MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]

"BAIKLAH, masa anda menjawab soalan sudah tamat,sila berhenti menulis. Ikat kertas jawapan anda dengan benang yang telah disediakan."
Setelah kertas jawapan diambil oleh para pengawas yang bertugas,suasana di dalam dewan menjadi kecoh.
"sila tenangkan diri anda. Anda dilarang berbual dalam dewan peperiksaan." Itu sajelah ayat yang ketua pengawas gunakan setelah kertas jawapan dikutip pada setiap kali peperiksaan dijalankan.
"Sila bersabar,beri masa dahulu kepada pengawas untuk menyemak kertas anda."
Syarifah Mia Khazreena yang duduk di baris hujung sekali sibuk menanyakan soalan yang baru dijawab tadi kepada kawannya, Balqish. Mia tak mengendahkan langsung apa yang ketua pengawas katakan tadi.
Selepas sahaja ketua pengawas mengarahkan semua pelajar SMK Dato' Penggawa Barat yang berada di dalam dewan peperiksaan keluar,mereka terus menjerit bersuka ria. Yahu...!! MERDEKA...!!
Mia bersama geng-gengnya hanya diam. mereka melihat muka satu sama lain,tersenyum,kemudian, "yeah....!!!" Finally...habis jugak SPM...syok gila... Mereka berlima pun pergi ke destinasi yang dituju sebelum membawa haluan masing-masing pergi ke pangkuan keluarga pada esok hari.. Memandangkan inilah hari terakhir mereka dapat berkumpul bersama, mereka telah mengambil peluang pada hari tu untuk bermesra dan bersuka ria bersama-sama....Selepas ni belum tentu diorang dapat berkumpul macam ni balik.. Mana taknye? Mia menetap di Johor Bahru, Zurin dan Fatin duduk di Batu Pahat, Balqish pula duduk di Melaka dan yang lagi sorang tu pulak menetap di Pulau Pinang. Jauh tu...
Pada malamnye,semua pelajar yang masih ada lagi di asrama termasuk Mia and the gang yang menetap di Dorm Ummu Athiyah sudah mengemas barang masing-masing utuk pulang ke rumah pada esok pagi. Zurin yang sejak tadi sudah siap mengemas barang-barangya, terus pergi ke katil Mia, her best friend forever tu.....
"Uit! Kemas lagi ke...?" Zurin menegur Mia dari belakang.
"Tak ada la...kau tak nampak ke aku tengah masak ni...?" malas nak layan kawannya yang seorang tu...dah tahu lagi mau tanya...
"Nak masak ape ye, Mak Cik Mia oi...?"
"Ok.. hari ni mak cik nak masak special punya..nama dia daging Zurin panggang."
"Wa...macam best jek..? Mesti laku,kan?"
Mia terus menolak kepala Zurin. Geram yang teramat dengan si Zurin tu. "Mengong la ko nih!"
Huhu, tak pasal-pasal dapat hinaan free daripada si Mia.
"Oi, main kepala plak...? Huh, sia-sia aje aku maafkan kau petang tadi."
"Habis tu kau macam tak faham-faham je. Kau tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang nih..? taulah kau dah siap mengemas... Almaklumlah,main sumbat-sumbat aje..mananya tak cepat..tengok aku nih..prim and proper tau..."
"heh, blah la kau...prim and proper konon. Tapi main-main kepala orang. Apa kes...?"
Mia menyambung melipat kainnya yang tak sudah-sudah tu. manenye nak sudah..? dah kain bertimbun selama seminggu tak disentuh..Malas nak layan kawannya yang ada kat depannya tu. lantak engkaulah,Zurin... Zurin hanya melihat kawan baiknya tu membuat kerja.
Apabila keadaan sudah senyap seketika, Zurin pun bersuara kembali.. tak bestla kalau senyap je.... "Mia, aku rasa kan aku macam rasa berat hati je nak tinggalkan sekolah ni.. banyak sangat kenangan aku kat sekolah ni..kenangan dengan kau..kenangan dengan budak 4 orang tu.."
"Rasa berat hati? tapi aku tengok engkaulah the first person yang macam beria-ria sangat nak balik."
"Aku bukannya apa,Mia. Aku rasa suka pun ada,sedih pun ada jugak... rasa macam berbelah bagi tau tak..? tapi at the same time aku sayang nak tinggalkan sekolah ni yang banyak memberi
kenangan kat aku..aku sayang nak tinggalakan korang...engkau,Fatin,Tia dengan Balqish.."
hish, si Zurin nih..sensitif pulak dia malam nih.. Mia termenung seketika.
"Mama aku cakap kan, Zurin, setiap pertemuan tu mesti ada perpisahan. Tapi tak bermakna perpisahan tu membuatkan hati kita jugak terpisah.. Kau kena ingat, Zurin. Engkaulah kawan yang first aku jumpa dekat sekolah ni. Sejak dari form 1 kita tak pernah berenggang. tapi walau macam mana pun, kehidupan kita kena diteruskan. serapat mana pun kita, kita tetap akan terpisah jugak. tapi aku tak pernah padam nama kau dalam hati aku tau, Zurin."
Zurin tersenyum. baru kali ni dia rasa yang Mia betul-betul kawan yang penyayang. Iyalah, selama ni Mia mana pernah tunjukkan rasa kasih sayangnya pada seorang yang bernama sahabat.
"baru hari ni aku rasa aku betul-betul bangga dengan ko,Mia. dah matang rupanya ko nih..."
"siot la ko nih...!" Mia menampar lembut muka Zurin.
"tu aku baru cakap sikit tu, rasa-rasanya kalau aku cakap lebih sikit mesti ayat kau lagi berbunga-berbunga dan boleh buat aku nangis, kan?"
Mia hanya ketawa mendengar kata-kata Zurin tu.
"Dahla kau nih.. spoil betullah, habis tergendala kerja aku. Pergilah kacau orang lain pulak.."
"Heheh, sorry....I love to be a disturber.."
"ceh!"


-to be continued-

1 yang bagi respon:

Hi everybody! I do not know where to start but hope this site will be useful for me.
In first steps it's very nice if someone supports you, so hope to meet friendly and helpful people here. Let me know if I can help you.
Thanks and good luck everyone! ;)

Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood