MisS ClOver's StOriEs...

I believe in miracles, out of the dusk a rainbow will i see.... [half of my heart and my mind are here]

Assalamualaikum w.b.t
wahh! *ternganga kejap* lamanya aku tak jenguk blog ni..!apa sudah jadi?apa terjadi dengan novel aku??haiih..aku pun tak dapat nak jawab soalan tu.kenapa lama sangat aku tak update blog nih??hehheh biasalah manusia..kadang2 tu mesti ada rasa keboringan asyik melakukan benda yang sama saja.macam aku jugaklah.selama ni takde mood langsung nak update blog.banyak sangat yg terjadi sampai tak larat nak sampaikan di sini.iyalah memandangkan umur pun dah nak meningkat(baru prasan),banyak perkara yg lagi penting daripada benda ni untuk dilakukan.tapi MisS ClOver's StOriEs tak pernah kulupakan.huish banyak sangat nak diceritakan nih.

tapi ada benda yang ingin dikongsikan dengan korang semua.sebulan yang lepas,jantung aku ni dupdapdupdap.pasai apa?masa tu asyik pikir macam manalah keputusan spm aku..?tiap malam asyik memikirkannya.berlegar-legar di kepala segala soalan dan jawapan yang aku jawab time exam dulu.first soalan akaun.apalah yg aku jawab haritu..kemudian,datang pula soalan pend. Islam,addmath,b.Melayu,diikuti Sejarah, English,Ekonomi Asas,Science,Reka Cipta,Mathematics. Fuhh! sampai berpeluh-peluh jadinya sebab asyik memikirkan benda tu.haih,ni tak boleh jadi nih.aku tak boleh fikir benda ni lagi.biol nanti kang.huhu.nak solat belum masuk waktu pulak.then aku ambik novel trus baca.tenang sikit jiwa.huhu


hari yg dinanti-nantikan tiba.haihh ketaq kaki nih.keputusan belum sampai lagi di tangan tapi tangan dah menggeletar nih. tau tau nak cakap camna lagi.lepas saja cikgu bagi slip keputusan tu cheq trus terjerit..
afiq yg di sebelah dok sebok nak mengira berapa a yg aku dapat. 1,2,3.....aku tak habis kira lagi nih tiba2 afiq menjerit, tujuh!!! aku dah mengalirkan air mata.berjurai2 air mata.i was speechless!! btoi ka nih? aku memang tak expect langsung yg result aku segempak ni! tak sia sia cikgu buat kelas last last minute..tak sia2 aku kena denda dulu,dihalau dari kelas..kena ketuk ketampi...memang berbaloi lahh!


seminggu selepas itu,hari graduasi diadakan bagi meraikan para pelajar smk dato' penggawa barat yg cemerlang dalam spm dan stpm.aku teruja sangat2 nih.dah lama tak naik pentas ni.aku begitu gembira sekali sebab keinginan aku tercapai untuk naik pentas.inilah saja gambar yang sempat snapped pada hari graduasi itu..



herm peristiwa ni dah lebih sebulan berlalu...takkan sesekali aku lupakan hari bersejarah ni.. above; budak2 kelas kenanga je...kalu nak diikutkan lagi ramai tapi ada yg tak datang.and keseluruhan yang menerima sijil spm pada hari itu ialah seramai 120 pelajar..


biarkan saja perkara di atas menjadi kenangan yang manis dalam hidup aku...sekarang ni tengah berfikir-fikir di manakan halatuju aku selepas ni.banyak surat tawaran yg dapat tapi semuanya swasta.setiap hari tunggu pakcik posmen singgah rumah tapi tiap hari mengecewakan..tak ada satu surat pun yang dapat mengukirkan senyuman di wajah aku.
aku dah lama berfikir tentang halatuju aku selepas ni and muktamad! aku ingin memilih TESL(teaching english as second language) sebagai kos yg utama,diikuti BANKING(perbankan),accountancy,bahasa inggeris,penulisan,pengurusan hotel,dan yg terakhir sekali ialah business management.itu keinginan aku.aku dah semak upu tapi mereka mengatakan semakan belum boleh dibuat lagi.kapan lagi dong..?mereka mengatakan borang aku sedang diproses.haiih..sabor jo lah eh.. matrik? 16hb nanti baru tau...KPLSPM(kursus perguruan lepasan SPM) boleh disemak pada 20hb april.herm tunggu sajalah hari itu..mintak mintaklah nasib menyebelahiku..amin..wish me luck!! huhu

UiTM! aku teringin sangat belajar di situ.tak kesahla di shah alam ke...kuantan ke..segamat ke..asalkan uitm! sebab apa?sebab...tak tahulah.ramai yg cakap uitm is the best university in this world.world ke?kott....ramai yg cakap uitm is the best! then,facilities sangat memuaskan?tapi yang penting kos yang aku pilih tu memang berlambak-lambak kat sini..so itu yg penting bagi aku.kalau kita minat satu universiti tu tapi kos yg kita ambik tak ada tak boleh jugak kan? aku sentiasa memohon kepada Yang Maha Esa supaya aku ditempatkan di pusat pengajian yg terbaik buatku.aku harap sangat Dia dapat memenuhi impian aku tu.amin..Ya Rabbal alamin.... interview? ha baru aku teringat yang aku ada apply JPA untuk mendapatkan scholarship tapi keputusan mengecewakan apabila mengetahui aku tak berjaya untuk mendapatkannya..yelah aku hanya dapat 7a je...dahla addmath aku d pulak tu.haiih..nak buat macam mana..itu yang aku dapat..bersyukur sangat sangat...

bak kata wan balya aka member gelak tawa aku cakap,yg lepas usah dikenang..fikiran harus ke hadapan dan memikirkan masa depan yang lebih mencabar selepas ini..itu yg sedang aku lakukan sekarang ni.duk melanguk berangan tapi atk buat apa2 tak boleh jugak tu.kena ada tindakan jugak baru boleh menjadi..aku kadang2 banyak nasihat orang tapi kadang2 tu aku sendiri tak terbuat jugak.haiih apela aku nih.cakap je lebih buat tak jugak.ye ye aku tahu.aku tengah memantapkan hati dan jiwa untuk buat sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa paksaan dari orang lain.ya itu aku! jangan paksa aku kalau aku memang betul2 tak nak! *ehh ape yg aku merepek nih?haiih...uwh lupa aku tgh mengunyah kerepek* 

sudahlah! lagi lama aku dekat sini lagi menambah kemerepekan aku ni.itu saja yang dapat aku ceritakan pada waktu ni.kalau ada masa yg banyak lagi akan aku ceritakan lagi di sini..ingat,aku tak pernah lupa pada MisS ClOver's StOriEs ni tau. 'ia' tetap di hatiku selama-lamanya.sorry kepada rakan2 blogger..hihi peaca yo! senyum slalu... ^_^
salam.... 


MIA memberhentikan kereta di hadapan Perhentian Bas sambil mencari-cari kelibat adiknya. Mia keluar daripada kereta. Kut kut adiknya si Syarifah Tia Khaireeza tu tak nampak. Cari punya cari,Mia terlihat sesusuk tubuh yang sasa yang mengenakan t-shirt putih berjenama 'Polo' dan seluar jeans bersertakan dengan sepasang kasut berjenama 'Everlast'. Tak berkelip mata Mia melihat sesusuk tubuh itu walaupun orang itu membelakangkannya. Uish..macho 'giler' mamat ni. Macam berjanji dengan aku je. Mia yang pada malam itu memakai sweater berwarna putih sudah tersenyum-senyum sendiri di situ. Ceh! Perasan betullah anak mak andam Senah ni. Muka Mia berubah serta-merta selepas jejaka tersebut menoleh muka ke arah Mia. Muka Mia terus berubah menjadi kecut seperti buah mangga dibuat jeruk. Kalau jeruk tu sedap jugalah dimakan,tapi kalau muka dah kecut..? Hmm...


