam selama ni di dalam blognya 'Mia's world'. Mia juga memikirkan apa aktiviti yang dia nak buat ketika menunggu keputusan SPM keluar. Belum sempat memikirkannya,pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Spoil! Kata Mia dalam hati.
"Yes,mum,can I help you?" Mia menunjukkan muka sengalnya apabila mamanya tiba-tiba masuk ke biliknya.
"yes,you have to,Mia."
Ai tiba-tiba mama aku ni jadi serius pulak kenapa? "Kenapa,ma?"
Syarifah Rosnah memberi satu senarai berbentuk jadual kepada Mia.

"Ai,ma,jadual bertugas apa pulak ni...?"
"Tolonglah mama,ek Mia. Mama dalam kesusahan sekarang ni."
Mia membaca senarai bertugas yang berada di tangannya. Ahad minggu ni rumah Datin Faezah, Jumaat hingga Ahad rumah Aunty Kalsum, Sabtu-Aunty Mona, Khamis hingga Ahad-Mak Long.

"Aunty Mona? Siapa yang kahwin,ma?"
"Kak Faz kau lah..."
"Iye...? Apesal Mia baru tau sekarang ni?"

"tu lah, kau Mia...lampi sangat.." Mia mencebikkan mukanya. Siot la tu nak cakap aku lampi.
"Tapi,kan,ma,mama nak Mia pergi rumah Datin Faezah ni? Siapa dia tu ma...? Tak pernah dengar pun nama dia sebelum ni..? Entah-entah datin palsu.."
"Amboi..mulut... Mia jangan nak banyak cakap eh. Ikut aje mama. Tolonglah apa yang patut. Lagipun,Mia, faham-faham ajela sekarang ni.. Rozi tu tiba-tiba pulak nak minta cuti sebulan. Dia biarkan mama terkontang-kanting dekat sini. Mana lah mama larat, Mia... Ha, alang-alang Mia pun baru habis exam,kan? Daripada tak buat apa-apa,lebih baik tolong mama memperkembangkan bisnes andaman mama ni.. Mana la tau suatu hari nanti mama akan jadi 'wedding planner' pulak.." Panjang lebar Pn. Syarifah Rosnah menerangkan pada anaknya yang satu tu.

Ternganga-nganga mulut Mia mendengar penjelasan mamanya itu. Amboi impian mencecah di langit. "Dah mama tahu Kak Rozi tu cuti, yang mama ambil tempahan lagi ni kenapa,ma...? Bukan ke mengundang bala tu namanya?"
"Bala? Eh tak lah..Mia kan ada. Ala...macamla Mia tak pernah tengok mama buat kerja macam mana,kan? Nanti Mia tolongla apa yang patut."
Mia hanya diam memandang kertas itu.
"yelah...nanti mamma bagila duit dekat Mia..ingat free ke?"

Tersenyum lebar Mia mendengar perkataan 'duit' yang terpacul dari mulut mamanya. haisy..mak dengan anak sama saja. P
antang dengar perkataan yang berkaitan dengan duit,laju saja. Mahu tidak mahu Mia terpaksa juga mengikut kata mamanya. Kalau bukan dia siapa la yang nak tolong...

-to be continued-



alhamdulillah segalanya dah berakhir....so nilah gambar yg sempat di ambil lepas habis saja paper reka cipta petang 2 pada pukul 4.30 petang. just enjoy yourselves ek tgk pics nih....



lepas nih x dapat nak jumpa mereka lagi selalu.....miss kat korang sesangat.................
EMAD.....model iklan ubat gigi....student yg paling ceria kat kelas 5KA....


dah TAK payah nak senyap lagi...exam dah habis lorh....tgk sajela aksi2 dyorang nih......
*credit for NAD & AFIQ...aq grab korang nyer pics kat ms....heheh. itulah bahananya kalu x bawak camera....

