Eh bila masa aku jadi jiwang karat ni? Huh, Zurin punya pasal lah ni. Hai...Zurin..Zurin.
MIA pulang dengan berendam air mata. Mana taknya? Terpaksa berpisah dengan kawan-kawan baiknya yang selama ini telah mengisi kekosongan hidupnya dan menjadikan dirinya seorang yang ceria serta berkeyakinan tinggi.
Selepas sahaja Mia membersihkan dirinya menunaikan solat Zuhur, Mia terus sahaja membuka 'laptop' kesayangannya yang hampir sebulan tidak disentuh. Dua minggu yang lepas semasa pulang bagi merayakan Hari Raya Aidil Adha, Mia berniat untuk membawa laptopnye ke asrama tetapi ditegah oleh mamanya, Pn. Syarifah Rosnah. teringat lagi masa itu ketika Mia berkata kepada mamanya tentang niatnya membawa laptop ke asrama.
"Mia,boleh tak kalau masa periksa ni jangan guna laptop? Apa yang penting sangat laptop ni? Tunggu la habis SPM nanti....Nanti kalau Mia nak guna laptop ni 24 jam pun mama dah tak kesah,Mia.. Tapi kan sekarang tengah exam... Tak payahla dulu..."
Terus musnah harapan Mia. Orang cakap kalau tengah exam, jangan lawan cakap ibu bapa, nanti dapat keputusan yang teruk. Mia mengiyakan saja apa yang mamanya katakan tu. Nanti kang kalau keputusan tak gempak menyesal tak sudah.
Mia melepaskan segala isi hatinya yang terpendam selama ni di dalam blognya 'Mia's world'. Mia juga memikirkan apa aktiviti yang dia nak buat ketika menunggu keputusan SPM keluar. Belum sempat memikirkannya,pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Spoil! Kata Mia dalam hati.
"Yes,mum,can I help you?" Mia menunjukkan muka sengalnya apabila mamanya tiba-tiba masuk ke biliknya.
"yes,you have to,Mia."
Ai tiba-tiba mama aku ni jadi serius pulak kenapa? "Kenapa,ma?"
Syarifah Rosnah memberi satu senarai berbentuk jadual kepada Mia.
"Ai,ma,jadual bertugas apa pulak ni...?"
"Tolonglah mama,ek Mia. Mama dalam kesusahan sekarang ni."
Mia membaca senarai bertugas yang berada di tangannya. Ahad minggu ni rumah Datin Faezah, Jumaat hingga Ahad rumah Aunty Kalsum, Sabtu-Aunty Mona, Khamis hingga Ahad-Mak Long.
"Aunty Mona? Siapa yang kahwin,ma?"
"Kak Faz kau lah..."
"Iye...? Apesal Mia baru tau sekarang ni?"
"tu lah, kau Mia...lampi sangat.." Mia mencebikkan mukanya. Siot la tu nak cakap aku lampi. "Tapi,kan,ma,mama nak Mia pergi rumah Datin Faezah ni? Siapa dia tu ma...? Tak pernah dengar pun nama dia sebelum ni..? Entah-entah datin palsu.."
"Amboi..mulut... Mia jangan nak banyak cakap eh. Ikut aje mama. Tolonglah apa yang patut. Lagipun,Mia, faham-faham ajela sekarang ni.. Rozi tu tiba-tiba pulak nak minta cuti sebulan. Dia biarkan mama terkontang-kanting dekat sini. Mana lah mama larat, Mia... Ha, alang-alang Mia pun baru habis exam,kan? Daripada tak buat apa-apa,lebih baik tolong mama memperkembangkan bisnes andaman mama ni.. Mana la tau suatu hari nanti mama akan jadi 'wedding planner' pulak.." Panjang lebar Pn. Syarifah Rosnah menerangkan pada anaknya yang satu tu.
Ternganga-nganga mulut Mia mendengar penjelasan mamanya itu. Amboi impian mencecah di langit. "Dah mama tahu Kak Rozi tu cuti, yang mama ambil tempahan lagi ni kenapa,ma...? Bukan ke mengundang bala tu namanya?"
"Bala? Eh tak lah..Mia kan ada. Ala...macamla Mia tak pernah tengok mama buat kerja macam mana,kan? Nanti Mia tolongla apa yang patut." Mia hanya diam memandang kertas itu.
"yelah...nanti mamma bagila duit dekat Mia..ingat free ke?"
Tersenyum lebar Mia mendengar perkataan 'duit' yang terpacul dari mulut mamanya. haisy..mak dengan anak sama saja. Pantang dengar perkataan yang berkaitan dengan duit,laju saja. Mahu tidak mahu Mia terpaksa juga mengikut kata mamanya. Kalau bukan dia siapa la yang nak tolong...
-to be continued-

0 yang bagi respon:
Post a Comment