       Ish,macam mana aku boleh tak perasan ni? Mati-mati aku ingatkan dia tu Mr.Right yang aku cari cari selama ini. Spoil betullah Pok Cik tu! Aman yang baru perasan kehadiran Mia di situ terus  mendekati Mia yang cute lagi cun tu. Aman berdehem untuk ke berapa kali tapi tak diendahkan oleh Mia. Aman sudah berdiri betul-betul di hadapan Mia. Mia memandang dengan muka yang amat bengis. Seperti mahu menerkam orang di hadapannya lagaknya.


       "Eh,eh minachi....kenapa muka macam tu..?datang bulan eh..?" Tersengih-sengih sehingga menampakkan barisan gigi yang teratur dan putih


        "Huh,apesallah malang sangat aku hari ni,ek? Asyik jumpa engkau je. Tak ada orang lain ke?" Mia pula masih menunjukkan mukanya yang masam mencuka.


        "Tu maknanya kita ada jodoh..." Tak habis-habis menunjukkan giginya yang putih lagi bersih itu. Baru gosok gigi kut.


        Mia membesarkan matanya. "Aku? jodoh dengan kau? Heh,lebih baik tak payahlah. Daripada aku pilih engkau,lebih baik aku pilih tapir yang kat dalam hutan tu."


       "Cakap jela kau ada hati kat tapir tu,kan. Tak apalah,Mia...Aku relakan. Aku tak nak merosakkan kebahagiaan kau orang...selamat berbahagia ke anak cicit..."


       "Eh,kau ni kan...."  Belum sempat Mia nak menghabiskan kata-katanya,dari jauh dia terlihat kelibat Tia berlari terkedek-kedek ke arahnya. Tia memberhentikan lariannya  di hadapan kakanya. "Eh? Angah? La...ingat mama tadi..." Tia yang masih dalam keadaan terpinga-pinga baru menyedari bahawa di sebelahnya ketika itu adalah kakaknya,bukan mamanya. "Amboi,nak cakap aku tua lah,eh?" Mia mengerling pada Aman yang ketika itu sedang terkekeh-kekeh menggelakkannya. Sengal betullah mamat sewel ni. Gumam Mia dalam hati.


       "Tak adalah,tadi aku nampak kereta je,orangnya tak nampak. Tu lah kau,angah,kecil sangat.." Tia sudah memulakan sesi kritikannya pada malam itu. Tak menyempat.. Itulah tabiat adik Mia yang seorang ini. Ada sahaja benda yang ingin dikritiknya. Walaupun benda itu sekecil kuman,ingin juga dikomen.


      "Ha,dah mulalah tu. Tak habis-habis nak kritik orang. Kau apa pasal lambat?" Mia sudah mencekak pinggang kerana gara-gara adiknya,dia telah dikenakan oleh Aman untuk kesekian kalinya. Tia sudah tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal, "tadi aku kencing la...eh,eh ada orang pulak kat sini. Tak perasan la... Pakwe Mia eh...?" Sudah beberapa minit berlalu baru Tia perasan bukan mereka berdua sahaja yang ada di situ. Sungguh tidak peka ini budak.


      Mia yang sudah geram dengan gelagat adiknya itu sekali lagi membesarkan matanya yang sudah sejak azali lagi memang besar. "Dah! Sibuk nak interview orang pulak kau ni,pergi masuk dalam kereta la sana." Tia mencebikkan mukanya sehingga menampakkan lesung pipitnya yang kecil itu di sebelah kanan pipinya. "Eleh,takut la tu aku ambik pakwe dia. Cepat sikit ya kalau nak dating sekalipun... Beta dah penat ni."


      Tiba giliran Mia pula mencebikkan mukanya. Aman yang sejak dari tadi tak habis-habis tersenyum-senyum sehingga tergelak-gelak menyaksikan gelagat dua beradik yang berada di hadapan matanya itu. Mia yang baru perasan akan reaksi Aman terus menjadi geram dan terserlah merah mukanya menahan malu. "Apa kau gelak-gelak?? Tepilah!" Mia dengan sekuat hati menolak badan Aman yang sudah menghalang jalannya. Aman hanya mengundur selangkah. 


     "Tak nak mengaku lagi eh...?" Aman masih lagi menghalang Mia untuk menuju ke arah kereta. Mia mengerling ke arah jejaka yang berada di depannya, "apa benda engkau ni??"


      "Eleh,nak berselindung dengan aku pulak... Cakap ajelah kau dah angau dengan aku,kan..?" Aman mengangkat kening sambil tersengih-sengih. Ya Allah... Apa pasallah mamat ni perasan nak mampus? Desis Mia di dalam hati. "Heh! Eh, pleaselah... Eh mati hidup balik pun aku takkan teringin la nak angau dekat kau. Eh,dahla,sibuk aje!" sekali lagi Mia menolak Aman ke tepi. Aman membiarkan perlakuan Mia. 


      Mia dan Tia meninggalkan Aman di situ sendirian. Sebenarnya Aman sedang menunggu kawannya pulang daripada Kuala Lumpur. Hish,mana pulak la si Ikram ni. Aman terus mengambil mobile phone di dalam poket seluarnya dan mendail nombor Ikram.


    "Eh,Ram,kau dah sampai belum?

    "Belumlah... Driver bus ni bawa macam siput la. Tunggu la sekejap. Lagi lima minit aku sampai."

Sementara si Mia pula tak habis-habis di'interview' oleh adiknya,Tia. "Ni apa hal tengok muka aku macam orang tak puas hati ni?"

    "Angah,aku pelik lah. Macam mana kau boleh tersangkut dengan mamat tu?" Mia mengerutkan mukanya. Tak faham dengan adiknya yang seorang tu. "Ei ko ni,kan,kena cakap bahasa keling kut. Apa yang kau belajar dekat sana,Tia? Dah tak faham ke orang explain  bahasa melayu?" Pandangan Mia masih lagi fokus di jalan raya.


    "Huh,kau tu yang tak pandai nak explain,cakap aku pulak yang tak faham." Mia masih lagi mahu melayan kerenah adiknya itu,"alah,nantilah aku cerita... Aku kan tengah drive ni. Mati aku kalau ada apa-apa dengan kereta mama ni. Kau bukannya tak tahu mama tu macam mana."


    "Itulah kau,angah. Berlagak sangat nak bawa kereta besar. Lesen pun belum sampai setahun..." Tia sudah menguap beberapa kali ketika mendengar leteran kakaknya,walaupun matanya sudah berat tetapi tetap juga ingin menjawab leteran daripada Mia itu.  


     "kalau aku tak bawa kereta ni,alamatnya kau tidur dekat bus stand ajelah jawabnya,Tia.. Apa kau ingat dekat rumah tu ada enam biji kereta? Boleh pilih nak pakai yang mana satu? Kira bersyukurlah aku dah ambik kau ni tau."

    "Kroh..kroh....kroh...!" Mia menoleh ke tempat duduk di sebelah kiri,adiknya sudah nyenyak tidur sambil berdengkur pula tu. Adik siapalah ni? Ish,ish,ish.... "Besen punya adik! Aku sedap-sedap bagi ceramah,dia pun sedap-sedap je landing,kan. Ceh!" Mia menggelengkan kepalanya dan meneruskan pemanduannya menuju ke rumah.

-to be continued-








 


     

 1)siti salbiah(my kakak) telah mendaftarkan diriku untuk mengambil lesen bersama-sama pada 28 januari 2010 dan kami telah sama-sama menghadirkan diri untuk mendengar ceramah pada 31 januari 2010.

2)kerja aku sebagai promoter di department baby kiko telah habis and aku pun minta ditugaskan di tempat fair yang lain..aku telah ditugaskn di bahagian gents promoter bagi brand snails original.

3)fair yang kedua telah bermula sehari selepas program ceramah yang telah aku hadiri.dengan terkejutnya aku medapat jadual bahawa aku kena membuat kerja full time (10pg-10mlm) selama dua hari.first time keje dah kene buat full?huhu capek deh....rumah aku tu dah jadi macam hotel la plak

4)seminggu yang berikutnya semua staf ditugaskan untuk bekerja lebih masa(masa dipanjangkan sehingga pukul 11 malam) dan semua perlu membuat full time selama 6 hari including me! wah3.....penat tak penat la kan..mcam nak tercabut kaki aku dibuatnya...

5)my buku yang mencoretkan tentang novel yang aku karang telah hilang selama beberapa jam sebelum aku ketemuinya di celah-celah barang yang bertaburan di ruang belajarku(almaklumlah...dah dua buln lebih meninggalkan zaman persekolahan...so fikirlah sendiri ye..huhu)

6)kepenatan yang teramat melemahkan semangat untuk mengupdate blog walaupun selalunya selepas saja balik rumah akanku on laptop untuk menjenguk 'mukabuku' yang agak baru lagi dibuat...huhu

7)selain menjenguk fesbuk,akanku meng'excercise'kan jari jemariku untuk menghantar mesej2 kepada seseorang.itu adalah hobi baruku sejak seminggu aku bekerja di pasaraya BILLION(sekarang sudah sebulan lebih)

8)sekiranya shif aku pada hari itu 'noon',pagi itu akanku membuat kerja2 yang berfaedah serta mengeluarkan peluh sebelum telinga didengarkan dengan suara-suara merdu milik ibu kesayangan yang sudah hilang kesabarannya dengan anaknya yang seorang ini jika 24 jam asyik menghadap laptop saja..

9)kekangan-kekangan yang lain: laptop ni bukannya milik aku pun..so bukannya hak aku untuk menggunakannya 24 jam tanpa segan silu....aku,abang and akak akan bergilir-gilir mengikut tahap kepantasan masing-masing untuk mendapatkan laptop yang sedia ada terletak di atas meja yang bersebelahan dengan tv panasonic.siapa cepat dia yang dapat..moto hidup kami setiap hari.huhu


10)blog ini sudah tidak sepenting dulu kerana ada lagi benda yang lebih penting dari ini...huhu sedih je ayat ni.sory ye my blog....tapi novel aku akan kugagahkan jua untuk menyiapkannya.sorry kepada yang mengikuti perkembangan novelku...ada masa yang panjang aku akan menyambungnya lagi k.....

 ada masa yang terluang akanku meng'post' entry yang terbaru...
p/s:trimas kepada sesiapa yang baru saja m'follow saya..sekejap lagi saya akan menjadi follower anda..tunggu...



ASSALAMUALAIKUM....wah wah wah....agak lama juga aku tak update blog nih.lebih kurang sebulan agaknye miss clover's stories nih tidak dijenguk.rindu rasanya pada ini blog.huhu.kenapa ya??ok, akan kuberikan sebabnya pada post yang akan datang.huhu.untuk kali ini aku mahu tunaikan janji pada inchi NICK IRFAN yang memberikan soalan tag padaku.sorry ye nick sebab agak lama masa diambil untuk menjawab soalan ni...ada sebab2 yang tertentu,,,,,,

SEBULAN YANG LALU.....
aku ditag??huhu.jenguk saja ke blog NICK IRFAN yang bertajuk 1001 KISAH tiba-tiba ada pulak soalan tag yang ditujukan kepadanya oleh cikaidacomel.jum kita tengok ape soalannya.....

1) Where is your cell phone?
wherever i go....

2) Relationship?
status ka??sudah ada yg punya....ehhheh

3) Your hair?
nak tau gak?? erm x panjang x pendek..agak2 la..x lurus x keriting..huhu

4) Work?
i'm a gents promoter at billion hypermarket..hoho

5) Your sisters?
hasnah munit and siti salbiah munit.

6) Your favorite thing?
erm...teddy bear?

7) Your dream last night?
such a nonsense dream!

8) Your favorite drink?
milo ice kut...

9) Your dream car?
ferrari! tp x mungkin dpt dimiliki..toyota vios! yeazza....

10) Your shoes?
flat n high heels..hehheh tapi tu pun kadang2 saja..ikut kesesuaian..

11) Your fears?
height! i'm gayat..! huhu

12) What do you want to be in 10 years?
wife?heheh. menjadi muslimah sejati.uhuhu

13) Who did you hang out with last weekend?
herm...my fren...pika,fazlin,dibah and the special one! heheh

14) What are you not good at?
marah orang.huhu x reti camne nak marah...kalau nak marah je mesti tergelak...ahhaha pelik tak??


15) One of your wish list items?
teddy bear yang dijual kat kedai yang bersebelahan dengan tempat saya kerja..ble aku buleh milikinya..?huhu

16) Where you grew up?
pontian,johor
 

17) Last thing you did?
eating...ngeh3~

18) What are you wearing?
long sleeve shirt,jeans,tudung and shoes -->simple right...?

19) What aren’t you wearing?
short skirts or pants! never and i won't!

20) Your pet? 
my chentot...a kitten became a cat

21) Your computer?
COMPAQ

22) Your life?
tak kaya,tak miskin.sederhana saja...

23) Missing?
rindu or hilang?rindu sama dia....hilang?pemotong kuku aku hilang! kuku sudah panjang meyh....huhu

24) What are you thinking about right now?
to complete this tagged questions

25) Your car?
belum ada...

26) Your kitchen?
plenty of foods and messy!ehehhe

27) Your favorite color?
purple! i'm a purple lover..huhu

28) Last time you laughed?
dibah buat cerita lawak semalam...hhaha

29) Last time you cried?
herm...dah lame x nangis...last time was a month ago...

30) Love?
yayy! i'm in love right now....hohoho~ *blushing*


31) So who wants to share their ONEs?? How about?
ha???soalankah ini??tidak ku faham....


SELEPAS mengerjakan solat Isyak,Mia menekan punat 'on' pada laptop pemberian abahnya ketika Mia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tiga tahun yang lalu. Seperti biasa,Mia akan pergi ke laman blognya dan meluahkan segala isi hatinya; rasa suka dan gembiranya kerana dapat bertemu kembali dengan Kak Faz setelah empat tahun terpisah dan tak terkecuali rasa malu dan geramnya kepada lelaki yang bernama Aman tu lah. Siapa lagi? Selalunya Mia mana pernah berasa geram dengan orang lain. Dia yang buat orang geram ada lah. Nah,sekarang terkena batang hidung sendiri.

       Tiba-tiba terasa rindu pula pada kawan-kawan seangkatan dengannya. Mia mencapai frame gambar yang terletak di atas meja belajarnya yang berdekatan dengan laptop. Antara keempat-empat sahabatnya,Mia paling rapat dengan Zurin. Almaklumlah...Sejak dari form 1 lagi mereka dipertemukan. Mereka betul-betul kamceng. Sama-sama kecoh,sama-sama gila. Mia ingat lagi kisah dulu yang merapatkan persahabatan mereka.

...............................................................................................................

Hari itu merupakan hari terakhir sesi orientasi bagi pelajar-pelajar tingkatan satu. Setelah diberi taklimat dan mengagihkan kelas masing-masing,para pelajar dikehendaki masuk ke kelas yang telah ditetapkan. Semasa dalam perjalanan ke kelas,Mia sibuk mengira duit syiling yang baru ditukarkan dengan seorang pelajar untuk memudahkannya menelefon keluarganya di Johor Bahru nanti. Sedang asyik mengira duit syiling,Mia terlanggar dengan seorang budak perempuan. Habis berterabur semua duit syilingnya.
"Duit aku!" Mia menyentak. "Eh duit aku pun jatuh jugaklah," kata budak yang melanggar Mia itu. Mia melihat name tag yang tertera di tudung budak perempuan itu, 'Zurin Atiqah'. Mia mengutip duit syilingnya yang terjatuh sambil mengira jumlah yang sepatutnya dia dapat.
"Eh,apa pasal tak cukup 50 sen ni? Weh,bak sini 50 sen aku!" Punyalah marah Mia pada budak yang baru dikenalinya itu.
"Apa pasal pulak? Ni semua duit akulah. Kau ni tak pandai kira agaknya." Zurin menggenggam seeratnya duit syiling yang berada dalam gengamannya.
"Kau jangan nak cari pasal dengan aku eh! Tadi aku kira,sepatutnya ada RM1.50,ini tak cukup 50 sen ni? Mesti kau yang ambik,kan...?" Lagak Mia bagai gangster Kampung Duku daa...
"eh,kau jangan nak main tuduh-tuduh aku,eh. Kau tu yang tak reti kira,pandai-pandai je nak cakap aku ambik."
"Bak sini aku nat tengok!" Mia yang masih tidak puas hati terus memaksa Zurin.
"Eh,mana boleh. Ni duit syiling aku la...sibuk je." Mia geram dan terus merampas duit syiling yang ada dalam genggaman tangan Zurin.
"Weh! Kau ni apa hal?!" Giliran Zurin pula menyentak Mia.
Mia membelek setiap duit syiling yang sudah berada di tangannya. 20 sen ada empat keping,50 sen ada dua keping,10 sen ada tiga keping. Mia melihat 50 sen tersebut dan mengambil sekeping. Yang selebihnya dia pulangkan kembali pada Zurin. "Nah! Okey bye..."
Dengan selambanya Mia meninggalkan budak perempuan itu tertanya-tanya. Zurin mengira balik duit yang dipulangkan oleh Mia. "Eh,ni mana boleh jadi ni! Dia ambik 50 sen aku lagi satu...lahabau punya budak....Weh! Weh budak beg purple!" Mia melihat begnya dan terus memberhentikan langkahnya.
"Kau apa hal mention,mention beg aku ni? Tak nampak ke ni,nama aku ni ha? Kalau tak nampak aku boleh bacakan!"
Zurin melihat tanda nama di tudung Mia,"oh....Syarifah Mia Khazreena....Eh lahabau,yang kau pergi curik 50 sen aku apa hal?"
"Apa kau panggil aku? Lahabau? Eh labu! Ni duit akulah. Kau yang tak reti kira cakap aku pulak yang tak reti. Macam mana entah boleh dapat sekolah kat sini."
"Amboi sedapnya mulut kau berkata-kata ye...Ha,apa bukti kalau betul 50 sen tu kau punya?"
"Eh,aku ingatlah...50 sen aku,tahun dia 2004...baru punya...kau punya yang lama..."
Zurin mengerutkan dahinya,"eh apa pasal macam tu pulak?"
"Memanglah macam tu. Aku tahulah,aku dah kira tadi.Aku dah selidik satu per satu duit aku tau.."
Zurin tergelak seketika,"ada jugak orang macam kau ni ek. Dahla,malas aku nak layan kau. Aku pun tak heran la dengan 50 sen tu. Kalau RM50 tak apalah jugak. Kau amek ajelah...Kesian kau...hahahha," sadis sungguh ayat si Zurin tu. Zurin meninggalkan Mia keseorangan di situ dan terus naik ke kelas.


         Mia meneruskan perjalanan mencari kelas yang sepatutnya dia masuk.1 Angsana.Ha,ini pun...Mia masuk,semua tempat duduk sudah dipenuhi dengan pelajar. Cikgu yang berada dalam kelas tersebut menegurnya,"ni sorang lagi,awak pun pergi tandas jugak ke?"
Tandas? Ah,angguk aja lah. Siapa pulak yang sebelum aku pergi tandas ni? Mia tertanya-tanya sendiri. "Tak apa lah,awak pergilah duduk di sebelah kawan awak tu,"cikgu wanita itu menunjukkan tempat duduk Mia yang berada di bahagian belakang sekali. Ai,budak ni pun kelas ni jugak ke? Zurin membuat muka peliknya, "ai,kau lagi..."
"Diam la kau." Mia duduk di sebelah Zurin.

   ........................................................................................................



Mia tersenyum sendiri apabila mengenangkan kerenah mereka berdua semasa di tingkatan 1. Pasal duit 50 sen pun nak gaduh. Nampak sangat ketika itu mereka tak matang lagi. Ish,ish,ish...tapi sampai sekarang,ada saja perkara yang digaduhkan mereka. Kalau sehari tak bergaduh memang tak sah. Tapi itu gaduh-gaduh manja saja... Sahabat-sahabatnya yang lain hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai Mia dan Zurin itu.

            "Tok,tok,tok!" Terkejut dengan ketukan pintu,hampir nak terjatuh gambar yang dipegang Mia tu. Kalau jatuh tu,memang hancus las....Heish,siapa pulak la yang 'mengspoilkan' ketenteraman jiwa aku ni? Eh siapa lagi? Dah kat rumah ni tinggal aku dengan mama je. Ish lagi mau tanya ka? "Kejaplah,ma...tak sabar betul," Mia membuka pintu biliknya,"ada apa,ma?" Puan Syarifah Rosnah sudah berdiri di hadapan Mia.
"Tadi,Tiya call...dia suruh mama ambik...tapi mama penatlah,Mia..."
"Hmm..nak suruh Mia ambik la tu,kan?"
"Tak adalah...nak suruh bangla kat tepi jalan tu ambikkan... Apalah Mia ni,tu pun nak tanya ke? Cepatlah,nanti kang si Tiya tu mengamuk karang."
"Ala,biar aje. Yang dia suruh balik malam-malam tu apa pasal?"
"Kau ni,Mia...bukannya dia yang suruh balik malam pun...cepat tau."
Mia masih membatukan dirinya sambil memuncungkan bibirnya. Puan Syarifah Rosnah mengeluh tanda mengerti keinginan anaknya itu,"yalah,yalah,yalah...pakailah kereta mama tu..."
Tiba-tiba saja Mia menjadi girang. "Yes! Thank you,ma...hehheh,"tersenyum kambing Mia jadinya. Mananya tidak,sebelum ni begitu berat mamanya mahu meminjamkan kereta kesayangannya itu. Kalau mahu pergi ke mana-mana pun Mia hanya menggunakan motor 'ego'nya. Mamanya telah berpakat dengan abahnya, kalau result SPM Mia gempak baru dibelikannya kereta... Best tu...Beruntung dapat ibu bapa macam Syarifah Rosnah dan Syed Zulkifli ni...


-to be continued-

 



     


Related Posts with Thumbnails

Click my nuffnang

herm..well..who's me..??

My photo
hidup ini sementara.kita sebagai seorang khalifah perlu berusaha meningkatkn kualiti hidup bagi menjalani kehidupan di dunia ini sebgai seorang muslim yg sejati.sgt mementingkan persahabatan dan seorang yg setia.here is my heart n myself is here.nk tahu lbeh lnjut just bace jela entry di sini ye...adios~

am i??

my followers are.....?

sesiapa yg message last kat sini,dialah yg ter'CUTE' skali..hoho~


ShoutMix chat widget

they are my friends

they are my friends
dari kiri: zarith,aku[ayiell],ratna,nad,temi,zalina

friendship is everything for me

friendship is everything for me

sedap didengar

chat jom....!

my mood