whassup2.....my name is chentot...well,hensem x aq nih?muahaha...aq sentiasa hensem n macho.. (heh bangga yg teramat....x boleh blah...hahaha..) gambar nih sebenar eh dah lamo di ambek..ari 2 r aq ngan akak aq tengah boring.pas tu nampak plak chentot ngah melayan perasan...so kitorang ape lagi..snap la gambar byk2...heheh.. *juz enjoy looking at these picture above n below.... ;D







yg above nih plak time ia ade function..almaklumlah...chentot ku popular nih...tgk 2:MODEL OF THE YEAR..mule la ia membuat muka cute+macho+bangganya.tengokla sape yg jaga...heheh



tapi.........tu semuanya dulu.sekarang nih aq tak taulah ape yg dah terjadi pada beliau..hari 2 secara tiba2 jek ia rasa macam takut sesangat..keluar rumah pastu masuk balik..macam kene kejar dengan musuh jek...(herm...datang balik la sawan dia tu kut...)
pastu lebih seminggu jugaklah x kluar bilik..memang nampak takut sesangat..family aq pn pelik jugaklah tengok kepelikan ia 2. then sampai la sekarang nih my chentot x mau jugak keluar dari tempat persembunyiannya (sekarang nih dekat stor pulak..)
huhu ada kucing lain yg envy dengan beliau ke??tet...! almaklumlah..my chentot kn popular..huhu..kene santau kut???(jeng..jeng..jeng..!!)
herm..hanya Allah yg tau...wateva it is..aq caye yang satu hari nanti ko pasti akan keluar jugak dari tempat persembunyian ko 2, chentot....
miss u so much....!!

wah...bangge rasenye aq dpt memecahkan rekod x tido lpas subuh...heheh
almaklumlah..dh habis spm meh(selalunye kalu pagi xde aktiviti,pegi membongkang r kat atas katil tp alhamdulillah skg dah jarang sesangat)....hohoho~
yeah..! everything is over...haha (alhamdulillah...). bayangkan daripada tahun lepas menanti saat nih n finally ia tiba jugak...bangga weh dapat habiskan sumenye...(hens..hens..)haha x boleh blah...

cikgu akaun made me down.....why?? of coz la about accounts...
aq dpt tahu yg one of my answers in accounts paper 2 was wrong...
i felt like wanted to cry...but not just me..there were some girl students so.
herm..ape yg aq rase time 2?? of coz la kecewa+geram+sedih giler3....
x penah aq rase betul2 down but mase 2...ni lg teruk daripada addmath n sejarah..
harapan nak dapat a+ dalam akaun memang hancus! musnah harapan aq...
kalu a+ pn dh musnah ni kan lg nak dapat sijil LCCI(london chamber of commerce and industry)
x akan ada harapan punye....herm..tawakal ajela...
2 paper left;economy and reka cipta. harap sesangat these subjects won't let me down...
fuh! penatla nak nangis..i'm not like a girl that luvs to cry..kalu nak nangis pn sembunyi2 r..x suke tunjuk..tp time 2 jek tertunjuk sikit..but i'm sure xde sape pn yg nampak...

ingatkan besok ade kelas ekonomi tapi cikgu cancel plak...heh..x ready lg nih..topic form 5 x khatam lg nih..huhu~
haisy...apesalla khairiyah ni? makin menjadi-jadi malasnye...buknnye x tau yg SPM x habeh lagi nih. ingatkan tadi nak khatamkan topic form 5 for ekonomi tp bleh tersasar pegi sambung tulis novel plak,,,,huhu. excited lorh tulis novel sampai lupa ape tujuan yg sebenor2nye...haha..itulah..terlalu sangat mengikut kata2 'mr. NATES'...mcm 2 la jadinye..
khairiyah..khairiyah..ape nak jadi dengan kamu nih ha?? bile nak insaf2..? nanti kang kalu result SPM hancus menyesal x sudah..ish3...

herm...udah2 la 2 memu'sarawak'kan diri sendiri 2...nak cite lpas spm plak...
akak aq ade offer suruh jadi clerk kat tempat tuisyen beliau kerja sekarang nih[part time lorh sambil tunggu kerja yg sesuai for her..herm..kesian ko kak..b'doa jela byk2..]
nak ke x ek?? x tahula rasenye diri aq nih..aq x kesah je kot...tapi takutnye si 'mr. boss' 2...
bukan main garang lagi lagaknye..tapi kalu dah jadi clerk kompem keje bertimbun..nak2 lagi sekarang nih budak2 dah nak mula tuisyen..budak form 4 yg nak masuk form 5 pn dah mule tusyen sekarang nih..herm............well, i'll think about it....

wargh....!!![astaghfirullahalazim..] rase mata nih berat plak tibe2..la..patutla..dah pukul 1.32 rupenye....herm, rase puas rasenye hati nih coz dapat luahkan segala2nye kat sini. here is my heart. thanx kepada sesape yg view my blog. tapi jgn lupa ye press follow at my page tu.heheh
wargh....sangap untuk kali ke berapa ntah nih. dah berair mata eden ni ha...ya ALLAH...x berenti taip lagi ke aq nih?huhu~ok ok ok ok....SALAM~

"BAIKLAH, masa anda menjawab soalan sudah tamat,sila berhenti menulis. Ikat kertas jawapan anda dengan benang yang telah disediakan."
Setelah kertas jawapan diambil oleh para pengawas yang bertugas,suasana di dalam dewan menjadi kecoh.
"sila tenangkan diri anda. Anda dilarang berbual dalam dewan peperiksaan." Itu sajelah ayat yang ketua pengawas gunakan setelah kertas jawapan dikutip pada setiap kali peperiksaan dijalankan.
"Sila bersabar,beri masa dahulu kepada pengawas untuk menyemak kertas anda."
Syarifah Mia Khazreena yang duduk di baris hujung sekali sibuk menanyakan soalan yang baru dijawab tadi kepada kawannya, Balqish. Mia tak mengendahkan langsung apa yang ketua pengawas katakan tadi.
Selepas sahaja ketua pengawas mengarahkan semua pelajar SMK Dato' Penggawa Barat yang berada di dalam dewan peperiksaan keluar,mereka terus menjerit bersuka ria. Yahu...!! MERDEKA...!!
Mia bersama geng-gengnya hanya diam. mereka melihat muka satu sama lain,tersenyum,kemudian, "yeah....!!!" Finally...habis jugak SPM...syok gila... Mereka berlima pun pergi ke destinasi yang dituju sebelum membawa haluan masing-masing pergi ke pangkuan keluarga pada esok hari.. Memandangkan inilah hari terakhir mereka dapat berkumpul bersama, mereka telah mengambil peluang pada hari tu untuk bermesra dan bersuka ria bersama-sama....Selepas ni belum tentu diorang dapat berkumpul macam ni balik.. Mana taknye? Mia menetap di Johor Bahru, Zurin dan Fatin duduk di Batu Pahat, Balqish pula duduk di Melaka dan yang lagi sorang tu pulak menetap di Pulau Pinang. Jauh tu...
Pada malamnye,semua pelajar yang masih ada lagi di asrama termasuk Mia and the gang yang menetap di Dorm Ummu Athiyah sudah mengemas barang masing-masing utuk pulang ke rumah pada esok pagi. Zurin yang sejak tadi sudah siap mengemas barang-barangya, terus pergi ke katil Mia, her best friend forever tu.....
"Uit! Kemas lagi ke...?" Zurin menegur Mia dari belakang.
"Tak ada la...kau tak nampak ke aku tengah masak ni...?" malas nak layan kawannya yang seorang tu...dah tahu lagi mau tanya...
"Nak masak ape ye, Mak Cik Mia oi...?"
"Ok.. hari ni mak cik nak masak special punya..nama dia daging Zurin panggang."
"Wa...macam best jek..? Mesti laku,kan?"
Mia terus menolak kepala Zurin. Geram yang teramat dengan si Zurin tu. "Mengong la ko nih!"
Huhu, tak pasal-pasal dapat hinaan free daripada si Mia.
"Oi, main kepala plak...? Huh, sia-sia aje aku maafkan kau petang tadi."
"Habis tu kau macam tak faham-faham je. Kau tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang nih..? taulah kau dah siap mengemas... Almaklumlah,main sumbat-sumbat aje..mananya tak cepat..tengok aku nih..prim and proper tau..."
"heh, blah la kau...prim and proper konon. Tapi main-main kepala orang. Apa kes...?"
Mia menyambung melipat kainnya yang tak sudah-sudah tu. manenye nak sudah..? dah kain bertimbun selama seminggu tak disentuh..Malas nak layan kawannya yang ada kat depannya tu. lantak engkaulah,Zurin... Zurin hanya melihat kawan baiknya tu membuat kerja.
Apabila keadaan sudah senyap seketika, Zurin pun bersuara kembali.. tak bestla kalau senyap je.... "Mia, aku rasa kan aku macam rasa berat hati je nak tinggalkan sekolah ni.. banyak sangat kenangan aku kat sekolah ni..kenangan dengan kau..kenangan dengan budak 4 orang tu.."
"Rasa berat hati? tapi aku tengok engkaulah the first person yang macam beria-ria sangat nak balik."
"Aku bukannya apa,Mia. Aku rasa suka pun ada,sedih pun ada jugak... rasa macam berbelah bagi tau tak..? tapi at the same time aku sayang nak tinggalkan sekolah ni yang banyak memberi
kenangan kat aku..aku sayang nak tinggalakan korang...engkau,Fatin,Tia dengan Balqish.."
hish, si Zurin nih..sensitif pulak dia malam nih.. Mia termenung seketika.
"Mama aku cakap kan, Zurin, setiap pertemuan tu mesti ada perpisahan. Tapi tak bermakna perpisahan tu membuatkan hati kita jugak terpisah.. Kau kena ingat, Zurin. Engkaulah kawan yang first aku jumpa dekat sekolah ni. Sejak dari form 1 kita tak pernah berenggang. tapi walau macam mana pun, kehidupan kita kena diteruskan. serapat mana pun kita, kita tetap akan terpisah jugak. tapi aku tak pernah padam nama kau dalam hati aku tau, Zurin."
Zurin tersenyum. baru kali ni dia rasa yang Mia betul-betul kawan yang penyayang. Iyalah, selama ni Mia mana pernah tunjukkan rasa kasih sayangnya pada seorang yang bernama sahabat.
"baru hari ni aku rasa aku betul-betul bangga dengan ko,Mia. dah matang rupanya ko nih..."
"siot la ko nih...!" Mia menampar lembut muka Zurin.
"tu aku baru cakap sikit tu, rasa-rasanya kalau aku cakap lebih sikit mesti ayat kau lagi berbunga-berbunga dan boleh buat aku nangis, kan?"
Mia hanya ketawa mendengar kata-kata Zurin tu.
"Dahla kau nih.. spoil betullah, habis tergendala kerja aku. Pergilah kacau orang lain pulak.."
"Heheh, sorry....I love to be a disturber.."
"ceh!"


-to be continued-


wargh.....!!!
kegeraman yg melampau....!
smpai hati diorang buat kitorang mcm nih.....
2 hari exam...
2 out of 4 ; account's n science's paper susah...
both of them menyengalkan....
time jawab paper 1 memg dah confirm la..ingatkan bleh la score kn...
tp ble dapat paper 2.....i was speechless!!
apemende soalan nih..?
trial lagi senang la....
yg science lg la bez..ade satu soalan 2 kitorang x penah discuss pn kat kelas..
bleh dikeluarkan plak soalan 2....
rase mcm nak nangis je...tp pointless la kalu nak nangis sekali pn..
bnde dah terjadi...

yg account plak,ade 2 soalan x imbang..
tp naseb baek cukup mase..
ade sorang my classmate lg la..section b x sempat nk buat...
bile kluar dewan jek..sume muke dh kecut..
ade yg x nk ckp pn ade gak..
yg nangis jgn ckp la..ramai gak kut...
ade yg jerit la....no one i heard told me that the questions were so easy..
yg budak cerdik pandai kat kelas aq pn ckp susah jugak...ape kes..?
conclusion~LPM x nak ramai students dapat A+!
memg saje je nak dengki ngan batch dis year...
dhla yg A+ 2 tahu dh last2 minute..
ingatkan soalan easier than trial...instead....
kegeraman yg teramat....!!
herm...tawakal je la.....

"hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti sahabat & remaja,
dan apabila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi
masa ini jua kita membawa haluan masing-masing...
mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam satu tempat yang kecil;
satu bilik darjah, bergurau, mengenakan guru,ke kantin & ke tandas bersama...
terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar dilupakan...
mungkin suatu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah
harapnya hubungan itu akan kekal selamanya..."


herm...bermakna betul ayat 2 pada sesiapa yang dah meninggalkan zaman persekolahan dan yg
bakal meninggalkannya....termasuklah aq.....huhu~
walaupun x sabar nak merdeka...nak tinggalkan sekolah..tapi hati rase berat sebab banyak kenangan yg aq dah cipta kat sekolah kesayangan aq 2...
mane taknye....sejak aq form 1 sampai form 5 aq belajar di sekolah yg sama...
selama 5 tahun 2 banyak perubahan kat sekolah aq 2...i'm proud with it!
bila teringatkan balik..mase kat sekolah dihabiskan bersama rakan2 seperjuangan...guru2 tersayang yg x pernah kenal erti penat lelah mengajar kitorang...
even sekarang ni pn cikgu masih berusaha untuk membantu kitorang mendapat keputusan yg cemerlang dalam spm...betapa besarnye pengorbanan cikgu2...
terima kasih cikgu...terima kasih banyak2....
rase2nye kalau x ade cikgu,memang kitorang terkontang-kanting la sekarang ni...
x tahu nak study ape for this last minutes...
di saat2 akhir ni la kita perlukan cikgu untuk memantapkan lagi ilmu di dada...
kpd kwn2 seperjuangan...tinggal 4 paper lg...lpas nih bleh merdeka...tapi sayangya..perhubungan kita akan berkekalan ke? rindu pada mereka2 yg membuatkan kehidupan aq ceria...
rindu pada mereka...kat sekolah la aq rase bebas..bebas bergaul dengan geng2..bleh berperangai gile2....sebab 2la aq skg mcm dah kecoh sket...sedikit sebanyak kawan2 membantu aq meningkat keyakinan aq...aq dah x jadi org yg pemalu lagi..aq suke perubahan pada diri aq...thanks guys....aq x kan lupakan korang sampai bila2....
"mungkin suatu hari nanti aq akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yg sangat indah..."

erm...dh raye haji rupenye...
tp exam aq x hbs lg nih...huhu~
ade 4 more subjects left..
next week bru hbs...
ari selase ngan rabu ade paper akaun dengan science...
cuak x hbs lg nih...
dhla addmath cm hancus jek...
nk2 lg for paper 2...
x pecah plak an kepale nak pkirkn jwpnnye...huhu~
tawakal jela lpas nih....
for akaun dengan science plak...
bsok ade kelas...
kalu x arin pn ckgu nak buat jugak...
tapi memandangkan hari ni raye kn....

uwh cite pasal raye haji plak..
tadi dengar2 cite ade sekor lembu kat kg. aq lari..
lembunye warne puteh...
abg aq kate lbeh kurg ganas jugakla lembunye...
mak aq kate...lembunye x redha nk kne sembelih...
x tahu la dpt cari ke x...
tkot2 jek kalu beliau masuk dlm rumah kn...hahah
lembu..oh..lembu...
naseb baik bukan lembu kitorang...
mak kate kalu lembu kita yg lari,maknenye pagi tadi ade yg x sembahyang la...
hahaha....mak aq wat lawak di tgh hari...
tp sume lembu kat masjid 2 telah selamat disembelih....
cume tinggal nak diagih2kn pada org kg. jek...
ape2 ajela lembu2 2...
nseb baik x jadi mcm tahun dulu...
pnah tahun bile ntah,ade sekor lembu yg lari keliling kg...
pnat org kg. nak mengejarnye...
ish3..menyusahkan org btol..

lantakla beliau 2...
yg penting keje akaun ngan keje science aq siap....
punyela byk cikgu bagi homework...
tp bagus jugak...at least kitorang ade bahan la nak study...
kalu cikgu x bg homework aq jamin msti 50% of my classmates xkan study punye...
huhu~
dhla..mcm penat plak menaip banyak2 nih...
banyak keja akaun x siap lg nih...
n nak siapkan my 1st novel untuk disiarkan di blog kesayanganku nih...
tunggu.....heheh..
ADIOS~


I think that's all for today...
and may be this is my last post before i sit a big examination on wednesday...
i want to concentrate in spm first..
then i'll think about this blog and my new post...
insya-Allah, i'll come back with my new single novel..ANAK MAK ANDAM VS. NASI GORENG....
just wait and see,ya....
ok...i'm leaving now....
wish me luck in spm...
AJA..AJA..FIGHTING...!!!
adios~


harini merupakan hari yang paling menyedihkan dalam hidup aq.....
tadi kat sekolah ade jamuan akhir tahun dengan sesi bermaafan dengan cikgu2 n kawan2...
ingatkan tadi tak naklah keluarkan air mata...
tapi terkeluar jugak...
first yang buat aq nangis was zarith....
aq plek jugak..mula2 bestfriend aq 2 pergi tempat duduk depan..
i didn't know what she wanted to do...
bila sampai kat tempat aq jek muka zarith dah merah semacam jek...
habis basah tudung dia disebabkan banyak sangat nangis....
aq pn bila tengok kawan baik aq 2 nangis,aq pn ape lagi ikut same nangis....
lepas 2 kitorang berpeluk2....aq x tw nak cakap ape mase 2...
zarith nangis teresak-esak...
aq just usap bahu dia jek.....

pas 2 time salam cikgu kat atas pentas,aq nak salam dengan ciku mathmode aq..
aq ckpla..."ckgu,terima kasih atas segala ilmu yg cikgu beri pada saya...
maafkan saya sebab banyak buat salah dengan cikgu..."
lpas 2 cikgu cakap dengan aq.."awak memang byk buat salah dengan saya..."
huhu samapai hati btol...xdela byk sgt pn salah aq...

yg pling btol3 buat aq sebak time jumpa dengan cikgu yg ajar kitorang akaun dengan ekonomi...
time tengok muka cikgu aq memang dah basah kuyup dengan tangisan..
yelah...mengenangkan kesalahan yg aq dah buat kat beliau...
time 2 la aq rase btol2 sebak...sesebak-sebaknye...
yg ratna tengok aq pelik je coz bersungguh2 aq nangis...
tapi serius...aq x penah rase sesebak macam 2....

lepas 2 jumpa cikgu sejarah plak...
cikgu yg rasenye antara yang terhensem kat sekolah aq 2 la....
muda lagi ma....hohoho
aq x byk cakap dengan beliau coz kawan2 aq sibuk nak bercakap dengan beliau...
suke hati la korang....
tapi yang penting hari 2 cikgu memang berbeza gila la....
cara dia cakap ngan kitorang sangat2 membina keyakinan aq...
macam bermotivasi jugakla cara dia cakap 2...
terima kasih,cikgu....

erm...aq memang x boleh lupakan saat2 2....
yelah....boleh dikatakan my batch merupakan budak2 yang paling nakal sekali...
2la...lahir tahun monyet la katakan....
huhu..naseb2....
ape2 pun,aq x kan lupakan setiap titik peluh yang cikgu usahakan untuk kejayaan kitorang..
bayangkan,time spm nanti pun cikgu sanggup buat kelas untuk kitorang...
insya-Allah...kitorang xkan mensia2kan setiap pengorbanan yang cikgu dah lakukan...

yang penting....peristiwa tadi telah mengeratkan lagi perhubungan aq dengan kwn2 baek aq...
aq x kan lupakan zarith,ratna,zalina,nad,temi....
hopenye our relationship will last forever....




herm.....ade tinggl 3 ari lg nk spm nih.......
ape rase??of course la cuak gile.....it makes my hand always shaking......
xtwla preparation dh ckup ke blom.....tkot ni nk jwb paper sejrh ngan bm this wednesday....
hope2nye ok2 jela ek.....kte xtw ape akn terjadi at da future....
insya-Allah lepas habis spm nih aq akn post crite kat sini...
memg dh lame plan nk wat cite ala-ala novel gitu....
insya-Allah pada 10hb 12 nti akn wjud sbuah novel kat blog ku ni bertajuk "ANAK MAK ANDAM VS. NASI GORENG"
hahaha.....plek x tajuk dy.....
okeh ntk pngenalan....aq akn cite sket ttg sipnosisnyer....

SINOPSIS "ANAK MAK ANDAM VS. NASI GORENG"
mia mrupakn ank seorg mak andam yg btol2 popular kat kwsn umah dy...
lpas hbs spm mia diberi tugas oleh mamanya utk buat 'kebajikan' kpd org2 yg nk buat keje kahwin......
setiap undangan yg diterima mamanya,mia pn ikut skali......
satu ari 2 mia ade buat bnde yg x senonoh yg bleh buat diri dia malu sendiri....
dia x tw semenjak peristiwa 2 ade orang yg selalu usha dy.....
dan orang yg usha dia 2 sebenarnye org yg selalu buat dia marah setiap hari....
rupe2nye org yg dia geram 2 merupakan kawan lame abang long dia.....
lagila dia geram.....
makin sukela pok cik 2 sebab setiap kali boleh kenakn mia....
ditambah lagi.....universiti tempat mia blajar ialah tempat pok cik 2 jugak....
kirenye pok cik 2 jd senior mia la.....
ape jd lpas 2???
JENG...JENG...JENG..!!!

erm kita tggu 10 hb nti ek.....
heheh


herm...........agak2nye lepas spm nih dia nk sambung blek x r dgn aq....?
erm susahla nk expect....dia 2 slalu menghilang....mcm biskut....
xtwla selame nih dia ingat kat aq ke x....
wel.......
wateva it is life must go on.....
SPM 1st......
dun want to think everything but SPM....
aja aja fighting....!!
i can do it.....
walaupn cam ussah jek nk reach A+ 2.....
but i'll try my best!!!






uwww...........ngah musim hujan la skg nih......tp bezz......like the band of HUJAN.....ngehe.....
faizal rock......!!! aq benci kamu tapi aq cinta kamu......

miss my friends a lot..........especially for that one.....miss you so much.....x sbrnye nk abez spm nk we can continue our relationship.......ya Allah hopefully he'll be okay forever.......may U bless him......SPM have 11 more days to face......bleh ke dpt A+ nih..?? nk cpai 80 pn pnyela susah...
Ya Allah beriknlah ketenangan dan kemudahan kpdku supaya aq dpt jwb soalan spm nti....
AMIN.......
hey....wait for me ya....!!! HUHU~~

There were screams all around me. I opened my eyes and wake up from my sleep. I saw my family and my relatives rushing to go out from the house. I was still blur at that time and I was really confuse for that situations. "Why are they all screams just like the ghosts? "And what made me puzzle was they did not even call my name to follow them to go out.
I looked around,my bedroom was full of smokes just like burnt house. I slowly went go out from the house. I called my mother,I called my sister,but there were no answer for me.."Are they deaf??" I curiously think. Then, I did not think like that because was too near with them. Then, my mum looked around for someone. "Mya,where is Mya??" My mum asked where me was? "I'm here, mum. In front of you..." It was like my mum did not hear me and did not even see me.
"Our house....,"then my father looked at our house. I turned back,that house was ruined. All my family and relatives cried and all of them shouted my name. "hello....I'm here okay!" But no one could hear my voice. "What's wrong with all of you?! Or....what's wrong with me?"
I silent for minute. They kept crying and shout my name. I thought there must be something wrong somewhere. I went back in that house.I wanted to find something which could answer my question. Although that house had been burnt, it still looked like a house. I went into my bed room. There had a lot of dusts and my bed was dumped by my study table. I saw my lovely teddy bear hung among my bed and table. I moved rhe table to the side and I wanted to scream as a body lied on my bed. All the skins burnt. "Oh my God...!!" I could not believe what was in front of me. I rushed out from the house and found my family and relatives.
They went to some place. I followed them. "Mum....! Dad....!" I tried to call their name but I could not as my voice was stucked by something. After about ten minutes, they stopped at the grave land. All of them started to cry again. "Whose grave is this?" I looked at the 'nisan' and the name was mine! I fainted on my own grave.
"Mya....! Get up, Mya..."
I heard my mum said my name. I woke up from my bed as fast as could. Then, I opened my eyes. "Did I dream?" I heard the screaming of people again. Then, I turned down and I saw my family and relatives watched a horror movie.
"Mya, why don't you wash yourself yet??"
Then, I know that I was just dreamt for a long hours. "Fuh..!!" And I smiled for myself....

ei tension btol r diz week..! sume ckg nk mrh2...isnin lpas, awl2 lg ckg akaun dh naek angin..gara2 few students, all my clazmates ckgu mrh...tp 2 pn silap ktorg gk...ckgu mrh coz ad soaln yg dyorg xdpt jwb...semlm ckgu dh mjok ngan ktorg n xnk wt kels tmbhn kat kels ktorg...ckgu btol2 terase...2 bukn skali ckgu mjok ngan ktorg...sebelum ni pn pnah gk n lg dahsyat drpd nih...n ktorg anggp yg ckg mjok x lme...plus sok ktorg ad performance kat dewan..hopefully ckgu xkn mrhkn ktorg lg la lpaz tgk ktorg perform..huhu..ari slase plak ckgu add math ktorg plak mrh..tp rmy yg xtw...ckgu mrh coz rmy yg x htr assignment yg dy bg mse holiday laz couple of weeks...aq yg dok depan memg sdeh gle r dgr ckgu ckp..cm nk nanges jek....nseb bek soknye ckgu ok...we thought that ckgu xnk msok coz slalunye awl2 lg ckgu dh ad dlm class.ktorg risau gk ckgu mrh kat ktorg smpai xnk msok kelas...tp lazly ckgu msok gk..ckgu lmbt coz nk photostates krts soaln...that day ckgu x mrh pn...gelak2 lg ada la....hopefully next week sume mood ckgu2 dlm keadaan yg baik2 belaka..huhu...yela diz year kn aq nk amek spm...so x nak la ckgu kecik hati ngan ktorg..nti belajar x berkat...huhu..erm nothing 2 say anymore...well wish me luck 4 tomorrow...huhu so nervous beb... ADIOS...SALAM... (~,^)

halu3...!!!
i'm new here...
finally dpt gk aq wt blog ni... dh lme niat nk wt blog nih cme mse jek yg x m'izinkn..
well firstly i wanna tell about my study.. erm...next week dh start sek...little bit nervous la coz byk paper yg blom dpt lg..sejrh,akaun,ekonomi,agme,english..wau! really make my hand shaking beb..
nk2 lg akaun ngan ekonomi...ingt lg ckg ckp time before exam,"sespe yg dpt mrkh below 50,jgn msok kels sy!!" peh mane x cuak beb..! btw juz b'twkl jela kn...
hopefully time spm nti aq dpt wt btol3.aq xnk mlukn ckg2 n parents..ckupla aq mlu time result pmr kuar.. 1o 1A in my hand!! INSYA-ALLAH.....

Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood