MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]

USAI tiba di rumah Aunty Mona,di halaman rumahnya sudah dipenuhi dengan kereta dan orang ramai yang sedang bertungkus-lumus menyediakan persiapan majlis perkahwinan anak sulungnya, Nurul Fazliana pada hari esok dan yang juga senior kepada Mia. Sementalah Mia tidak kisah apabila diajak mamanya pergi ke rumah Aunty Mona. Seingat Mia sudah lebih 3 tahun tidak ketemu dengan 'kakak' kesayangannya itu. Mia membuka pintu kereta dan terus berlari menuju ke rumah Aunty Mona untuk bertemu dengan kak Faz. Belum sempat Pn. Syarifah Rosnah mengatakan apa-apa pada Mia,sudah hilang kelibatnya memasuki rumah banglo dua tingkat itu. Apabila sahaja mereka berjumpa teruslah berpelukan tak ubah seperti rancangan 'Jejak Kasih' tu. Ah sudah...mereka berjejak-jejak kasihan pula di ruang tamu rumah Aunty Mona yang besar lagi mewah itu... Masakan tidak,suami Aunty Mona,Dato' Hassan merupakan pengurus besar bagi syarikat HMA Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat keluarganya. Dato' Hassan telah menggantikan posisi bapanya setelah bapanya meninggal dunia. Aunty Mona pula merupakan pensyarah di UiTM dalam jurusan perakaunan. Mama Mia yang melihat gelagat mereka berdua hanya mampu tersenyum kerana dia mengerti betapa rapatnya mereka dahulu cuma masa yang telah meragut keakraban mereka. Nah...apabila sudah berjumpa kembali,mulalah mereka membuka buku lama,mengimbau kenangan-kenangan dahulu.

Mia duduk di atas katil berhadapan dengan Kak Faz. Sudah hampir setengah jam mereka berbual di situ menceritakan kisah masing-masing dan perkembangan sekarang.
"Kak Faz,macam mana boleh terawal kahwin ni? dulu konon tak nak kahwin awal-awal,nanti cepat tua. Ha tengok sekarang ni..?" Iyalah..mana tidaknya? Perbezaan umur mereka hanya 4 tahun saja.Mia berumur 17 tahun manakala Kak Faz pula baru menjangkau 21 tahun. Kak Faz hanya tersengih, "nak buat macam mana Mia, dah jodoh.Kita tak boleh nak tolak..."
"Yeke? sajalah tu.sebenarnya tak sabar nak kahwin kan..?eleh nak cover-cover pulek...."
Kak Faz tergelak mendengar usikan Mia. "Heheheh. Kau ni Mia,memang tau. Dari dulu suka kenakan orang eh. Tak insaf-insaf lagi..."
"Ha,tengok tu,dia nak lari tajuk pulak,kan..? Kita cerita pasal dia,eh tiba-tiba nak cerita pasal kita pulak..." Mereka berdua bergelak sakan.

Pn. Syarifah Rosnah yang di luar sedang menghias pelamin sudah berasap saja telinga mendengar anaknya bergelak bersuka ria. Amboi,amboi....senang lenang budak tu ye. Nak kena dengan aku ni. Desis Pn. Syarifah Rosnah di dalam hati.
"Mia..!! Tolonglah mama ni ha... Tahulah dah lama tak jumpa dengan Kak Faz kau tu. Tapi agak-agaklah sikit,ingatlah mama dekat sini ha...Kau ingat kau tu 'penanten' ke??"
Berdesing telinga Mia mendengar bebelan mamanya itu. Hisy Mak Andam Senah ni potong stim betullah. Baru nak bercanda di tepi katil dengan Kak Fazku yang tersayang ni. Hampir lupa Mia yang tujuan dia datang ke rumah Aunty Mona sebenarnya nak membantu mamanya. Tapi apabila sudah berjumpa kawan lama,terus lupa dibuatnya. Ish3... Selesai sahaja kerja Mia dan mamanya,mereka pun meminta izin untuk pulang...capek deh...

-to be continued-



4 yang bagi respon:

akaq macam mane nak wat read more???

2 abg sedare akq yg buat...
ntahla akip..heheh
nti akq tnye dy ek

eh! cite mak andam dan nasi goreng ni best jgk ek! wlpn sy baca bahagian 4 tp best! klu ade kesempatan sy baca bahagian 1.. best! xpe ek sy komen entry lama? sbb sy dh janji spa komen sy sy komen blk wlpn xde entry bru entry lama pun sy layan,...

heheh.nanti bace yg bhgn 5 tau.sy bru post td...ni sy buat sndiri tau.xde copy2...huhu

Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood