MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]

"Ni...Mia kan?" Aman bersuara. Mia hanya membatukan diri menahan rasa malu. "Macam mana? Kaki tu okey tak?" Kak Faz dan Abang Amin terpinga-pinga akan pertanyaan Aman itu.
"Mia kenal Aman ke?" Giliran Kak Faz pula menanyakan pada Mia. Mia hanya membatukan dirinya sambil matanya tajam melihat Aman. "Tadi pagi kita orang terjumpa dekat rumah nenek..." Aman menjelaskan kepada Alongnya dan Kak Faz. Mia membisikkan kepada Kak Faz, "I'll tell u later." 
"Eh,jom ambil gambar," Abang Amin yang masih terpinga-pinga dengan keadaan di hadapannya terus tidak mengendahkan persoalan yang masih berlegar-legar di dalam benak fikirannya. Sebenarnya dari tadi lelaki yang baru dijadikan suami Kak Faz tak sampai tiga jam tu sedang menunggu hendak diambilkan gambar. Tetapi tak tahu di mana agaknya cameraman menghilang.
"Jom,sayang," Abang Amin dan Kak Faz meninggalkan Aman dan Mia berdua-duaan di situ. Kak Faz...!! Mia menjerit dalam hati. Macam manalah aku nak menghadap 'pok cik' nih? Malu tak hilang lagi ni.

"Ehem,ehem...! Awak malu dengan kejadian pagi tadi eh....?" Aman memulakan perbualan.

Nak jawab apa ni? Ah diam ajelah.
"Ai,sombongnya mak cik. Takkanlah sebab pagi tadi terjatuh terus jadi bisu kot...?"
Amboi,boleh tahan laser jugak mulut 'pok cik' ni eh,"apa? Bisu? Amboi...sedap mengata orang ya. Sorry ya, saya tengah cari mama saya ni. Ha tu dia. Okey, bye...." Mia terus berlari terkedek-kedek ke arah mamanya.

             Aman masih berada dalam keadaan pelik. "Ek eleh minah ni,poyo betul," dan terus beredar dari situ menuju ke tempat rakan-rakannya. Yang si mama Mia pula dari tadi tak habis-habis berbual dengan mak cik tadi tu. Apa benda yang dibualkannya pun Mia tak tahulah. Tapi biasalah Mak Andam Senah; kalau jumpa orang tak bergosip memang tak sah. Nak tegur ke tak? Nak tegur ke....tak? Ah,tegur jelah. Mama aku je pun. Desis Mia dalam hati. "Mama," sambil jari telunjuk Mia menguis-nguis bahu mamanya. "Ha,Nab,ni lah anak aku yang nombor dua. Mia namanya." Puan Syarifah Rosnah terus memperkenalkan Mia kepada perempuan yang berada di hadapan mereka tika itu.
"Iya...? Patutlah muka 'sepesen' dengan Arul. Adiknya rupanya..." Mia yang tak tahu menahu hanya tersengih.
"Eh,anak kau yang lagi seorang tak ikut ke,Nab?"
"Siapa? Si Angah tu? Mananya tak ikut? Tadi yang menyendeng dengan Alongnya tu siapa...?"
"Oh...yang pakai baju biru laut tu eh...?"
"Biru laut? Ha yalah kot. Aku bab warna-warna ni low sikit..." Mereka bergelak sakan tanpa mengendahkan kehadiran Mia di situ. Ceh,gelak-gelak pulak....
"Kau ni Senah,dah rabun kut...kan dia tu selalu dengan anak ko si Arul tu..?"
"Ha'ahlah,Nab...Iyalah kita kan dah tiga tahun tak jumpa,kan...? Aku pun sampai tak ingat muka anak kau yang lagi seorang tu," mereka menyambung gelak lagi. Eh kejap,kejap,kejap. Baju biru laut? Kawan Abang Long? Yang mana ni...?

          Belum sempat Mia nak berfikir, Kak Faz sudah memanggil lagi. "Mia...! Sini,sini...!" Kak Faz ni kecoh betullah. Aku tak sempat nak fikir-fikir lagi ni. Sambil kakinya melangkah menuju ke tempat Kak Faz,"apa lagi yang tak cukup ni,Kak Faz sayang oi...?"
"Jom ambik gambar."
"Ha? Heheh tak apa ajelah kak...Kak Faz ni macam tak kenal Mia je," sebenarnya Mia ni orang yang paling tak suka ambik gambar. Alasannya,muka dia tak berapa nak cun dalam gambar. Tak fotogenik katanya. Tapi sebenarnya lawa je... "Ala Mia ni. For this time je lah...Mia tak boleh nak kecilkan hati akak tau.Tonight is my day..." Kak Faz cuba 'mengugut' adik kesayangannya itu. Ish Kak Faz ni tak faham betullah, "tiga orang je ke? Mana boleh ambik gambar tiga orang je,kak...Bahaya..." Banyak betul alasan si budak Mia ni.
"Tak apa...kita ajak Aman sekali. Aman,meh sini!" Kak Faz tanpa segan silu memanggil adik iparnya yang agak jauh daripada mereka. Apa punya pengantin da...terjerit-jerit...ish,ish,ish...Kak faz melambai-lambaikan tangannya pada Aman. Mampus...! "Kak...!" Mia separuh jerit separuh bisik.
"Jom,ambik gambar jom..." Kak Faz memberitahu hasratnya kepada Aman.
"Ambik gambar? No hal..." Muka Aman gembira tak terkata. Kemudian dia berdiri di sebelah Mia. Alamak pok cik ni. Memang saje je tau. Aman melihat Mia dari atas hingga ke bawah, "eh,eh! Baru perasan...Baju kita sedondon la malam ni..." Mia pula menunjukkan muka sengalnya. Kak Faz yang di sebelah suaminya sudah tersenyum meleret melihat perubahan di muka Mia; merah padam muka menahan kegeraman. Tapi Kak Faz tak kisah itu semua,yang penting misinya berjaya untuk memadankan Mia dengan adik suaminya itu...Yes! plan aku berjaya!


MIA menghempaskan badannya di atas katil. Mia merasakan yang pada malam itu dia teramatlah penat. Sudahlah muka asyik merah saja since pagi sampailah ke malam. Ish,apa pasallah malang sangat aku hari ni? Sejak peristiwa pagi tadi sampai ke malam,ada saja orang yang nak kenakan aku.Huh! takpe,takpe...ada ubi ada batas...Pok cik dengan Mok cik tu belum kena lagi dengan aku. Sengal betullah pok cik tu.Siapa? Aman? Huh,dahlah besok nak menghadap muka dia lagi. Memang sengallah!! Eh,kejap,kejap. Mia keluar daripada biliknya dan mencari mamanya.Mia turun ke ruang tamu dan melihat mamanya sedang enak berbaring di atas sofa. Alamak mama ni...nak jadi hantu pulak malam ni. "Mama!" Mia mula menyergah mamanya.
"Eh mak kau terbalik! Ish Mia ni...cubalah bagi salam dulu.Nasib baik tak rosak tau masker mama ni..."
Mia malas mahu memikirkan hal itu,"ma,yang tadi tu,mama berbual dengan siapa ha?"
"Yang mana...?"
"Ala...yang mok cik tu...?"
"semua orang kau panggil mok cik,Mia. Oh...tu kan maknya kawan Abang Long...besan Aunty Mona la...merangkap kawan lama mama. Orang panggil dia Mak Cik Nab..Nama dia Rozainab...kenapa?"
"Maknanya Mak Cik Nab tu anak Nek Som la,eh?"
"Eh tak adelah...Nek Som tu mak cik saudara suami dia...yang Mia jumpa pagi tadi tu,tu anak Mak Cik Nab lah...kawan Abang Long kau jugak..."
"La...yeke...? Apa pasal kebetulan sangat ni?"
"Ada jodohlah tu Mia dengan si Aman tu..."
"Eh mama ni. Pleaselah. He's not my taste,okay...lagipun dia tu sengal la,mama.Senget,sewel,biol,apa lagi? Semua tu dialah,ma."
"Dah,dah,dah. Banyak pulak bebelnya mak cik sorang ni. Jangan kacau mamalah,nanti pecahlah masker mama ni.pergi tidur sana. Nanti karang kau tu kalau tidur lambat, besok mama kejut bukannya nak bangun."
"Iyalah Mak Andam Senah oi...Lebih baik mama diam.kalau tak pecah pulak masker tu,kan...? Byelah,mama. Assalamualaikum...." Mia terus beredar naik ke atas masuk ke biliknya.
"Waalaikumsalam...Eh,eh dia yang membebel cakap kita pulak yang bising," Bebel Syarifah Rosnah seorang diri.


-to be continued-




6 yang bagi respon:

da bace :)

mne sambonganyerr???
xsbo nk bce nih

eh saborlah...heheh

thanx sya ar...huhu

fuh! hbis gak baca... ape2 pun mmg best nnt smbung tau....

okey nick...bsok sy smbung
huhu

Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood