MIA yang keseorangan di dapur sedang menikmati nasi goreng yang baru dimasak oleh mamanya. Almaklumlah..sudah dua minggu Mia tidak dapat merasakan masakan kegemarannya itu kerana sibuk membantu mama menguruskan bisnes andamannya. Sedang enak Mia menikmati hidangan yang ada di depan matanya, tiba-tiba Mia disergah oleh mama dari belakang.
"Mia!!"
"uhuk,uhuk!! Mama...Mia tengah makan lah...nak suruh Mia mati cepat agaknye. Nasib baik tak tersembur tau..." Hampir tersedak Mia disergah seperti itu.
Pn. Syarifah Rosnah dengan mukanya yang tidak rasa bersalah langsung terus duduk di hadapan Mia. "Mia,nanti teman mama pergi rumah Nek Som eh? Mama ada tertinggal barang dekat rumah dia.." Mia mengerutkan mukanya. Siapa sajalah Nek Som tu.
"Siapa Nek Som tu,ma? Mama buat apa pergi rumah dia? Mama tertinggal barang apa dekat rumah dia?" Bertalu-talu soalan Mia yang ditujukan kepada mamanya. Mama hanya menggeleng kepala melihat gelagat anak daranya yang seorang tu.
"Amboi,banyak betul pertanyaan kau ni ya Mia. Tak payah banyak tanya lah. Nanti kau tahulah sendiri."
"Kenapa mama tak pergi sendiri je? Dekat rumah dia tu ada apa-apa ke...?"
"Hisy, Mia ni. Ke situ pulak. Ha,dah lupa lah tu? Nanti kan nak terus pergi ke rumah Aunty Mona. Kakak kesayangan Mia kan nak kahwin.."
"Ha'ahla...boleh lupa pulak Mia. Herm,dah lama tak jumpa Kak Faz..rindunya dekat dia...." "dah..dah..dah. Jangan nak buat drama pulak kat sini. Lepas makan terus mandi,dah bau apa entah"
Mia dengan selambanya menjawab,"eh bau nasi goreng mama ni lah."
"Pandai jawab eh? Dahla, lagi lama mama layan Mia ni,lagi tak siap keje mama," mama pergi ke ruang tamu untuk menjahit pakaian yang ditempah oleh rakannya.
Mia mencapai tuala yang tersangkut di ampaian baju yang terletak di biliknya dan kemudian turun ke ruang tamu. Mia menjengket-jengketkan kakinya supaya mama tidak perasan akan kehadirannya. Heheh,ada chance, satu....dua...tiga!
"Eh nenek kau cenonet!" Tergelak besar mendengar mama melatah selepas Mia berjaya menggeletek mamanya. Yes! Finally...Mia terus berlari ke bilik air.
"Mia!! Kurang asam punya anak. Nasib baik tak tercucuk dengan jarum ni ha,"
Mia yang berada di dalam bilik air terkekeh-kekeh dan tersenyum kerana misinya untuk mengenakan mamanya pada hari ini berjaya. Kalau sehari tidak mengenakan mamanya memang tak sah. Ada saja idea yang terpacul dalam kepala otaknya. Tapi,siaplah kalau Abang Longnya ada. Siapa kenakan siapa agaknya..?
PUAN SYARIFAH ROSNAH memberhentikan kereta Toyota Viosnya yang berwarna putih itu di tepi jalan berhadapan dengan rumah Nek Som. "Mia, tu rumah Nek Som. Mia pergi lepas tu tanya ada tak kain baju yang mama tertinggal kat rumah dia. Dalam plastik biru tau." Mia yang duduk bersebelahan dengan mamanya berada dalam keadaan terpinga-pinga.
"kain baju apa,ma?"
"Ala...hari tu lepas mama pergi Jusco,mama singgah rumah Nek Som kejap. Mama ada beli kain baju untuk kita anak beranak. Kan anak Mak Long Mia tu nak kahwin..
"Ai,Mia tak pernah tau pun ma?"
"Eh kau ni banyak betul songehnya. Cepatlah...mama nak cepat ni..."
"Yelah,yelah..."
"Hish,mama aku nih macam-macam betul lah. Kan senang kalau mama pergi sendiri. Ini nak suruh aku pulak yang pergi. Macamlah aku tau sangat" Mia keluar daripada kereta dan mula membebel seorang diri.
"Assalamualaikum...!! Assalamualaikum...! Uhuk,uhuk!" Sampai terbatuk Mia dibuatnya..Hoho.
"Assalamualaikum..!" Mia menoleh ke arah mamanya yang berada di dalam kereta. "Assalam..."
Belum sempat Mia menghabiskan salamnya untuk kali keempat,muncul seorang perempuan yang umurnya kira-kira dalam lingkungan 70 tahun dengan muka berkerut-kerut, "waalaikumsalam...anak dara mana pulak la yang tersesat ni? Ya, ada apa,nak?"
"Herm..ini Nek Som eh?"
"Ha..?? Ape?!" La..pekak rupanya nenek ni.
"Ini Nenek Som ke...???"
"Oh...Iyelah..tapi tak payahlah nak cakap kuat-kuat. Nenek tap pekak lagi.."
amboi...yakin betul dengan jawapan dia tu. Desis Mia dalam hati. Mia tersengih-tersengih terhadap nenek yang seorang tu.
"Nek,saya ni anak Puan Rosnah,"
"Siapa? Hasnah?"
"Bukan Hasnah,nek...Ros....nah...!!"
"Oh...Rosnah..siapa Rosnah tu?" Hisy,nenek ni memang nak menaikkan tahap kegeraman aku
ni.
"Puan Rosnah..yang mak andam tu...?"
"Oh..la..cakaplah Mak Andam Senah. Rosnah...Rosnah.Manalah aku kenal."
"Heheh..." Mia hanya mampu tersengih.
"Ha,kenapa dengan Mak Andam Senah tu?"
"Siapa tu nek?" belum sempat Mia menjawab soalan nenek yang 'sound trouble' itu muncul pula seorang jejaka yang tinggi lampai yang boleh kurang kacak lah juga mukanya. Nasib baik Mia tak pengsan melihat kekacakan jejaka tersebut. Ceh!
"Ni ha....anak Mak Andam Senah ni...siapa ha namanya?" Nek Som mengajukan soalan kepada Mia.
"Mia,nek."
"Apa? Manik?" la...apa pulak Nek Som ni..? Manik pula katanya.
"Bukan Manik la nek.. Mia..!!"
"Apa-apa ajelah." Mia mencebikkan mukanya mendengar jawapan nenek itu. Yang lelaki di sebelah Nek Som itu tak habis-habis menggelakkan Mia. Huhh! sengal punya laki!
"Nek,mama saya nak cepat ni. Mama saya hari tu ada tak tertinggal kain baju kat rumah nenek? erm..dalam plastik biru?" Nenek Som berfikir sejenak.
"Oh...ha'ah..iyelah...ha,man kau tolong ambilkan ye. Dekat atas meja tu," Fuh! nasib baik dengar. Tak adalah aku nak ulang siaran balik.huhu...cepatlah. Aku dah kepanasan nih. Kalau aku tahu kena menghadap nenek 'sound trouble' ni,tak pakai baju baru pun tak apa. Mia melihat mamanya. Mamanya suruh cepat. Mia memberikan isyarat tangan supaya mamanya tunggu sebentar.
"Ini,nek," jejaka tampan itu memberikan bungkusan biru kepada neneknya.
"Ini,kan?" Nek Som bertanya kepada Mia. "Ha...betullah kot.. Terima kasih,nek...."
"Ha..iyelah..."
Mia melihat kepada jejaka tersebut, Mia diberikan senyuman yang cukup bermakna. apa maknanya tu? herm.....
"Saya balik dulu. Assalamualaikum." Mia meminta diri untuk pulang.
"Waalaikumsalam.." serentak Nek Som dan cucunya menjawab salam Mia.
Semasa hendak menuju ke kereta mamanya,kaki Mia seperti tersadung sesuatu yang keras dan........"buk!"...terpacullah dari mulut Mia, "oi mak kau tergolek!" Mia terjelopok ke tanah. Macam nangka busuk da... Malunya dia pada masa itu bukan kepalang. Jejaka yang masih di anjung rumah bersama Nek Som tu gelak sakan melihat gelagat Mia ketika terjatuh.
"Hati-hati, cu....!" kata Nek Som apabila melihat keadaan Mia pada ketika itu.
"Lain kali,jalan tengok bawah ye..." kata jejaka itu pula sambil tergelak-gelak. Pipi Mia sudah bertukar menjadi merah. Dari belakang Mia mendengar yang lelaki tersebut sedang menggelakkannya. Amboi,gelak sakan eh...? kata Mia dalam hatinya yang sedang geram tu. Terus Mia masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta,giliran mamanya pula menggelakkannya.
"Gelak lah,ma...gelak puas-puas...ei,Mia tengah malu ni,ma...."
"Mia,Mia...buat malu kaum ajalah. Nasib baik mama tak ada dekat situ tadi,"mama meneruskan gelaknya sambil mengeleng kepala. Mama menghidupkan enjin kereta dan meneruskan perjalanan ke rumah Aunty Mona. "Apa yang kau langgar tu,Mia?"
"Batu tu lah,bila masa entah ada kat situ. Nasib baik tak kotor tau baju Mia ni. Ei,malu...malu..!!"
"Malu dekat siapa? dekat cucu Nek Som tu?"
Muka Mia terus berubah,"yang lelaki tadi tu cucu Nek Som ke?"
"Kenapa?"
"dua-dua sama,dua-dua sakitkan hati Mia." Mama mengerutkan mukanya tanda tidak mengerti.
"Kenapa mama tak beritahu yang NeK Som tu ada 'sound trouble'? penat Mia nak kena explain kat dia satu-satu. Nasib baik cucu dia tu tak pekak jugak."
Mama gelak lagi,"mama ingatkan Mia tak kisah. Ala tak apalah,dah lepas pun,kan?"
"Tak nak pergi rumah Nek Som tu lagi..."
"hahahhaha...."
"Mama...!!" Puas hati mamanya. Itulah,selalu dia yang terkena. Rasakan sekarang Mia pula yang terkena.
-to be continued-
Lima Belas Minit
5 years ago
6 yang bagi respon:
akq....dri mne akq dpt citer nie???
pjgnyerrr
eh....
ni akk buat sndri la..ape ciplak2 plak...xde3..i'm a novelist.ehheh
novelist????
pehhh xsgker ar...
hehehe
ley watkn stu citer utk syer x??? hehehehe
bleh3....tp lpas cte akk nih abez r.heheh..x cayo ko.hahha
msti ar...Tkjot gler ble dpt taw akq nie novelist.
watkn aw citer utk syer
hahha...msti3...dun worry b hepi..ehehhe
Post a Comment